![]() |
bukit thur |
1. nabi menjadi rasul
2. isra' dan mikraj
3. hijrah rasul
kemudian, kalau cerita tentang hijrah rasulullah, tak ramai pula yg boleh bagi sebab pasai apa rasulullah berhijrah dari mekah ke madinah.(sekurang2nya lepas nih bolehlah cerita kat anak cucu pasai apa rasul berhijrah).
rasulullah s.a.w. berhijrah pada hari khamis 20 safar 1 hijrah, dan boleh disandarkan kepada 3 ayat al-quran berikut:
pertama: atas sebab - rancangan kafir musyrik mekah (wakil2 dari 100 kabilah) untuk membunuh rasulullah
وَإِذْ يَمْكُرُ بِكَ الَّذِينَ كَفَرُواْ لِيُثْبِتُوكَ أَوْ يَقْتُلُ وكَ أَوْ يُخْرِجُوكَ وَيَمْكُرُونَ وَيَمْكُرُ اللّهُ وَاللّهُ خَيْرُ الْمَاكِرِينَ
dan ingatlah (wahai muhammad), ketika orang-orang kafir musyrik (mekah)
menjalankan tipu daya terhadapmu untuk menahanmu, atau membunuhmu, atau
mengusirmu. mereka menjalankan tipu daya dan allah menggagalkan tipu
daya (mereka), kerana allah sebaik-baik yang menggagalkan tipu daya. al-anfal:30
bacaan ayat dibawah oleh nabi diizin allah dengan bersebab:
وَجَعَلْنَا مِن بَيْنِ أَيْدِيهِمْ سَدًّا وَمِنْ خَلْفِهِمْ سَدًّا فَأَغْشَيْنَاهُمْ فَهُمْ لاَ يُبْصِرُونَ
dan kami jadikan sekatan di hadapan mereka,
dan sekatan di belakang mereka. lalu kami tutup pandangan mereka;
maka dengan itu, mereka tidak dapat melihat. ya seen: 9
kedua: atas izin - keluar dengan cara yg benar
وَقُل رَّبِّ أَدْخِلْنِي مُدْخَلَ صِدْقٍ وَأَخْرِجْنِي مُخْرَجَ صِدْقٍ وَاجْعَل لِّي مِن لَّدُنكَ سُلْطَانًا نَّصِيرًا
dan pohonkanlah (wahai muhammad, dengan berdoa): "wahai tuhanku! masukkanlah daku ke dalam urusan ugamaku dengan kemasukan yang benar
lagi mulia, serta keluarkanlah daku daripadanya dengan cara keluar yang
benar lagi mulia; dan berikanlah kepadaku dari sisimu hujah keterangan
serta kekuasaan yang menolongku", ai-isra:80
ketiga: atas pertolongan allah - ketika rasulullah bersama saidina abu bakar didalam gua thur setinggi 700 meter (dgn labah2 dan sarangnya, juga dua ekor burung merpati memainkan peranan) - tektik perjalanan mula ke selatan kemudian keutara mengikut persisiran pantai sampai ke madinah.
إِلاَّ تَنصُرُوهُ فَقَدْ نَصَرَهُ اللّهُ إِذْ أَخْرَجَهُ الَّذِينَ كَفَرُواْ ثَانِيَ اثْنَيْنِ إِذْ هُمَا فِي الْغَارِ إِذْ يَقُولُ لِصَاحِبِهِ لاَ تَحْزَنْ إِنَّ اللّهَ مَعَنَا فَأَنزَلَ اللّهُ سَكِينَتَهُ عَلَيْهِ وَأَيَّدَهُ بِجُنُودٍ لَّمْ تَرَوْهَا وَجَعَلَ كَلِمَةَ الَّذِينَ كَفَرُواْ السُّفْلَى وَكَلِمَةُ اللّهِ هِيَ الْعُلْيَا وَاللّهُ عَزِيزٌ حَكِيمٌ
kalau kamu tidak menolongnya (nabi muhammad) maka sesungguhnya allah
telahpun menolongnya, iaitu ketika kaum kafir (di mekah)
mengeluarkannya (dari negerinya mekah) sedang ia salah seorang dari dua
(sahabat) semasa mereka berlindung di dalam gua, ketika ia berkata
kepada sahabatnya: "janganlah engkau berdukacita, sesungguhnya allah
bersama kita". maka allah menurunkan semangat tenang tenteram kepada
(nabi muhammad) dan menguatkannya dengan bantuan tentera (malaikat) yang
kamu tidak melihatnya. dan allah menjadikan seruan (syirik) orang-orang
kafir terkebawah (kalah dengan sehina-hinanya), dan kalimah allah ialah yang tertinggi (selama-lamanya), kerana allah maha kuasa,
lagi maha bijaksana. at-taubah:40
wallaahu-a'lam
1 comment:
Assalamualaikum,
Jika saudara berminat untuk memperbaiki masalah kesihatan, turun berat badan, naik berat badan ataupun mengekalkan berat badan, InsyaAllah saya boleh membantu.
Jika berminat boleh email saya.InsyaAllah saya berusaha sedaya mungkin untuk coach dan bantu saudara.
Wassalam
Post a Comment