Showing posts with label SAMBUTAN. Show all posts
Showing posts with label SAMBUTAN. Show all posts

Friday, July 20, 2012

SELAMAT BERPUASA

ya-marhaban ramadhan, bulan al-mubarak, alhamdulillah dapat kita kecapi nikmat ramadhan sekali lagi. moga segala amalan kita kali nih, insyaallah lebih baik dari yg sudah2. get the 1000 bulan ... everybody! pulun jgn tak pulun!

selesai nanti, boleh kita berkumpul beraya hr ke-3 di tg, di rumah mak lang, insyaallah.

maaf zahir dan batin.

Sunday, July 31, 2011

SELAMAT BERPUASA

selamat menyambut bulan ramadhan al-mubarak dan selamat berpuasa. berbanyak2 lah kita berbuat amal ibadat di bulan yang mulia lagi barakah ini. nabi saw berpesan supaya merebut peluang yang sedia ada ini di bulan yg barakah ini semoga dgn mendekati allah terbukalah pintu kurniaan nya. insyaallah.

sempena bulan ini mari lah kita renung2 kembali, sabda nabi yg mana akan berlaku fitnah di akhir zaman 4 perkara ini (yg pernah paksu dengar dari ceramah ustaz kazim):
  1. bala akan turun dari atas bumbung rumah (ada kaitannya dgn tv, internet dsbnya)
  2. sayangkan tidur lebih daripada sembahyang.
  3. orang yg sedap2 dengan kenikmatan dunia, tetapi di hari kiamat dalam keadaan tak ada apa2 langsung amalan.
  4. umat islam yg diperlengkapkan dengan emas dan perak, tetapi kelengkapan itu di gunapakai oleh musuh2 islam untuk menyerang balik negara2 islam.
oleh itu sebelum sampai zaman itu buatlah ibadat banyak2.

wallahu-a'lam

Wednesday, December 16, 2009

Wednesday, October 14, 2009

SYAWAL 1430

M

ai kita tengok foto2 raya ke-3 masa kita berkumpui di rumah pak tam. kebanyakan gambaq dari facebook hirda. fotografer nya ... hmmmm. tak lain tak bukan... hardy shah !! hihhi .. (dia yg paling banyak snap gambaq hari tuh).

Sunday, September 14, 2008

MET HARI LEBARAN

ketemu lagi dech ! tu dia bahasa indon pulak.

dah ramai dah depa di malaysia ni. yg baik ada, yang jahat pun belambak. disebelah rumah paksu, hari2 dok dengaq depa dok jerit2 buat gheja. di padang golf pun dah ramai cewek depa jadi caddy. di restoran2 melayu pun dan ramai mbak2 jadi pelayan. nak buat camana depa yg gheti buat gheja macam ni disini. di kg baru KL perasan dah jadi depa punya. statistik jenayah melibat depa disini meningkat. so kita, kita waspada.

ok la tuh.

jumpa saja pada HARI RAYA Ke-3 di rumah maklang tasik glugoq. kepada anak2 dan cucu2 ponakan mai no jangan tak mai!

SELaMaT HarI RaYA aIdiLFitRi
maaf zahir & batin

Thursday, January 10, 2008

HIJRAH BARU

sempena tahun baru hijrah1429 marilah kita berdoa agar tuhan memberkati dan memberi rahmat kpd kita, keluarga kita, serta muslimin dan muslimat. memohon ampun kehadrat illahi serta memberi kebahgian di dunia dan di akhirat. amin.

H-A-T-I tu mau jaga ...
  • Hati perlu baik, kerna dia rumah allah. biar ada nur sampai dan masuk dlm hati. jika inginkan nur, maka bersihkan hati dgn mengingati allah. hapuskan dari keinginan nafsu dan duniawi. nescaya dipenuhi dgn makrifah dan sifat2 terpuji/asrar.
  • Akhlak yg mulia agar senang hidup kita di dunia dan akhirat.
  • Takwa kpd allah subhanahuwaata'ala dan jgn sesekali menyengutukannya. buat apa yg disuruh dan tinggal apa yg dilarang. maka (dia gerenti) syurgalah tempat kita kekal didalamnya.
  • Ilmu dan iman kena ada. dalam usaha kita membaiki amal kita.

wallahu-a'lam

p/s: mai kita posa 9 - 10 muharram

Saturday, September 29, 2007

DAH NAK RAYA

posa pun dah separuh bulan. doa qunud pun dah mula dibaca pada solat witir lepas tarawih. rumput digarden pun dah mula di mesin. baju raya anak2 dah mula dijahit/ di tempah *tapi paksu belum lagi ..hihhi* jadi .. semua dah mula nak siap2 sambut syawal al-mubarak *lagu raya depa tak mau siar lagi ??* kad raya paksu dah dapat sekeping tadi.

tahun ni raya ke3 kita nak gather tang mana pulak? liza & mak uda nak buat di rumah depa di bayan lepas. liza yang berhajat sangat nak buat kenduri kesyukuran dan baca tahlil di sini. *eehhmm ... entah2 kenduri dia nak bertunang tak? ... harap2 begitu le*

dengan itu .. paksu bagi pihak liza & mak uda menjemput kesemua kita adik beradik yg ada dalam family tree ni, berkumpul dan makan kenduri nasi tengahari di rumah mak uda di bayan lepas. lepas tu di sebelah petang kita adjurn ke rumak mak cik di depan pekena laksa. kalo ada sapa2 nak sponsor sate bagi tau kat liza. buat pencuci mulut maksu nak buat caramel pulak *pudding dah selalu sangat dah*.


p/s: selamat berbuka puasa

Sunday, September 24, 2006

RAMADHAN

kiriman Leeza
bahang ramadhan kian terasa
saat syaaban menampil diri
dan tanpa sedar berlari
meninggalkan kita
merentas hari dan waktu
tanpa perlu kita menghitung
dalam kiraan panjang kehidupan
ramadhan bakal datang
menjengah diri dalam
rekahan nafsu insan
yang bergelodak sepanjang musim
dalam diam meriak kesedaran
buat mukmin yang patuh pada
yang maha khalik
ramadhan datang lagi
untuk mengulangi tuntutan hakiki
sambil berputar fikiran ini
bertanya pada diri
apakah ramadhan kali ini
sama seperti akhir kali
yang banyak di biarkan berlalu
tanpa di isi dengan iqra dan zikir
tanpa tasbih dan takbir...
syukur pada ilahi kerana ramadhan
masih sempat di tempuhi...

Saturday, September 23, 2006

MARHABAN YA RAMADHAN

mata kadang salah melihat
mulut kadang salah bercakap
hati kadang salah menduga
marhaban ya ramadhan
mohon maaf zahir dan batin
selamat menjalankan ibadah puasa
semoga ALLAH memberkati amalan ibadah puasa kita ini
amin ya rabbul a lamin

Wednesday, August 16, 2006

CONGRATS

KEPADA DR FARIDAH ARYANI SEMPENA HARI KONVOKESYEN USM
PADA HARI INI 16 OGOS 2006

dari
PAKSU DAN SEKELIAN FAMILI KITA DISINI

Wednesday, June 14, 2006

ASSALAMUALAIKUM

iya ... itu yg seelok2 nya diucapkan kepada anak2cucu ponakan sekalian. sebagai orang tua ingat mengingati tu penting, kerna yg baik itu datang dari Allah dan yg buruk dari keda'ifan kita manusia ciptaan NYA.

nih paksu nak cerita nih ... pagi tadi paksu bawa kereta pi workshop hyundai di sungai pinang. pasai nak tukar cermin windscreen yg retak tuh, paksu sampai 10 minit b4 eight. lepas register paksu minta mereka hantar paksu ke ofis. budak cina yg hantar paksu tuh umur muda sikit pada nikman 26 tahun. dia pun cerita kereta kancilnya di pecah cermin kecil belakang kerna pencuri radio kaset kereta dia. kejadian tuh berlaku di rumah girlfriend dia. lepas tuh kami pi makan nasi kandar merlin *breakfast konon*.

masa makan terdengar bunyi accident di luar restoran. motor langgar kereta. side mirror kereta tuh pecah. balik ke ofis masa paksu nak naik atas terdengar pinggan jatuh pecah di kantin belakang ofis. jadi sepagi nih paksu terdengar benda pecah saja. nasib baik windscreen kereta paksu yg retak tuh tak pecah masa driving.

bak pepatah mengenai pecah .. kalau tak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya ... biar pecah diperut jangan pecah di mulut ... yang best lagi masa sekolah dulu2 .. pecah kaca pecah gelas lepas baca harap balas ... hehehe. tapi jangan pecah gendang2 telinga kalau dok kena beletiar hari2 macam burung di bawah ni.

till next time.

blah... blah... blah... blah... blah...

Tuesday, June 13, 2006

HALO.. HALO.. HALO..

halo semua ..... yang mengenali paksu
ramai sudah meminta paksu buat blog utk kita semua. paksu akan update kamu semua dengan foto2 keluarga yg akan di hantar tu.
kepada yang berminat .... tungguuuuu dan lihattttttt. dan respond pls.
cheers.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...