Showing posts with label YANG PERGI - alfatihah. Show all posts
Showing posts with label YANG PERGI - alfatihah. Show all posts

Friday, August 19, 2011

AL-FATIHAH

awal tahun dia masih ceria bersapa di blogpaksu, dan menjemput kita ke fb dia. hujung bulan 3 dia dimasukkan ke hospital pantai. kemudian ke island hospital kerana penyakit kulitnya merebak hampir keseluruh badan. masa paksu ziarah dia dirumah, penyakitnya duk recovering.

kelmarin (birthday abang dia) dia telah menghembus nafasnya yg terakhir dan kembali ke rohmatullah dalam usianya yg muda. kata pak ngah dia sempat mengucap dua kalimah syahadah pada saat2 akhirnya ketika dikatil island hospital. moga allah mencucuri rahmat ke atas roh noor izzar jamaludin (lebih disenangi dgn panggilan 'ijat'). amin.

dari allah kita diciptakan. kepada allah kita dikembalikan.

firman allah: Dan tiadalah kehidupan dunia ini, selain dari main-main dan senda gurau belaka. Dan demi sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Oleh itu, tidakkah kamu mahu berfikir?  al-an'aam:32

Sunday, February 24, 2008

AL-FATIHAH

sama2 lah kita sedekah al-fatihah kepada almarhum pakcik jamaludin
yg telah kembali ke rahmatullah pada hari selasa 19/02/2008
bersamaan 12 safar 1429 (dalam usianya 62thn 11bln 17hari).
jenazah almarhum telah selamat dikebumikan di tanah perkuburan bayan lepas.
semoga allah mencucuri rahmat keatas rohnya
dan ditempatkan bersama orang2 yg beriman.

Wednesday, December 12, 2007

AL-FATIHAH

sama2 lah kita sedekah al-fatihah kepada
almarhumah makngah che nah
yg telah kembali ke rahmatullah pada hari isnin 10/12/2007
bersamaan 30 zulkaedah 1428.
jenazah almarhumah telah selamat dikebumikan di tanah perkuburan kongsi balik pulau.

Friday, October 13, 2006

AL-FATIHAH

pagi tadi paksu ziarah mayat almarhum zul mamak. sama2lah kita sedekah al-fatihah kepada almarhum. dia junior paksu dikampong, masa budak2 kami dok main sekali. dia dengan mak uda pernah tolong masak2 bila ada kenduri kendara di kampong. dia meninggal petang khamis 12/10/2006 akibat sakit paru2 setelah berada di hospital selama 2 bulan. semoga roh nya dicucuri rahmat.

bila ziarah mayat kita kerap akan berjumpa dengan kawan2 lama yang lain, yang jarang2 kita jumpa. itulah salah satunya fadilat menziarahi mayat -- disamping bersimpati dengan keluarga si mati serta bersedekah, kita dapat juga mempereratkan silatulrahim sesama kita. ramai juga junior2 dan senior2 paksu yang paksu jumpa. depa masih kenal paksu cuma paksu saja yg tak berapa ingat nama2 mereka. akhirnya berjumpa dan bertegur sapa. diantaranya malik, amer, bakar, kawi, md zain, syed, abas, shaari dan beberapa orang lagi.

balik ke ofis, paksu teringat berpuluh kad raya belum dihantaq. tahun ni last la dapat kad raya dengan postage free dari company. tahun depan tak dak can la. nih pun satu cara erat silatulrahim dengan ucap selamat kepada sahabat handai, rakan dan taulan setahun sekali. kawan2 yang tak dak home address, paksu talipon depa minta alamat. bukan apa senang sikit nak jemput depa bila buat kenduri kawin anak2 paksu.

till next time.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...