Showing posts with label CER CITER. Show all posts
Showing posts with label CER CITER. Show all posts

Wednesday, February 06, 2013

BUKIT CINA vs BUKIT NUR

dua dua subhanallah

paksu masih suka dgn lukisan (sungguhpun la nih dah kurang sentuhan dia) esp lukisan watercolor n lukisan cina. dalam lukisan cina kerap kita tengok bukit2 dilukis sedemikian rupa spt lukisan dibawah nih.

 
dulu (masa kecik2) paksu sangka artist2 cina nih tak gheti lukis bukit ke? sebab mana ada bukit dinegeri kita bentuk macam tu. lama kelamaan baru tau rupanya ada betui bukit2 macam tuh dinegeri depa. dan bila paksu pi berjalan ke beijing, on the way to the great wall dulu, baru paksu tengok dgn mata kepala paksu, rupa2nya ada bukit2 sebiji macam dalam lukisan depa. tak sempat lak nak snap dgn kamerafon paksu.
 
so, travel lah bila berkesempatan n of coz bila ada duit, serta seterusnya cari lah ilmu. spt pesan nabi saw - tuntutlah ilmu hingga ke negeri cina. jgn pulak jadi macam kawan golfer paksu yg tuhan buat dia jadi kaya raya (yg ada duit 2million n accumulating tuh), tapi tak minat pi ziarah mana2 places. wallahu-a'lam.
 
bagi nikman n izze yg schedule balik dari mekah hari jumaat nih, insyaallah, harap depa dah buat umrah dgn sempurna lg mabrur, dan dah tengok bukit nur dan dah naik ke gua hiraq dgn sukses. 

Friday, June 10, 2011

ASYIK DUK NAIK

apa lagi kalu bukan harga barang. bolehla kalu nak gelak kat singapore kalu inflasi rate depa naik pd 4.5  tapi kita apa kurang?

pagi nih maksu pi beli roti kat kedai runcit, terpaksa kena patah balik kat kreta ambil duit syiling 2 kupang. dah naik pula harga roti gardenia rupa nya! kali 15, bermakna tambahan belanja 3 ringgit sebulan utk roti gardenia saja (yg kaya raya memang tak terasa, tapi yg semekin yg dok makan semekut tuh, ada rasa loh). tak kira lagi gula, minyak, butter, cordial, oatmeal etc etc. ikan, ayam semua dah terasa dah kenaikan harga dia. daging dah tak beli dah, krn paksu sorang saja yg makan daging. jadi paksu makan bila pi kenduri saja (bila ada 'free' cholesterol... hihhi).

harga tepong tak naik, diesel tak naik pun.. tapi pasai apa roti naik? gomen nak control pun takat boleh cakap saja la. jadi nak cari alternatif kpd gardenia dah rasa tak sedap pulak, jadi kena beli juga le. kakchik jual nasik lemak pun nak penaik sekupang dari 6 kupang sebungkus, lepas raya nih. so yg meniaga tentu nak penaik harga bila ada peluang.

dulu paksu maksu pernah buat alternatif kpd milo. mula tukaq ke vico, kemudian ke jenama lain. pun kurang sedap juga. kemudian kami dapat jenama package best (beza 9 ringgit untuk bungkusan 2 kilo). ok! juga tuh.

alternatif kpd gula pula camana? kita consume less lah! sungguh pun ada tumbuhan stevia, ramai yg tak tau atau tak gemar pasai tak serupa dgn gula tebu. paksu maksu boleh tahan juga pasai tak gemar sangat dgn makanan manis2 nih. kalu maksu buat kuih pun biar takat cukup rasa saja. tapi.. jangan sampai jadi macam kawan paksu kat masjid tuh.. kemarin dia jatuh pengsan. bila pi test kat hospital, reading gula dia sampai 25 (normal sampai kat 6 saja). dah pencen dia pun tapi tak pernah sekali pun ambik blood test. dia dok ingat gula dia ok.

so, my advice kat anak2 cucuponakan, pi la buat blood test when you have passed 35 or earlier, tho' you feel ok. pi la buat sekali. boleh la kut control2 food kita tuh, especially bab cholesterol yg dah ada kat keturunan kita. bila makan tuh.. biar lah sederhana. rasa sedap, berhenti makan. berhenti makan sebelum kenyang.

wallahu-a'lam

p/s: mai kita posa senin khamis +13, 14 n 15 tengah bulan.  

Tuesday, May 03, 2011

OBAMA vs OSAMA

olama .. byk lama! kalo 10 tahun baru dapat bunuh bin laden. dari foto mayat osama ada keraguan, macam depa main dengan paintjob. mayat dia pula dibuang ke laut. semua nih banyak buat tanda tanya! terlalu banyak coverup or sekali lagi conspiracy.

itu dia pementasan dunia. riwayatnya mau ditamatkan, setelah lama orang america kecewa di ground zero. kini depa rasa puas dan celebrate di situ, sbg satu bukti 'justice has been done'. mungkin sekali lagi depa diperbodohkan oleh kuncu pemerintah depa sendiri.

samada dibunuh atau disembunyi (utk pelbagai kajian)... itu, allah saja yg maha melihat. kita boleh dengaq dan tengok tapi tak la buta dengan pemainan dunia yg fana ini. satu bin laden patah, ramai lagi bin laden akan tumbuh. ini tak bermakna perjuang mereka sudah selesai.

wallahu-a'lam

Sunday, April 10, 2011

RANTAI

baru2 nih paksu ke masjid yg tak pernah paksu sampai bersama kawan. walaupun tak jauh dari rumah tapi masih tengok google-map tuk guide nak pi ke sana.

lepas solat maghrib, sorang ajk masjid buat announcement. dia mohon maaf kerana ceramah ustaz kazim malam tu terpaksa dibatalkan. ustaz kazim (ceramah dia yg lepas2 ada di SINI kalo interested) terpaksa berpatah balik ke ipoh kerana ibunya sakit dan dimasukkan ke icu. ahli jemaah malam tuh ramai2 baca yasin buat ibunya moga sakitnya cepat sembuh. 

dalam celah2 tu paksu nampak relang2 bulat (stainless) melekat kat dinding dgn pedai ayam tergantung kat relang2 tuh pada dinding2 di bahagian depan dan kiri kanan masjid. dalam kepala hotak paksu dok fikiaq yg bukan2. pasai apa huh? pasai apa geng masjid ni buat macam tu? ingat orang saja yg pakai tangkai? nih masjid pun pakai tangkai juga? buat khas untuk jauh kan pencuri masuk masjid kut? tapi tak masuk akai nih ... ni tangkai2 nih kuraffat nih? untuk apa huh?

suspens punya suspens.. lepas solat isya' teruih paksu tanya tok siak disitu. jawab siak : dulu, belum pasang air-con, masjid nih ada kipas2 besar. jadi, relang2 bulat dan pedai ayam tuh, buat tambat kipas2 tu dgn rantai. kalo tak tambat habih kawaq bawa pelari !! masyaallah. tu dia yg kata pencuri besi. yg anihnya .. ada pembeli yg masih layan depa nih!

firman allah:  laki-laki yang mencuri dan perempuan yang mencuri, potonglah tangan keduanya (sebagai) pembalasan bagi apa yang mereka kerjakan dan sebagai siksaan dari allah. dan allah maha perkasa lagi maha bijaksana. maka barang siapa bertobat (di antara pencuri-pencuri itu) sesudah melakukan kejahatan itu dan memperbaiki diri, maka sesungguhnya allah menerima tobatnya. sesungguhnya allah maha pengampun lagi maha penyayang.  al-maidah: 38 & 39

p/s: .... rinduuu paksu kat kerusi meja garden paksu (yg kena curi tujuh tahun lalu).

Sunday, January 30, 2011

CRICKET

sesekali cricket atau cengkerik suka merayap di lantai masjid. sesekali pernah juga dia masuk kain paksu, tapi bukan masa tengah sembahyang. setahu paksu binatang nih kalau dia gigit pun bukannya sakit. kerna biasa dok main dgn cengkerik masa kecik2 dulu, paksu tak la rasa geli.

kalau nina takut (or geli) dengan lipas. tapi tak tau pula kalau dengan cengkerik. kalau orang pompuan geli dgn binatang2 nih tak kisah sangat. tapi ni lelaki.

semalam, lepas bagi salam solat isyak, paksu ternampak sekoq cengkerik tengah melata di depan sorang pemuda yg belum selesai solat. dia baru saja duduk tahyat akhir. dia cuba khusyuk dlm sembahyang dia. tapi bila dia tengok cengkerik dah dok sondoi kat lutut dia, dia terus bagi salam (dah sure tak sempat baca doa tahyat tuh)... terus lompat berdiri. hihhi! rupa2 dia geli dgn binatang nih.

tu la.. lain kali baca la surah an-nas sebelum solat. moga2 dilindungi dari godaan dan 'cobaan' seperti ni. insyaallah jadi tertib solat kita.

Sunday, January 16, 2011

OPHIUCHUS - the 13th

dulu ada 12, la ni ada 13 zodiac sign. ophiuchus! bagi depa yg beranak dari nov. 29 hingga dec. 17

kata sorang astronomer, alignment bumi dah berubah, jadi zodiac sign pun berubah. itu yg ramai orang suka... people change, company change, government change, undang2 pun change - saman tetap saman kalau boleh sampai 700juta.

so now i m no longer a capricorn but a sagittarius. but who cares!

Wednesday, December 29, 2010

M-60

 yeah ... a new toothbrush. thats what i need for my besday huh?

kayu sugi dah try dah .. tapi pasai tak berapa besa, back to square one - the western toothbrush. dari dulu dok pakai tak pernah2 berserabut w/pun berbulan2. tapi kali nih .. tak sampai sebulan dah rosak dah. jenama sama, design saja lain, offer BUY 2 Free 1 value pack. made in malaysia? so 3 bulan 3 berus gigi. gigi besi ke? gigi badak ayaq ke?

p/s: tanx to the well wishes. i am blessed to hv u all. alhamdulillah.

Thursday, December 16, 2010

GREAT! but ...

to me this car is great, but malaysians still dont like the koreans yet. tak tau saiapa?

duniawi weh ! however hv a sip ...
wallahu-a'lam

Sunday, November 28, 2010

FUTURE MEKAH

tiga empat video paksu dah tengok ttg mekah in future. wallahu-a'lam, yg mana satu design yg dah approved. dari gambaq satelite dan kerja2 sekarang, yg ni kut akan jadi kat mekah. sama2la kita tunggu dan lihat.

Tuesday, October 26, 2010

LAMA TAK JUMPA

semalam paksu pi masjid (luar kariah) dengar ustaz baca kitab. selesai majlis n solat, paksu bersalam-salaman. bersalam lah paksu dgn rakan pejabat lama. dah lebih 30 tahun kami tak jumpa. dia senior paksu - dah tentulah lebih putih !! hihhi ... misai n kenin dia daa !

sembang punya sembang, tanya habaq kawan ni, kawan nu. "inna-lillahi wain-na hilaihiraji'un". dah meninggal pun sorang kawan tuh, yang baru2 raya ni paksu pi cari2 rumah dia nak beraya. dulu awai tahun ada sorang kawan paksu bagi tahu yg arwah nih (i call him "uncle" pasai masa muda2 dulu dia dok bagi pinjam duit utk minyak motor paksu bila mai hujung2 bulan.. biasa la tu!) pernah tanya2 habaq dan suruh2 paksu (melalui kawan paksu) pi jalan2 ziarah dia walaupun dia tak sakit.

sebelum kenduri nina pernah juga paksu pi cari2 rumah dia tapi tak jumpa ... maklumlah dah dekat 40 tahun, taman dia duduk pun dah berubah! so, paksu kiv dulu. kiv punya kiv, last last, tak jumpa juga. moga allah mencucuri rahmat keatas rohnya. amin.

p/s: kalau orang suruh jalan2 ziarah depa tuh pi la jalan2. moga baik sirutulrahim tuh. insyaallah, dgn techno canggih la nih.. berita sakit demam, mati, boleh kita terima dgn cepat. la nih kenduri pun pakai sms saja! pun valid.

Saturday, October 16, 2010

ALIEN TUMPANG B _ _ _ _ !

"minuuuum!" itu yg julia sebut bila paksu tunjuk flash-card alphabet abc kat dia. dan dia tak kan kata "air".

nahh! di kedah dah mula kena rate baru air bulan nih. gomen dok penaik gaji, bagi duit raya, bagi bonus la.. harga barang konsumer dok naik..naik..naik. harga kuih dulu sebelum raya 4 seringgit, la ni tak jual dah macam tuh. sebiji 3 kupang dan ada yg 3 seringgit. a few years back di kepala batas ada 1 gerai kuih famous dgn jualan kuih sebiji sekupang. la ni sorry la! time paksu kecik2 dulu di balik pulau pernah juga merasa 1 bungkus bihun (dlm daun pisang) + 1 bungkus kuih buah melaka = setengah duit. di bayan lepas 1 pinggan nasi lemak + 1 pinggan kerak nasi lemak (tok 'ah suka yg nih) + 1 mangkuk sambai tomeh ikan bilis = 2 kupang. so time hs changed. so as our money.

tapi.. bil air rumah paksu dok naik sejak setahun kebalakangan nih? takkan consumption air kami dari 4 beranak ke 3 beranak dok kue naik? berganda2 sampai 4 kali ganda?? so there must be a leakage somewhere. cari punya cari, test punya test. kemarin baru jumpa. rupa2nya valve tangki flush jamban dak tak berfungsi! congak punya congak equivalent to sekali flush berak tiap 10 minit (siang malam berbulan2 kebelakangan nih)...  hihhi

p/s: tengok2 sama kalau2 ada alien tumpang berak !!

Sunday, October 10, 2010

10.10.10

tiap tarikh membawa makna bagi tiap individu.  tambah2 lagi hari ini.  yang angka 3 sepuluh menjadi satu keunikan bagi yg suka mencatat.  memoir suka duka riang gumbira dicatat, mungkin buat tatapan mereka yg tersayang kelak.  bila sipenulisnya sudah tiada.

bagi paksu.. tak tau apa yg special pada hari nih.  tapi bagi nur sarah (celebriti familyblog) tentu dia happy sekali, krn hari nih hari jadi dia.  happy birthday! nur sarah.

jadi tumpang2 seronok, paksu pun jadikan hari nih sebagai hari menyalin kulit blogpaksu (bukan ulaq saja yg menyalin kulit.  blog pun salin kulit!) terus dgn title blognya sekali. 

ding-dong pi ding-dong mai dah lebih empat tahun paksu dok merepek memblog.  tapi memblog nih masih lagi baik dari segi ekspresi emosi, berkontak, bersoal jawab, berkomen.  secara tak lansung ia masih main peranan menguatkan hubungan siratulrahim antara kita.  sekurang2nya yg tak rajin menulis or tak rajin komen tuh, rajin juga dgn sengap2 dia membaca!

balik ke cerita tarikh unik nih, mai kita tengok apa yg dah berlaku (according to my search machine):

10.10.10 (1910) -  will update later
11.11.11   -   will update later
12.12.12   -   will update later
02.02.22   -   will update later
03.03.33   -   will update later
3.9.39       -   british n france declare war on germany updated
04.04.44   -   british tawan addis ababa ethopia updated
4.5.45       -   hitler bunuh diri the last month updated
6.8.45       -   us bom hiroshima. 3 days later on nagasaki  updated
05.05.55   -   us test nuclear dia di nevada  updated
06.06.66   -   israeli troops occupy gaza the next year  updated
07.07.77   -   paksu maksu kawin (hihhi.. dok honeymoon lagi)
08.08.88   -   russian troops pull out of afghanistan after 9 year war updated  lili genap 6 bln
9.1.91       -   geneva talks gagal. us 1st operation desert storm on iraq updated
09.09.99   -   1st time paksu kena saman speed-trap
01.01.01 (2001) -   will update later
02.02.02   -   will update later
03.03.03   -   us n uk invade iraq on the 20th in 21 days  updated
9/11         -   us n jews destroy the wtc. pasai masa tu klcc lebih tinggi dari dia. jealous depa nak buat lain yg paling tinggi ... last2 burj dubai teng balik @ 828 meters updated
04.04.04   -   will update later
05.05.05   -   will update later
06.06.06   -   paksu getting ready nak pi mekah n mark-time nak pencen updated
07.07.07   -   will update later
08.08.08   -   "look what i hv done! look what he has done? see whither m'sia  updated
09.09.09   -   malaysia berpeluh2 gets new pm 5 mths back, despite allegations he would bring back "mahathirism" updated
10.10.10   -   paksu gets new battery for sonata updated virus attack 10.10.10 ada ka?

Saturday, October 02, 2010

MOUSE SANDWICH ANYONE?

yaakk?
ini yg paksu terbaca 2 hari lalu. nih dia akibat tikus dok main aci-lut dalam besen pembakaq roti. bukan saja terbakar dalam oven sama roti.. kena slice lagi!
macam KKK di us buat kat kaum kulit hitam. macam geng suspek kulit hitam buat kat group sosilawati. nanyia sungguh.
kalau cakap pasai sandwich.. salad sandwich cukup berkhasiat loo! high in nutrition, low in calories.
campoq protein sikit.. egg salad sandwich, chicken salad sandwich, tuna salad sandwich - semua paksu suka buat breakfast & dinner.
masa berkelah kat telok bahang dulu2.. paksu suka bawa bekai egg & sliced potato sandwich besides kambing (mutton) dalam tin (ration army punya)... "emh! edaaap" kata julia.

Sunday, July 25, 2010

GENERASI #1

manusia dijadikan allah dari keadaan lemah pada asal, kemudian kuat, kemudian kembali lemah (tua beruban). dan dlm celah2 tu dia bagi kita akal yg sebaik2nya akal. so manusia boleh mencipta reka keperluan sejagat dalam zamannya.
dulu time paksu sekolah pernah pakai papan batu (hitam) utk belajar tulis abc alif ba ta - pakai towel basah lagi buat eraser. sekarang dah ada ipad tablet dgn touch screen lagi! memang dah canggih.
masa apple buat ipad harga dia antara rm1800 ke rm2900. hari ni orang india buat ipad dgn harga cuma 1500 rupees (rm102.20 duit malaysia). tu dia punya murah dah (memang di india dah banyak produk murah2 - macam kereta nano depa harga tak sampai rm7 ribu pun).
tiap 1st generation product yg di introduce di malaysia dah tentunya mahai compare dgn di negara asal produk tu (ditokok tambah tax la, gedebok gedebak ... jadi la mahai). tapi yg produk 1st generation la yg sangat kita minat nak cuba pakai. tu la punya teringin - paksu selalu terkena dgn 1st generation product. baik dgn harga mau pun dgn specs dia. di antaranya:
  • digital camera - mula2 keluaq - paksu beli @ rm2,800 masa tu baru 1.28 megapixel. masa tu ingat dah tercanggih dah!. la ni dgn harga tu kita boleh dapat 4 - 8 mgpixel digital camera. slr lagi.
  • sony lcd-tv 32" @ rm7,999. la ni rm seribu ++.
  • video-cam digital pun terkena juga pasai nak beli yg terawal.
  • camera handphone pun macam tuh juga. sampai la ni tak boleh terima mms. bila terima message keluaq 'incompatible mssg'.
  • lcd computer monitor. mai tahun depan harga turun sampai 70%
tuh dok teringin juga masa keluaq iphone n ipad dulu. nasib baik dah hilang ketagih (nafsu) nak beli. kalu tidak dok tekena seluloi la!
so... tok sah lah dok teringin nak miliki barang2 yg 1st generation nih. kalu boleh, sabaq la dulu. kita tunggu sampai keluaran 2nd or 3rd generation, baru kita beli. tok sah dok membazir. tu pun kalau teringin sangat.
wallahua'lam.

p/s: firman allah .. bahawa sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. al-inshirah:5-6 

Tuesday, July 13, 2010

NGIDAM KEROPOK SOTONG

espana yg menang 1-0 dgn belanda, tapi yg dimahkotakan ialah paul. yg dapat protection dari pm sepanyol. yg di claim orang itali sbg paolo. yg di claim sbg sotong saikik. yg meramal 8 keputusan perlawanan world cup dgn tetap. yg di claim peminat sotong sbg bijak. tapi sebijak2 makhluk ciptaan tuhan, manusialah yg nombot satu.
demam world cup dah reda. lesen judi world cup pun dah senyap. tapi judi yg lain masih ada. kita jauhi lah semua itu.
firman allah:
Mereka bertanya kepadamu tentang arak dan judi. Katakanlah: "Pada keduanya itu terdapat dosa besar dan beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar dari manfaatnya". Dan mereka bertanya kepadamu apa yang mereka nafkahkan. Katakanlah: "Yang lebih dari keperluan."" Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu supaya kamu berpikir,"  al-baqarah:219
Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) arak, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah perbuatan keji termasuk perbuatan setan. Maka jauhi lah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan.  al-maidah:90
Sesungguhnya setan itu bermaksud hendak menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu lantaran (meminum) khamar dan berjudi itu, dan menghalangi kamu dari mengingat Allah dan sembahyang; maka berhentilah kamu (dari mengerjakan pekerjaan itu).  al-maidah:91
kalau dah terpengaruh dgn syaitan dah tentu kita mula jadi keras hati. pernah paksu dengaq ceramah ustaz kazim (1 of my favorite pendakwah yg tak memilih mana2 'bendera', see also his w/site), tentang keras hati yg ada hadith menyebut/ maksum ringkasnya:
pewaris kpd sifat keras hati
1. suka tidur
2. suka bermewah2
3. suka makan makan
dan sebagai penawarnya dia bagi doa melembut hati yg dibaca 7 kali utk kita dan anak2 kita:
ٱللَّهُ لَطِيفُۢ بِعِبَادِهِۦ يَرۡزُقُ مَن يَشَآءُ‌ۖ وَهُوَ ٱلۡقَوِىُّ ٱلۡعَزِيزُ
Allah Maha Lembut tadbirNya (serta melimpah-limpah kebaikan dan belas kasihanNya) kepada hamba-hambaNya; Dia memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut peraturan yang telah ditetapkan) dan Dialah Yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.  as-shura:19
wallah-hua'lam.

p/s: paksu memang suka keropok sotong buatan org kelantan. tapi la ni dah takdak dah yg ori. kalau ada tolong bagi tau sama!

Saturday, July 03, 2010

NO SAMBA NO TANGO

habis! dua2 favorite paksu kecundang. argentina kalah dgn germany sat sat.
semalam paksu tengok 1st half saja (masa tu brazil leading 1-0). malam nih paksu tengok 2nd half pula bila tango argentina tak boleh buat apa pun.
last last, depa kandaq 4 bijik ..... huhhu

p/s: kacukan german-belanda memang baguih kut?
kita tengok final nanti.

Friday, July 02, 2010

KACUKAN

kata orang kawin campur tu bagus. dapat kacukan baru dan baik. macam derian la.. D12, D19, D24
kalau kita lihat di tanah melayu nih.. yang melayu nya dah takada yg muka melayu asli. melayu malaysia dah ramai di iklan kan dgn rupa kacukan. yg selebriti2 melayu kebanyakan nya dah ada kacukan german-keling; belanda-china-jawa etc etc... tetap dalam i/c bangsa melayu. dalam famili paksu pun ++melayu-mamak-jawa-china-minang-arab-siam. tapi belum ada belanda lagi kut.
di indonesia ramai pula yg kacukan belanda-jawa
belanda
belanda
belanda
last last belanda menang !!
bye2 brazil .... huhhu

p/s: suka juga samba brazil - camana depa boleh kalah?

Friday, June 11, 2010

KENA LOTTERY

yang dapat duit pun dia.. yg kena keluaq duit pun dia (tu istilah kita)
kalau di america depa kata its the american dream winning a lottery. kalau kat sini lottery tetap haram tapi ada juga orang kita beratoq dok beli.
paksu pula tak henti2 dok dapat email congrats for winning beratus ribu usd. dan paksu pula tak jemu2 balas balik kat depa stop bullshiting me n the world.
beberapa bulan lalu paksu terbaca pemenang lottery di us. phoo! menang gila2 lumayan sekali. sorang tu dapat 260million usd - cuma nak hidup macam life biasa! yg sorang lagi 284million usd - mula2 sekali nak pebetui pasang gigi depan yg boge tu. kita boleh tengok la apa kesudahannya cerita depa nanti.
kerana ramai juga yg temui malang selepas menang lottery.
  • menang 31m - kena bunuh dgn girlfriend. ditanam bawah concrete slab.
  • menang 5m - 2 tahun jatuh bankrup dan laki dia tolong dia bunuh diri. laki dia kena hukum.
  • menang 16m - abang dia kena caj cuba bunuh dia. dia end up miskin.
  • menang 20m - kak ipaq bunuh dia.
  • menang 25m - kerna tak mau share duit tu dgn laki, laki saman n cerai dia. dia kena cancer.
dan banyak lagi. boleh dikatakan: duit masyuk kasih sayang melayang....
so kita ambil cerita nih buat renungan.
Kehidupan dunia dijadikan indah dalam pandangan orang-orang kafir, dan mereka memandang hina orang-orang yang beriman. Padahal orang-orang yang bertakwa itu lebih mulia daripada mereka di hari kiamat. Dan Allah memberi rezeki kepada orang-orang yang dikehendaki-Nya tanpa batas.  al-baqarah:212
Allah meluaskan rezeki dan menyempitkannya bagi siapa yang Dia kehendaki. Mereka bergembira dengan kehidupan di dunia, padahal kehidupan dunia itu (dibanding dengan) kehidupan akhirat, hanyalah kesenangan (yang sedikit).  al-ra'd:26
Harta benda dan anak pinak itu, ialah perhiasan hidup di dunia; dan amal-amal soleh yang kekal faedahnya itu lebih baik pada sisi Tuhanmu sebagai pahala balasan, dan lebih baik sebagai asas yang memberi harapan.  al-kahfi:46
wallah-hu-a'lam.

Monday, May 03, 2010

REZEKI ALIENs

alhamdulillah. semuanya jalan lancar. good weather cool dewan. ok la tuh!
paksu nak ucapkan ribuan terima kasih kerana anakponakan cucuponakan cicitponakan telah memeriahkan majlis kenduri nikah nina & haizul (dia terus jadi salah sorang birthday celebriti bulan ni.. cho tengok disblh ni). kpd semua yg susah payah datang dari kl taiping parit buntar penang langkawi .. ya lah dimana jua anda berada .. untuk menyerikan lagi majlis ni. syukran! syukran!
klo ada yg terkurang - keep your comments later ..mafkerji ...hihhi
tapi yg seronoknya ada alien (tamu yg tak diundang) mai makan kenduri hari tuh. ramai! tapi nasib baik makanan cukup.
mula pukui 12.30 paksu nampak sorang masuk ke majlis terus makan. tapi alien ni tak berapa betui sikit. kerap paksu jumpa dia di majlis2 di masjid2 sekitar a/s. lepastu lepas zuhur around 2 to 3, ramai lagi alien mai kebanyakannya tak bersalam dgn paksu dan maksu. klo depa bersalam pun paksu tak kenai. bila tanya depa dari taman paksu? depa mengangguk. tengah sibuk paksu dok tanya habaq tetamu didepan, depa cepat2 selinap masuk (pakaian kemas of coz) tanpa bersapa ato bersalam. kadang2 paksu maksu dok tertanya2 sama2 kami. memang masa peak hour tu tuan rumah tentu dah lamlabut dan tak kisah sangat yg masuk tak mau besalam, ingat kan anak pinak ipar lamai tetamu yg kita tengah bersalam kut.
bila selesai majlis. makanan (nasi n laksa siam) masih ada lagi untuk adikberadik tapau bawa balik. ok la tu paksu bersyukur, kerna makanan mencukupi utk merai hadirin. so it must be a 99% attendance la paksu agak. paksu sungguh puashati. kerana kali ni tak lebih banyak macam kenduri man dulu. tak membazir dan anggaran yg paksu buat agak tepat la.
tapi bila balik kerumah, paksu buka komputer tengok lis tetamu yg dijemput dan saja2 cek kehadiran tiap tetamu. cek ..cast ..total ..berkali2 ..attendance cuma 75% saja. makanan patut berbaki 25% lagi... kuranglebih 450 kepala lagi. dalam kepala paksu dok pikiaq yg bukan2. caterer pekena paksu la. tak mungkin paksu kira silap attendance tetamu. tak mungkin alien begitu punya ramai.
so the next morning, lepas subuh, paksu sembang2 dgn salah sorang pekerja masjid. paksu cerita la pasai alien nih. terus dia cerita memang ada alien disekitar kawasan tu. depa akan berpesta mai makan walaupun tak dijemput bila ada kenduri di dewan tu. dan dah banyak insiden makanan tak cukup bila panggilan sikit. paksu memang bernasib baik, kerna budget biaq lebih sikit2 jangan tak cukup. dan paksumaksu juga bernasib baik kerna, kalau la alien2 ni tak mai dah tentu belambak makanan berlebih .. membazir pulak. tanx to the aliens sungguh pun paksu dapat beberapa envelop kosong & envelop 1 ringgit. dan paksu bersyukur ke hadrat ilahi kerna majlis jalan ok, makan ok ada juga yg kata sedap, tak membazir. direstui semuanya.
kita cuma merancang. tapi yg menentukan hanya allah subhanahuwata'ala.

p/s: nih dia gambaq pengantin .. prerpak prerpak prerpak prerpok!
klo nak tengok yg lebih2 bukak saja facebook depa




Monday, December 21, 2009

BEKAS TERGELIAT

hampir tiap sendi sebelah kanan paksu dah pernah tergeliat - semuanya pasai nak riadah konon.
  • ibu jari kaki - main bola
  • ankle - main takraw & badminton
  • pelipat lutut - main basketball
  • bahu - badminton & tenis
  • siku - badminton & tenis
  • wrist - tinju (tumbuk dinding konkrit krn marah kat housemate)
  • jari telunjuk - main golf

bila pi berubat - dokter bagi pain-killer & ultra sound. bomoh bagi herba penawar. pi mengurut - sapu demah dengan minyak gamat, balut lagi. so tiapkali selesai riadah - bekas2 tergeliat ni akan terasa sakit balik. jadi paksu apply saja ubat/penawaq mana yg dan. sari dua baik, alhamdulillah. esok main sakit balik. it goes on and off, on and off. tapi kita harus bersyukur kerna penyakit macam ni saja yg tuhan bagi. kena bersyukur lah.

kadang2 terasa juga nak try acupunctur - cucuk jarum cara cina, tapi tak pernah try pun.

hmm.. cerita pasai acupuntur. terbaca paksu tentang budak lelaki 2 tahun di brazil penuh dengan >40 jarum dalam badan dia. bukan pasai acupuntur - tapi disyaki black magic. last2 lepas siasat, bapak tiri budak ni mengaku cuba nak membunuh budak ni kerna berdendam dgn bini dia. pasai berdendam dia gamak cucuk jarum sikit2 minggu ke minggu dalam badan budak ni. budak 2 tahun yg jadi mangsa ni di takdir hidup pulak tuh!

depa tak tau ka azab tuhan yg pedih yg akan timpa depa?

firman allah: "... dan untuk orang2 yg kafir disediakan minuman air yg mendidih dan azab yg pedih di sebabkan kekafiran mereka." - surah yunus:4 & surah an'am:70

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...