![]() |
| gambar background courtesy dari faridah aryani tour ke NZ |
ya allah kami bersyukur keatas kurnia rahmat mu dan berilah kami petunjuk dari sisi mu
Showing posts with label BERPESAN PESAN. Show all posts
Showing posts with label BERPESAN PESAN. Show all posts
Monday, December 23, 2013
Monday, July 08, 2013
3 x AMIN
bila menjelang ramadhan, paksu teringat sebuah hadith yg pernah paksu dengaq dalam kuliah2 dulu dan kini terbaca dalam tafsir ibnu katsir.
hadith nih dibawa dalam penghuraian ayat al-quran berhubung dengan berbakti kepada kedua ibu bapa, dan doa yg terdapat didalamnya (yg kita kita dok bawa tiap kali lepas solat):
.وَقَضَى رَبُّكَ أَلاَّ تَعْبُدُواْ
إِلاَّ إِيَّاهُ وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا إِمَّا يَبْلُغَنَّ عِندَكَ
الْكِبَرَ أَحَدُهُمَا أَوْ كِلاَهُمَا فَلاَ تَقُل لَّهُمَآ أُفٍّ وَلاَ
تَنْهَرْهُمَا وَقُل لَّهُمَا قَوْلاً كَرِيمًا 17:23 وَاخْفِضْ لَهُمَا جَنَاحَ الذُّلِّ مِنَ الرَّحْمَةِ وَقُل رَّبِّ ارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِي صَغِيرًا17:24
dan tuhanmu telah memerintahkan
supaya kamu jangan menyembah selain dia dan hendaklah kamu berbuat baik
pada ibu bapakmu dengan sebaik-baiknya. jika salah seorang di antara
keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu,
maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan
"ah" dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka
perkataan yang mulia. dan rendahkanlah dirimu terhadap
mereka berdua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah: "wahai tuhanku,
kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku
waktu kecil." - al-isra': 23-24
hadith yg diriwayat melalui anas - ketika nabi pernah menaiki mimbar, nabi saw kemudian berucap "amin. amin. amin" lalu ditanyakan, "ya rasulullah, apa yg engkau aminkan tadi?" beliau menjawab, "aku didatangi jibril, lalu ia berkata:
'sungguh hina orang yg (namamu disebut di sisinya), namun ia tidak berselawat keatasmu. maka ucapkanlah amin.' maka aku mengucapkan amin.
'sungguh hina orang yg masuk bulan ramadhan, lalu ia keluar darinya dengan tidak mendapatkan keampunan. maka ucapkanlah amin.' maka aku mengucapkan amin.
'sungguh hina orang yg mendapatkan kedua atau salah seorang tuanya (masih hidup), namun (kesempatan berbakti kepada) keduanya tidak memasukkannya ke syurga. maka ucapkanlah amin.' maka akau mengucapkan amin.
konklusinya: kalau tak mau jadi org yg hina di sisi allah
- mai kita banyak2kan selawat keatas nabi saw - baik bilamana nama beliau disebut atau tidak, dan bila nak start berdoa - kerana allah akan selawat keatas kita 10 kali selawat (banyak tuuuh!)
- mai kita minta ampun banyak2 dlm bulan posa/ramadhan nih. aminkan bila imam dok baca doa selepas rakaat2 sembahyang terawih. dan rebut peluang nak dapat malam lailatul-kadr (umpama amal 1,000 bulan)
- mai berbakti kat kedua ibu bapa (masih hidup) - bila dah wafat pun boleh lagi: sembahyang jenazah keduanya, minta ampun untuk keduanya, melaksana janji keduanya, menghormat sahabat keduanya serta menyambung tali silaturahim. (riwayat abu daud dan ibnu majah) - kalau kamu masih punyai ibu, temanilah ia, kerana syurga itu terletak di kedua kakinya. (riwayat imam ahmad)
wallahu-a'lam
Sunday, June 30, 2013
SENDA GURAU DAN PERMAINAN
dah lama dah paksu terbaca dalam alquran tentang kehidupan dunia ini bak senda gurau dan permainan. diantaranya dlm ayat2 berikut:وَمَا هَذِهِ الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلَّا لَهْوٌ وَلَعِبٌ وَإِنَّ الدَّارَ الْآخِرَةَ لَهِيَ الْحَيَوَانُ لَوْ كَانُوا يَعْلَمُونَ
dan tiadalah kehidupan dunia ini melainkan senda gurau dan main-main. dan sesungguhnya akhirat itulah yang sebenarnya kehidupan, kalau mereka mengetahui. al-ankabut:64
وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلاَّ لَعِبٌ وَلَهْوٌ وَلَلدَّارُ الآخِرَةُ خَيْرٌ لِّلَّذِينَ يَتَّقُونَ أَفَلاَ تَعْقِلُونَ
dan tiadalah kehidupan dunia ini, selain dari main-main dan senda gurau belaka. dan sungguh kampung akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. maka tidakkah kamu memahaminya? al-an'am:32
إِنَّمَا الحَيَاةُ الدُّنْيَا لَعِبٌ وَلَهْوٌ وَإِن تُؤْمِنُوا وَتَتَّقُوا يُؤْتِكُمْ أُجُورَكُمْ وَلَا يَسْأَلْكُمْ أَمْوَالَكُمْ
sesungguhnya kehidupan dunia hanyalah permainan dan senda gurau. dan jika kamu beriman serta bertakwa, Allah akan memberikan pahala kepadamu dan Dia tidak akan meminta harta-hartamu. muhammad:36
apa yg dimaksudkan dgn senda gurau dan mainan nih?
kalau mengikut tafsir ibnu katsir - allah berfirman mengkhabarkan tentang kerendahan dunia serta ia akan hilang dan lenyap. bahawa dunia ini tidak kekal dan ujungnya adalah senda gurau dan permainan. bahawa akhirat jualah sebenar2 kehidupan i.e. kehidupan kekal yg hakiki yg tidak akan hilang dan tidak habis, bahkan dia akan terus berlansung selama2nya.
tapi kita sibuk betui dgn dunia. dah masuk waktu solat - masa tu la kita nak makan, nak pi makan kenduri, nak kena attend function, dok tengah shopping kat tesco or any pasaraya, dok tengah main game, etc. etc. tapi dgn pengurusan waktu yg baik, waktu untuk solat boleh di prioritize kan.
nikmat dunia telah allah ciptakan kat kita cuma 1% saja. itu pun kita dah berasa syok dah (syukur alhamdulillah) dan yg 99% lagi di simpan. dah pasti la yg baik2 tu tentu ada di akhirat - yg kekal abadi.
kata ustaz: hambat dunia banyak, akhirat dapat sikit. hambat akhirat banyak, dunia dapat, akhirat pun dapat banyak. kalau dia tak bagi dunia banyak pun tak pa. sebab kata ustaz lagi, kalau boleh makan nasi lemak dua bungkus sehari pun di kategorise dah kaya.
Friday, August 24, 2012
RAMADHAN MENINGGAL KITA
dari sepuluh, empatbelas, tinggal lima kemudian tiga.. kemudian balik ke asal seperti sebelum ramadhan. begitu lah saf-saf di masjid tempat paksu. dimasjid lain pun paksu agak macam tu juga. wallahu-a'lam.
sungguh pun ramadhan dah meninggalkan kita.. jgn lah kita meninggalkannya. biarkan amalan itu disambung berpanjangan sehingga ketemu ramadhan yg akan datang pula insyaalah. pahala puasa boleh dikecapi selagi kita bertakwa kpd allah... buat yg disuruh... tinggal yg dilarang. kerana seperti kata imam ghazali: benda yg jauh itu ialah masa yg telah berlalu .... manakala benda yg dekat itu ialah mati.
so lets get prepared for the akhirat.
wallahu-a'lam.
Friday, November 25, 2011
MAI MUHASABAH DIRI
dua hari lagi kita kan sambut tahun baru hijrah 1433. jadi mai lah kita tanya2 diri kita apa yg dah kita buat sepanjang tahun yg lalu. semoga kita telah mengisikan tahun ini dengan amalan yg lebih baik dari tahun lepas. dan semoga tahun akan datang ini akan lebih baik dari tahun lalu, insyaallah.
ada berpuluh soalan yg boleh kita tanya-tanyakan tentang diri kita sepanjang tahun ini. diantara soalannya ....
- dah boleh khusyuk masa sembahyang?
- dah boleh buat banyak sembahyang sunat?
- dah boleh sembahyang berjemaah setiap waktu?
- dah boleh bangkit malam sembahyang tahajud?
- dah sempat berzikir dan bertahmid slps solat?
- dah boleh baca quran tiap hari maupun 100 ayat?
- dah boleh bersabar dan redha atas ujian allah?
- dah bersyukur akan nikmat2 yg diberi allah?
- dah boleh stop mengumpat?
- dah tak mungkir janji?
- dah boleh lawan nafsu dari bisikan syaitan?
- dah boleh tak menyakit hati orang?
- dah boleh memaaf dan mengasihkan seseorang?
- dah boleh membetul diri sendiri dan menasihat kawan?
- dah boleh sangka baik dgn kawan?
- dah boleh rasa gelisah dan menangis bila buat dosa?
- dah bertaubat dah atas dosa2 yg lalu?
- dah bersedekah atau infak ke jalan allah?
- dah berbaik2 dengan jiran?
- dah ramai tetamu mai rumah dan layan depa dgn baik?
- dah selalu ingat pada mati, alam barzah, syurga neraka?
tanya dan tanyalah. pastu muhasabahlah (merenung/menilai akan kelemahan dan kekurangan yg kita buat sebelum nih dan insaf - i.e. rasa ingin berubah kpd suatu yg lebih baik)
wallahu-a'lam
p/s: jgn lupa doa akhir tahun (mohon ampun & keredhaannya) dan awal tahun (mohon dilindungi drpd tipu daya syaitan)
Friday, November 11, 2011
11.11.11 SALIN KULIT LAGI!
warning: its only a date tho unique to some. cuma jgn dok percaya yg karut marut !!
renungan kuliah subuh pagi ni:
berbagai ketagori orang yg akan ke syurga ...
mula2 teringin juga nak salin kulit sekali lagi pada hari nih. tapi dah rasa kurang creative dah la ni - terus paksu maintain saja blog ni macam nih saja. rasa belum jemu lagi dgn kulit yg lama nih.
tapi ada juga orang yg syok dengan tarikh macam ni, buat kenduri kawin pada hari nih. mau pun jatuh pada hari jumaat. kenduri kawin hari jumaat?? mesti ada kaki yg tak pi atau miss sembahyang jumaat hari ni - pasai kena kerja kat rumah kenduri. wallahu-a'lam.
berbagai ketagori orang yg akan ke syurga ...
- ada yg masuk terus bersama nabi dan aulia
- ada yg terjatuh ke neraka dulu bergantung hisab dosa pahala nya
- kemudian dijemput keluar oleh orang dari syurga yg mengenalinya
- dan orang terakhir dijemput keluar dari neraka untuk ke syurga ialah orang yg sekurang2nya ada juga kalimah la-illa-ha-illallah pada diri dia
Friday, October 14, 2011
ILMU ..
dari abu hurairah r.a. katanya: " rasulullah saw bersabda: barangsiapa yg mempelajari sesuatu ilmu pengetahuan dari golongan ilmu yg semestinya untuk digunakan mencari keridhaan allah azzawajalla, tetapi ia mempelajarinya itu tiada lain maksudnya, kecuali hendak memperoleh sesuatu tujuan dari keduniaan. maka orang yg sedemikian tadi tidak akan dapat menemukan keharuman syurga pada hari khiamat." yakni bau harumnya syurga itu tidak akan dapat dirasakannya.
Tuesday, September 20, 2011
DAH TENGOK TAPI TAK NAMPAK
syukur alhamdulillah kita telah dilahirkan sebagai sorang muslim. dibelai dimanja diasuh dididik dengan kasih sayang. bila dewasa kita yg banyak membuat keputusan. tapi segala ikhtiari kita masih tetap ditentukan oleh yg maha asa, allah azawajalla.
sebuah hadith yg diriwayatkan daripada abu hurairah r.a katanya: rasulullah s.a.w bersabda: setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah iaitu suci bersih. kedua orang tuanyalah yang membuatnya menjadi yahudi, nasrani atau majusi.
jadi bertakwalah agar jadilah kita sorang muslim yg mu'min. buat yg disuruh dan jauhi yg dilarang. seperti firman allah yg berkali2 diulang dlm alquran "menyuruh kepada yg makruf dan mencegah dari yg mungkar dan mereka itulah orang2 yg beruntung"
dalam kitab abi madyan ada ditinggalkan 3 perkara wasiat:
- baiki antara dirinya dgn allah; akan dibaiki allah dirinya dgn semua makluk
- baiki batinnya; akan dibaiki allah akan zahirnya
- baiki pekerjaan akhirat; akan dibaiki allah pekerjaan dunianya
so kita dah pun lihat sejak kecil sampailah ke tua. dan harap2 kita dah nampak dan baiki apa yg kita dah nampak.
wallahu-a'lam
p/s: hope u see what u saw in the picture
Friday, August 26, 2011
LIGAN LAGI !
kalau lah malam2 yg sudah2 kita dah pulun ligan lailatul-qadr, apa kata kita continue ligan moga dapat malam yg diberkati dan dirahsiakan oleh allah nih. masih ada tiga malam lagi untuk kita pulun mengejarnya... malam amalan umpama seribu bulan dan diampun dosa2 kita yg lepas.
memang syaitan suka peluk kita supaya syok tiduq kerekot tak mau jaga2. tapi kalau lawan nafsu ini dah tentu syaitan tak suka. dan di antara mereka yg syaitan tak suka ialah:
- rasulullah
- pemimpin yg adil
- orang kaya yg baik hati
- orang berpuasa dan suka bersedekah (infaq fi sabilillah)
- orang yg bertaubat dan tidak mengulangi dosa itu lagi
- orang yg rajin baca al-quran sekurang2nya seratus ayat sehari
- orang yg beriman yg bangun mengumarah dua per tiga malam
- orang yg beriman yg suka menasihati orang
- orang yg beriman yg sentiasa mengucapkan kata2 yg baik atau ia diam
- orang yg beriman yg sentiasa memperkukuhkan ikatan kekeluargaan
nanti sat kalu paksu teringat paksu sambung lagi.
wallahu-a'lam
Friday, February 04, 2011
SILA OOOI... SILA
kalo pasai kenduri orang kita memang mewah sekali dgn makan. last month ada this month ada, dan berturut2 rabu, khamis, jumaat, sabtu ..... maaakan. nasi minyak, ayam, kambing n sidekicknya teh tarik, kueh manis, bubuq, laksa, koeteow etc. syukur rezeki kenduri.
tapi paksu tengok, masih ada orang yg suka membazir bila cedok nasi dan ambik lauk. sa sa nasi kenduri di bubuhnya banyak2 tapi makan tak habis pun. membazir buang begitu saja. ingat firman allah: "sesungguhnya pembazir2 itu adalah saudara2 syaitan dan syaitan itu adalah sangat ingkar kepada tuhan".. isra:27
paksu tengok dua occasion: i. orang separuh umur lungguk nasi macam nasi tambah untuk 4 orang. masyaallah ... dia bolih habis makan! ii. juga separuh umur lungguk laksa bertimbun dalam pinggan (bukan mangkuk) bubuh kuah berlenang. masyaallah .. kemaroknya! buh la dlm mangkuk. kemudian tambahla bila nak tambah. syukur alhamdulillah, adik beradik kita nih paksu tengok, takla ada yg kemarok macam tuh.
tazkirah subuh tadi, ustaz peringatkan dari hadith: dari ummat nabi muhammad saw, cuma 70,000 saja yg akan masuk syurga tanpa hisab (dikiaskan macam masuk lorong smart-tag), yg lain tuh kalo bolih masuk pun masih lagi kena hisab (dikiaskan macam masuk lorong touch n go), dan ada yg masuk syurga setelah dihisab dan diazab (dikiaskan macam masuk lorong tunai - sure bederet punya! dan lambat pula).
sapa depa yg tujuh puluh ribu nih?
"mereka adalah yang
- tidak buat jampi pelek2 (berunsur bid'ah, kuraffat n syirik)
- tidak diminta di jampi
- tidak meramal nasib
- hanya kepada allah mereka bertawakkal
p/s: so ... get a smart-tag
Wednesday, September 22, 2010
KITA BERSYUKUR
baru2 ni paksu terbaca ada satu kelompok kristian di us anjur 'hari mendoa utk sembuh' utk sorang atheist yg sakit cancer. minggu sudah 'hari bakaq kuran' dah tak jadi buat, minggu nih depa buat 'hari mendoa' lak. atheist yg sakit nih terkenal dgn buku dia 'god is not great: how religion poisons everything' - dia pernah berdebat dgn padri kristian tentang buku dia vs. the bible.
![]() |
tambah2 lagi selepas 9/11.. lagi depa takut n tak percaya tentang islam. depa tau islam pun dgn petikan sekerat2, depa dah salah tafsir tentang islam, tak mendalami selunas2nya, seperti sesetengah mualaf yg terkenal. di masjid kariah paksu ada juga mualaf 2 orang. kadang2 depa usung mai satu famili (dgn truck d-max) solat maghrib n isya'. subhanallah, bahagia nya!
so sekarang apa dah terjadi pada penulis atheist nih?..... disah kena esophageal cancer bulan jun lalu. dah tentu derita. hanya allah saja yg maha mengetahui lagi maha berkuasa menentukan kesemuanya. balasan allah baik di dunia mau pun di akhirat.
kerna allah telah berfirman ...
"Sesungguhnya orang-orang kafir, sama saja bagi mereka, kamu beri peringatan atau tidak kamu beri peringatan, mereka tidak akan beriman." al-baqarah:6"Adapun orang-orang yang kafir dan mendustakan ayat-ayat Kami, mereka itu penghuni neraka; mereka kekal di dalamnya." al-baqarah:39
"Orang-orang kafir itu membuat tipu daya, dan Allah membalas tipu daya mereka itu. Dan Allah sebaik-baik pembalas tipu daya." al-imran:54
"Sesungguhnya orang-orang yang kafir dan menghalangi (manusia) dari jalan Allah kemudian mereka mati dalam keadaan kafir, maka sekali-kali Allah tidak akan memberi ampun kepada mereka." muhammad:34
bagi kita, kita harus banyak2 bersyukur kerna, celek2 mata saja... kita dah beridentiti islam. di asuh di didik cara islam. dah jadi umat nabi muhammad nabi akhir zaman.
so.. tingkatkan ketakwaan kita. buatlah banyak2 yg disuruh, dan tinggalkan yg ditegah. moga selamat dunia akhirat. banyak2lah berdoa, macam doa di akhir2 surah al-imran spt dibawah nih:
رَبَّنَا فَٱغۡفِرۡ لَنَا ذُنُوبَنَا وَڪَفِّرۡ عَنَّا سَيِّـَٔاتِنَا وَتَوَفَّنَا مَعَ ٱلۡأَبۡرَارِ
رَبَّنَا وَءَاتِنَا مَا وَعَدتَّنَا عَلَىٰ رُسُلِكَ وَلَا تُخۡزِنَا يَوۡمَ ٱلۡقِيَـٰمَةِ إِنَّكَ لَا تُخۡلِفُ ٱلۡمِيعَادَ
Wahai Tuhan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami dan hapuskanlah daripada kami kesalahan-kesalahan kami dan matikanlah kami bersama orang-orang yang berbakti. Wahai Tuhan kami! Berikanlah kepada kami pahala yang telah Engkau janjikan kepada kami melalui Rasul-rasulMu dan janganlah Engkau hinakan kami pada hari kiamat; sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji.
wallah-hua'lam
Saturday, July 17, 2010
KIBLAT KUK MANA?
indonesian muslims told to change prayer direction.
kaption berita macam nih dah tentu buat kita tersenyum sinis. tambah2 la yg kafir tuh.. depa lebih suka bila isu2 kontroversi macam ni di heboh2kan. bila dibaca, rupa2 nya orang indon selama ni tersilap baca arah bearing kiblat. subhanallah. baru la ni depa sedaq! baru nak pebetui. tu dia! herot tak herot depa disana? wallahua'lam.
firman allah:
kerap kali kami melihat engkau (wahai muhammad), berulang-ulang menengadah ke langit, maka kami benarkan engkau berpaling mengadap kiblat yang engkau sukai. oleh itu palingkanlah mukamu ke arah masjidilharam ... al-baqarah:144
sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinannya dengan berkata: tuhan kami ialah allah, kemudian mereka tetap teguh di atas jalan yang betul, akan turunlah malaikat kepada mereka dari semasa ke semasa. janganlah kamu bimbang dan janganlah kamu berdukacita dan terimalah berita gembira bahawa kamu akan beroleh Syurga yang telah dijanjikan kepada kamu. fussilat:30
p/s: masjid jamek kat line-clear penang road pun serong sikit, tapi dah lama dah depa pebetui. depa tak heboh pun!
p/s: masjid jamek kat line-clear penang road pun serong sikit, tapi dah lama dah depa pebetui. depa tak heboh pun!
Monday, June 14, 2010
KORBAN APA SAJA
bukan lagu p. ramlee ! nih yg kena or terpaksa berkorban.
korban 1:
bila cerita pasai korban, raya korban pun dah dekat dah.. lima bulan saja lagi, dah kita nak buat korban pulak. tu kpd yg mampu. kpd yg tak mampu tu, tak disunatkan.
walaupun ibadahnya sunat muakkad (kecuali bg depa yg buat umrah dan haji), ramai juga yg mampu dikalangan kita mengeliat sikit nak buat korban. tambah2 lagi bila nak perbanyakkan korban. tapi kalau apa2 jadi kat keqeta kita (terpaksa kena repair 400 or 500 ringgit), lamlabut juga cari duit or korek2 juga, kalau tidak.. qeta tak jalan!
so.. kpd yg makan gaji tuh. simpan pi lah 30 or 35 ringgit sebulan. cukup setahun boleh la jugak satu bahagian. kalau tak mau share 7 orang sekoq lembu, (kita nak naik kenderaan kita sorang2 di hari akhirat kelak)... perbanyakkan lah korban tu.
Maka dirikanlah solat kerana Tuhanmu dan berkorbanlah. al-kauthar:2
Rasulullah s.a.w. bersabda: Muliakanlah korban-korbanmu kerana nanti ia menjadi kenderaan kamu ketika melalui titian Siratul Mustaqim.
korban 2:
baru ni, paksu pi convo lili di shah alam. sebelum pi qeta rosak. kena repair (korban terpaksa tuh). masa nak pi, baru cari kasut sepatu ofis. kulit kasut dah season betui (tapi tapak ok lagi) maklumlah dah 4 tahun tak pakai (+ 3 tahun dah pakai). so paksu pakai juga. tu dia la... kalu kat qeta cepat2 kita kena belanja, tapi kalu kat kita, k.i.v la dulu.
cerita pasai kasut, ada akiolojis jumpa kasut kulit 5,500 tahun di armenia. tak banyak beza kasut dulu dan kasut la ni (baik kasut orang gua dulu mau pun yg tenggelam kapai dulu2). co tengok gambaq dibawah nih.
tapi harap2 jangan la depa jumpa kasut selipar nih 5,000 tahun nanti!
hihhi...
Thursday, March 25, 2010
FIKIR FIKIR
paksu la ni dah kurang sikit baca paper. berita dok macam tu juga, fitnah menfitnah kata mengata. dadah, rompak, rogol, buang bayi. yg glamour, menikah nak sorok cerai heboh, pastu saman sana saman sini. yg politikus nak tunjuk kuasa, pastu ungkit dia buat itu dia buat ini, dia tak tau ka tu tugas dia! yg politikus muda dah mula nak kaya cepat, pastu tu dok menunjuk2 pula nak living in style. quote: " jangan hambat dunia sangat. hambat dunia macam hambat lalat. lagi hambat lagi dia lari. kalau tak hambat sangat, dia mai kerumun."
so, tengok2 juga internet news. pagi ni saja, paksu terbaca news berderet2 yg patut kita fikir fikirkan. terutama sekali tentang kekuasaan tuhan:
- sebuah pulau kecil dah hapus tenggelam. yg jadi rebutan india dan bangladesh.
- pupusnya lebah madu di us sejak kebelakangan 4 tahun ini. dikaji rupa2nya ada racun serangga di pollen bunga dan disarang2 lebah.
- budak 6 tahun di shenyang, china - ada 15 jari dan 16 jari kaki.
- israel dah tak mau dengar cakap america dah. projek apartment untuk orang yahudi diteruskan di jeruselam.
Friday, March 05, 2010
JIWA TENANG
adakah tenang jiwa 5 ribu orang putih sydney yang berboge bergambaq di depan sydney opera house baru2 ni? malu haeh! tak tau pulak depa dapat duit atau tidak. tapi depa sanggup buat macam tu kerna bergambaq 'for the sake of art' konon. artist cum fotographer nih dah dok buat kerja tu tiap2 tahun di merata big cities, tapi belum lagi jelajah ke negara islam. setau paksu orang gila saja yg gamak buat macam tu.
so .. lantak pi kat depa la. depa dak termakan dengan godaan syaitan. kita yg terbaca n tertengok, tengok saja le (tak payak le pakai magnifying glass pulak ... hihhi). but waspada ... it may penetrate ke budaya generasi masa depan kita jika tak di kawal dgn serious.
baru2 nih terdengar paksu kuliah mp3 ustaz kazim elias bab nabi ibrahim vs. namrud. di dalamnya diselit cici-ciri orang yg tenang jiwa yg ada disebut dalam al-quran. dia sebut ada 9 ciri orang tenang dan diceritanya lima. lagi empat dia suruh cari dalam surah asy-syura: ayat 36 - 39
mai kita cari kesembilan-sembilan ciri tuh ...
Oleh itu, apa jua yang diberikan kepada kamu, maka ia hanyalah nikmat kesenangan hidup di dunia ini sahaja dan (sebaliknya) apa yang ada di sisi Allah (dari pahala hari akhirat) adalah lebih baik dan lebih kekal bagi orang-orang yang beriman dan yang berserah bulat-bulat kepada Tuhannya;
Dan juga (lebih baik dan lebih kekal bagi) orang-orang yang menjauhi dosa-dosa besar serta perbuatan-perbuatan yang keji dan apabila mereka marah (disebabkan perbuatan yang tidak patut terhadap mereka), mereka memaafkannya;
Dan juga (lebih baik dan lebih kekal bagi) orang-orang yang menyahut dan menyambut perintah Tuhannya serta mendirikan sembahyang dengan sempurna dan urusan mereka dijalankan secara bermesyuarat sesama mereka dan mereka pula mendermakan sebahagian dari apa yang Kami beri kepadanya;
Dan juga (lebih baik dan lebih kekal bagi) orang-orang yang apabila ditimpa sesuatu perbuatan secara zalim, mereka hanya bertindak membela diri (sepadan dan tidak melampaui batas).
dapat dak?
kita dok baca quran dan terjemahnya, tapi kadang2 tak terlintas ada ciri-ciri orang tenang jiwa yg jelas disebut dalam al-quran. nanti kalau ada tafsir mengenainya, insyaallah, akan paksu muatkan disini.
wallahu-a'lam.
note: someone reminds me today's my birthday - 61st hijrah bday - jumaat 19 rabi'ul-awal
note: someone reminds me today's my birthday - 61st hijrah bday - jumaat 19 rabi'ul-awal
Monday, June 23, 2008
ARAH KIBLAT
baru2 ni ada hambaallah email kat paksu pasai arah kiblat yg berpandukan dgn bayang matahari pada sekian2 hari bila matahari betul2 di atas kaabah. tapi biasa nya, ramai dah guna compas cari arah kiblat dimana jua kita berada.
kalu pi hotel kita telangut2 cari arrow kiblat diceiling sebagai guide bila kita nak solat. kadang2 depa lekat arrow kiblat dalam drawer. kemana jua kita mengadap, kita yakin arah itu adalah arah kiblat. pokoknya ... kita maulah solat bila masuk waktunya.
di kelab2 golf ada juga surau kecik. tapi ada juga member silap arah kebelakang. reason: sejadah yg ada disurau terhampar terkalih. member ni masuk sorang2 teruih sembahyang ikut sejadah tu.
teringat paksu masa di masjid nabawi, dimadinah ... tiang2 di sebelah kanan sekali di sebelah depan masjid (kanan raudzah) ternampak senget sedikit ke kanan. ini ketara sekali sebab paksu kerap solat luhur n asar di sebelah belakang kanan masjid.
so, pada akhir2 hari nak balik mai, paksu berkenalan dengan sorang pak indon. dia sorang architect. ada firm sendiri di jakarta. kami duduk disebelah kiri masjid. jadi, lepas solat maghrib (to prove that nothing's wrong with my eyes) paksu cerita pasai tiang2 didalam masjid nih. dia pun interested nak tengok... betui tak tiang2 ni tak selari bila dilihat dari belakang. kami pun berjalan dari sebelah kiri masjid hala ke kanan, sambil perembang kehadapan tiap barisan tiang2 yg ada. bila sampai disebelah kiri masjid, pak pudjo utomo setuju dengan paksu.
"anih ya? memang benar kata bapak. bukan salah apa2 dengan mata bapak. sememangnya tiang2 dihadapan itu tidak selari dengan tiang2 di belakang." kata pak utomo.
paksu dok pikiaq juga sauf2 di sebelah situ. arah kiblat depa serong ka dak? mungkin tiang2nya herot tapi sauf2 sama? tapi paksu tak siasat lanjut pasai nawaitu jemaah di situ tetap satu.
wallahu-a'lam.
p/s: kalu nak tengok position tiang2 tu by satellite, visit google earth.com or http://maps.google.com/
kalu pi hotel kita telangut2 cari arrow kiblat diceiling sebagai guide bila kita nak solat. kadang2 depa lekat arrow kiblat dalam drawer. kemana jua kita mengadap, kita yakin arah itu adalah arah kiblat. pokoknya ... kita maulah solat bila masuk waktunya.
di kelab2 golf ada juga surau kecik. tapi ada juga member silap arah kebelakang. reason: sejadah yg ada disurau terhampar terkalih. member ni masuk sorang2 teruih sembahyang ikut sejadah tu.
teringat paksu masa di masjid nabawi, dimadinah ... tiang2 di sebelah kanan sekali di sebelah depan masjid (kanan raudzah) ternampak senget sedikit ke kanan. ini ketara sekali sebab paksu kerap solat luhur n asar di sebelah belakang kanan masjid.
so, pada akhir2 hari nak balik mai, paksu berkenalan dengan sorang pak indon. dia sorang architect. ada firm sendiri di jakarta. kami duduk disebelah kiri masjid. jadi, lepas solat maghrib (to prove that nothing's wrong with my eyes) paksu cerita pasai tiang2 didalam masjid nih. dia pun interested nak tengok... betui tak tiang2 ni tak selari bila dilihat dari belakang. kami pun berjalan dari sebelah kiri masjid hala ke kanan, sambil perembang kehadapan tiap barisan tiang2 yg ada. bila sampai disebelah kiri masjid, pak pudjo utomo setuju dengan paksu.
"anih ya? memang benar kata bapak. bukan salah apa2 dengan mata bapak. sememangnya tiang2 dihadapan itu tidak selari dengan tiang2 di belakang." kata pak utomo.
paksu dok pikiaq juga sauf2 di sebelah situ. arah kiblat depa serong ka dak? mungkin tiang2nya herot tapi sauf2 sama? tapi paksu tak siasat lanjut pasai nawaitu jemaah di situ tetap satu.
wallahu-a'lam.
p/s: kalu nak tengok position tiang2 tu by satellite, visit google earth.com or http://maps.google.com/
Monday, May 26, 2008
TEMAN KETAWA
kata orang teman ketawa senang dicari.. teman menangis siapa yg mau !
teringat paksu masa paksu di mekah. paksu tak jemu2 beteguq sapa siapa saja yg duduk disebelah paksu di masjid. hemoi konon. baik orang malaysia, indon, turki, sudan, yaman dan lagi.
hari ke-9 berkenalan dengan sorang biznesman dari libya, nama jumat. dia ada juga berurusan di malaysia, dan yg dia tau pm malaysia saja, dr mahathir. jumat tak bercakap banyak pasai trade dia, dia lebih seronok sembang tentang keajaiban allah dan bentuk manusia sejagat yg datang berduyun ke mekah. kami kerap berjumpa di masjid kerna kerap duduk dilokasi yg sama.
hari ke-15 berkenalan dgn sorang yg masih berpakaian ihram disebelah kanan paksu, nama dia habib dari tunisia. tapi dia tak boleh cakap orang putih. paksu sempat introduce dia kat jumat di sebelah kiri paksu. depa sembang rabong dlm bahasa arab, sampai paksu ubah tempat dgn habib (pasai kesian tengok depa terbongkok2 bersembang kiri kanan paksu). paksu cerita kat depa (sambil jumat interpret kat habib) tentang lutut kanan paksu yg pernah cedera. dan dimekah alhamdulillah paksu tak rasa sakit2 lagi dah bila berjalan banyak2. dan habib pun cerita tentang kepakaran doktor depa di tunisia yg boleh mengganti apa jua tulang di bahagian lutut (jumat pula translate kat paksu bila habib bercerita). seronok juga tengok gelagat habib dgn expresi mata dia etc etc macam dia pula pakar bedah lutut.
bila sampai nak sembahyang waktu, habib masih disebelah kiri paksu, dan disebelah kiri dia, jumat. macam biasa bila nak bangun berdiri dari sujud, paksu bangkit pelan2.
tiba-tiba ....
syerappp!! paksu terasa ada orang rentap ketiak kiri (macam kena sambaq lang) membantu paksu berdiri dengan senang. rupa2nya habib yg sauk dengan lengan kanan dia membantu paksu berdiri. agaknya cerita paksu pasai lutut paksu berkesan kepada habib bila dia tengok paksu bangkit pelan2 dari duduk. dia ingin membantu.
berkaca juga mata paksu, bila mengenangkan aksi sepontan habib itu. a simple guy yg suka membantu. lepas insiden tu paksu tak pernah jumpa habib dah. jumat masih paksu dok jumpa, tapi habib, that was the first and the last i met him. bila hujung2 nak pi madinah, paksu sempat tanya jumat samada dia pernah jumpa habib lagi. dia pun tak pernah jumpa dah sejak hari itu.
wallah-hu-a'lam.
teringat paksu masa paksu di mekah. paksu tak jemu2 beteguq sapa siapa saja yg duduk disebelah paksu di masjid. hemoi konon. baik orang malaysia, indon, turki, sudan, yaman dan lagi.
hari ke-9 berkenalan dengan sorang biznesman dari libya, nama jumat. dia ada juga berurusan di malaysia, dan yg dia tau pm malaysia saja, dr mahathir. jumat tak bercakap banyak pasai trade dia, dia lebih seronok sembang tentang keajaiban allah dan bentuk manusia sejagat yg datang berduyun ke mekah. kami kerap berjumpa di masjid kerna kerap duduk dilokasi yg sama.
hari ke-15 berkenalan dgn sorang yg masih berpakaian ihram disebelah kanan paksu, nama dia habib dari tunisia. tapi dia tak boleh cakap orang putih. paksu sempat introduce dia kat jumat di sebelah kiri paksu. depa sembang rabong dlm bahasa arab, sampai paksu ubah tempat dgn habib (pasai kesian tengok depa terbongkok2 bersembang kiri kanan paksu). paksu cerita kat depa (sambil jumat interpret kat habib) tentang lutut kanan paksu yg pernah cedera. dan dimekah alhamdulillah paksu tak rasa sakit2 lagi dah bila berjalan banyak2. dan habib pun cerita tentang kepakaran doktor depa di tunisia yg boleh mengganti apa jua tulang di bahagian lutut (jumat pula translate kat paksu bila habib bercerita). seronok juga tengok gelagat habib dgn expresi mata dia etc etc macam dia pula pakar bedah lutut.
bila sampai nak sembahyang waktu, habib masih disebelah kiri paksu, dan disebelah kiri dia, jumat. macam biasa bila nak bangun berdiri dari sujud, paksu bangkit pelan2.
tiba-tiba ....
syerappp!! paksu terasa ada orang rentap ketiak kiri (macam kena sambaq lang) membantu paksu berdiri dengan senang. rupa2nya habib yg sauk dengan lengan kanan dia membantu paksu berdiri. agaknya cerita paksu pasai lutut paksu berkesan kepada habib bila dia tengok paksu bangkit pelan2 dari duduk. dia ingin membantu.
berkaca juga mata paksu, bila mengenangkan aksi sepontan habib itu. a simple guy yg suka membantu. lepas insiden tu paksu tak pernah jumpa habib dah. jumat masih paksu dok jumpa, tapi habib, that was the first and the last i met him. bila hujung2 nak pi madinah, paksu sempat tanya jumat samada dia pernah jumpa habib lagi. dia pun tak pernah jumpa dah sejak hari itu.
wallah-hu-a'lam.
Saturday, May 12, 2007
BACA QURAN
dulu masa budak2, paksu pernah juga berangan2 nak jadi ustaz al-hafiz. yaalah ... itu adalah di diantara 5 cita2 yg paksu dok perasan nak jadi bila besar (cuma tinggal angan2 saja). kalau nak tau yg 4 lagi tuh .. tunggu dulu di episod akan datang.
jadi .. bila dah 'senior' macam ni, paksu masih berminat nak 'berlagu' macam kebanyakan al-hafiz2 (bukan macam qari musabaqah tu). tapi kalau nak hapai tuh mungkin will take some time. rupa2nya bila nak berlagu kita kenalah baca lancar dulu. dan perlu belajar lagi dan faham tang mana nak berenti dengan sebutan/ tajwid yg betul ..... etc. etc.
kawan2 masjid dok ajak juga join kelas tajwid. tapi paksu dok buat liat lagi kerna sedikit sebanyak pasai tajwid pernah juga paksu belajar (masuk kelas) dulu. dan paksu juga ada cd 'al-quran' yg boleh buat panduan tentang tajwid. cuma yg paksu interested nak fasih dan berlagu dgn baik.
so .. paksu mula dok search di internet.
alhamdulillah .. so far, paksu dah dapat dua w/site yg boleh tolong pebetui bacaan kita:
jadi .. bila dah 'senior' macam ni, paksu masih berminat nak 'berlagu' macam kebanyakan al-hafiz2 (bukan macam qari musabaqah tu). tapi kalau nak hapai tuh mungkin will take some time. rupa2nya bila nak berlagu kita kenalah baca lancar dulu. dan perlu belajar lagi dan faham tang mana nak berenti dengan sebutan/ tajwid yg betul ..... etc. etc.kawan2 masjid dok ajak juga join kelas tajwid. tapi paksu dok buat liat lagi kerna sedikit sebanyak pasai tajwid pernah juga paksu belajar (masuk kelas) dulu. dan paksu juga ada cd 'al-quran' yg boleh buat panduan tentang tajwid. cuma yg paksu interested nak fasih dan berlagu dgn baik.
so .. paksu mula dok search di internet.
alhamdulillah .. so far, paksu dah dapat dua w/site yg boleh tolong pebetui bacaan kita:
- bacaan oleh sheikh huzaifi dan sheikh husari http://quran.al-islam.com/Display/recitation.asp?nType=1&l=mal&nSora=1&nAya=1&sel=1
- bacaan oleh sheikh mohd jebril http://www.jebril.com/ar/holy_quran/quran_qasr.htm
Sunday, April 29, 2007
MAQAM HUKAMAK
semalam paksu pi dengar ustaz baca kitab di masjid al-ghufran. sebelum paksu terlupa nak catit tang mana2, paksu teringin nak share sama semua anakcucu ponakan di sini. bukan apa. cuma paksu teringat apa yg paksu tulis kemarin disebut2 lagi oleh ustaz ni semalam. dia sambung mengajar tentang "percakapan hukamak". [hukamak=org alim ulamak/org yg takut pada tuhan/wali Allah].
beliau ada juga sebut maqam [= sifat2 terpuji] seperti sifat SABAR, SYUKUR, IKHLAS.
katanya (dari kitab yg dibaca): terdapat 2 kategori manusia apabila berkata2 atau menasihati tentang maqam kepada seseorang.
beliau ada juga sebut maqam [= sifat2 terpuji] seperti sifat SABAR, SYUKUR, IKHLAS.
katanya (dari kitab yg dibaca): terdapat 2 kategori manusia apabila berkata2 atau menasihati tentang maqam kepada seseorang.
- pertama - orang yg berkata2 tentang maqam setelah dia mempelajari/ mengetahui/ memahami nya (i.e. tahu)
- kedua - orang yg berkata2 tentang maqam yg dipelajari/ difahami serta mengamalkan nya (i.e. tahu dan amal)
dan tambah beliau, jangan jadi kategori yg mampu berkata2 saja tapi tak tau apa itu maqam kerna dia tak pernah mempelajarinya. sebaik2nya biarlah kita berada pada kategori manusia yg kedua tu (tahu dan amal).
yg best lagi beliau quote kata2 guru beliau: "jangan dok hambat duniawi nih macam dok hambat lalat. lagi dok hambat lagi dia dok lari. cuba tak hambat dia. nahh ... dia mai kerumun penuh".
wallah-hua'lam.
Wednesday, March 21, 2007
khusyuq
a'uzubillah-himinasy-syaitan-nirrajim
dalam solat memang kita nak khusyuq
sekurang2nya kita cuba.
tapi .... kalau ada lembaga dok lompat2 berlari di depan kita
tak terdaya juga paksu nak khusyuq.
ini berlaku sekali, tika paksu dok solat isyak di masjidil haram.
bila masuk waktu solat, ramai yang sedang tawaf akan berebut2 cari tempat nak sembahyang. biasanya ini berlaku pada saat2 rakaat pertama. tapi ni dak .. dia berlaku dalam rakaat kedua ketika paksu bangun dari rukuq. paksu nampak tiga 'orang' lelaki berpakaian ihram sebaya kurus kering terlompat2 berlari lintas didepan paksu. dua didepan paksu dan satu lagi di sauf hadapan. sedar2, paksu dah sujud dulu daripada imam (sebab lain2 jemaah baru sujud, paksu sudah bangun duduk dari sujud).
ini yang buat paksu teringat sampai hari ni. dugaan kecil di sana tentang khusyuq.
Q: orangkah? jelmaan iblis kah? wallah-hu-a'lam.
Subscribe to:
Posts (Atom)












