Showing posts with label YANG KAWIN. Show all posts
Showing posts with label YANG KAWIN. Show all posts

Monday, October 20, 2014

10.10 #liliayetwedding

lili telah pun diijabkabul pada hari jumaat 10/10/2014 bersamaan 15 dzulhijjah 1435H.

majlis resepsi pada esok harinya 11/10/2014 diadakan di kelab royal kedah dan pada 18/10/2014 sebelah pengantin lelaki diadakan di pekarangan musium negeri.

gambar2 majlis later nuuuu..........

Tuesday, December 18, 2012

JODOH TAK KEMANA

selamat pengantin baru buat pasangan linda & razak

pak tam/ mak tam terima menantu yang keempat bila linda n razak diijab kabul pada 15 disember. pada hari kenduri esoknya ramai sahabat handai mai merai majlis raja sehari nih. tak ketinggalan beradik-beradik dari penang mai awai2 lagi -- quorum penuh!

kata liza, linda dah terkeluar dari kelab depa ... hihhi
dah tentu weh .... kalau dah ada jodoh memang tak kemana !!!

p/s: gambar pengantin nanti kemudian2 ... permisi dulu dong

Friday, July 08, 2011

DAH MENIKAH PUN.... congrats fariz & miza

paksu maksu pi terlambat pada majlis bersandin pengantin baru nih. pukul satu baru dok tok tek tok tek kat rumah nina. so bila sampai majlis bersanding dah nak ending dah. so missed episod ucapan brother dia. but anyway.. kepada fariz & miza, tahniah sekali lagi dari paksu maksu sekeluarga. moga di berkahi hingga ke anak cucu n seterusnya. amin.

nih dia foto pengantin dated 2/7/2011 yg berdiri di belakang paksu n maksu (dah di crop). and not forgetting their cousins yg kecik2 nih (cucu paksu yg dua nih) yg turut hadir di majlis kenduri pada hari tuh.  
hani
julia

Friday, April 02, 2010

JEMPUTAN KAWIN

cerita... dah cerita dah ... tunggu nak akad nikah je
paksu n maksu nak jemput semua anak2ponakan dan cucu2ponakan yg paksu sangat2 ingati semua, ke majlis perkahwinan nina marlini dengan pasangannya haizul, pada hari sabtu 1 mei 2010. kali nih paksu maksu nak buat di dewan pulak. harap semua hadir di dewan TNB mergong - jamuan makan mula 12 sampai 4 ptg. insyaallah.
kad jemputan baru siap & tengah dok hantaq nih - harap2 sampai insyaallah. klau kad tak sampai pun kira aci la dgn jemputan online nih.


jangan lupa ada tema tema pulak konon nak matching2 dgn pelamin
so tema kali ni  :  BROWN

Friday, December 04, 2009

KUQI KAWIN



I
ya la tu... kenduri kawin. banyak sungguh musim nih. tiap kali musim cuti sekolah dah tentu ada jemputan. tapi kali ni paksu dpt jemputan sampai tujuh belas dua puluh dua tiga buah rumah setakat nih. sampai 26hb. tuh tak kira lagi yg dok dengaq2 ada lagi yg nak mai awal2 bulan januari lagi! dan tak termasuk kenduri korban, akikah, baca yasin, tahlil lepas isya' !

jemputan kenduri wajib pi nu. kerna depa berhajat buat kenduri dan merai para jemputan. (kalau tak kena panggil haram pi, haram makan. dan toksah dok berkecik hati pulak, pasai tak kena panggil?). kalau dah kena panggil, yg sunat2 tuh kita harus tangguh dulu, macam puasa sunat pada hari2 yg ada jemputan kenduri. dulu kita jahil, posa juga hari tuh, tapi pi kenduri juga, cuma tak makan. lepas tu habaq pula kat tuan rumah kita ni posa. ramai ustaz kata jgn posa pada hari tu, kita harus pi kenduri tu dan makan. tak banyak sikit pun jadi. kalau dah kenyang pasai banyak kenduri, kena la sikit walau sejerit air. kerna menunai hajat tuan rumah.

wallah-hu-a'lam.

p/s: terlepas posa 9 muharram. tapi 10 muharram boleh!

Monday, May 25, 2009

SELAMAT PENGANTIN BARU

















A
had 10 mei - paksu anak beranak sebiji kereta (termasuk julia) pi tanjung malim kenduri muhaimin ( cucu ponakan pertama ke jinjang pelamin). sampai beh kurang pukui 12.30 th. masa tu rombongan pengantin pompuan pun sampai. kemudian paktam maktam and linda pun sampai.

apa lagi! kami pun duduk di meja vip. meja tu di khaskan untuk 6 orang, tapi kami tarik kerusi tambah jadi 8. alhamdulillah .. puas makan, tambah apa yg tak cukup .. tapi tak membazir. pasai semua lauk clear.






pengantin diapit kedua emak ayah.









ajid jadi cameraman, sempat ambik gambar kami makan. tanx.
julia pun nampak cikit !

Tuesday, January 01, 2008

MATA BERTENTANG MATA

bila mata bertentang mata
lidah ... kadang kelu kadang petah berkata
hati ... kadang terpaut kadang meluat menyala.

aimi & nur faslinda

bagi emi (anak makcik noriah pakcik din) dia dah merasa lega kerna lafaz "aku terima nikahnya ... ... ... dengan mas kawin sebanyak ... ... ... " dengan satu nafas didengar sah oleh saksi2. paksu ada disebelah kanan emi masa dia berijab kabul dalam masjid berseri perlis tanggal 22hb disember lalu, jam .. 5.20 lepas asaq. tahniah dan selamat pengantin baru untuk emi dan pasangannya, nur faslinda. sama2lah kita tunggu makan kenduri ujung2 bulan ni. insyaallah.

[seminggu lepas tu, paksu dapat birthday card dari syarikat ogawa dan bday sms dari digi. kue meningkatlah umur paksu satu tahun lagi *pls refer familytree on page 2, kalau nak tau berapa tahun dah*]

masa di masjid di kampung tu... paksu sungguh berasa lega kerna kebanyakan mereka yg bersalaman dengan paksu sanggup bertentang mata. memang benar cara bersalaman harus ada eye contact barulah jabatangan kita itu bermakna. tapi bila paksu balik ke masjid di kota, masih ada yg bersalaman tanpa eye contact. takut ka depa tu? sampai tak mau ada eye contact lansung? malu ka? tangan di sua tapi mata tengok tang lain? atau eksyen ka? wallah-hua'lam.

p/s: (i) familytree is available only on request.
(ii) bagi sapa yg interested "tempias kenduri kawin" tengok2lah w/site ni chinese gender chart.

Tuesday, February 20, 2007

MAN DAH MENIKAH


nikman dah pun melafaz terima nikahnya di masjid titi gajah pada petang jumaat 16/2/2007 dengan gadis pilihannya izze azliany. semoga pasangan pengantin baru ni dilimpah berkat dan rahmat, dan bahagia selalu di dunia dan akhirat. kenduri sebelah pompuan dah pun selesai. cuma sebelah kita tunggu hari sabtu ni.









nikman & izze



kepada semua anak2cucu ponakan paksu, jangan lupa ya.. jemput ke rumah paksu pada hari sabtu ni 24/2/2007 sempena kenduri nikman.
SELAMAT PENGANTIN BARU ...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...