Monday, October 20, 2014

10.10 #liliayetwedding

lili telah pun diijabkabul pada hari jumaat 10/10/2014 bersamaan 15 dzulhijjah 1435H.

majlis resepsi pada esok harinya 11/10/2014 diadakan di kelab royal kedah dan pada 18/10/2014 sebelah pengantin lelaki diadakan di pekarangan musium negeri.

gambar2 majlis later nuuuu..........

Thursday, October 02, 2014

dari WSAPP

kebelakangan nih paksu byk muatkan bahan utk recap dalam group2 wsapp

diantaranya





















& banyak lagi.....later on paksu pos

Monday, February 24, 2014

10 WASIAT LUQMAN

paksu agak tertarik pabila terdengar ustaz shauqi di radio ikim 2 hari sudah...

beliau mengupas dalam tafsir al-quran surah luqman ayat 13 hingga 19. kesimpulan dari ayat2 ini dapat di senaraikan 10 wasiat luqman al-hakim kepada anaknya:
  1. jangan syirik atau mempersekutukan allah
  2. buat baik kepada ibu bapa
  3. bersyukur kpd allah dan kpd kedua ibu bapa
  4. jangan ikut mereka (ibu bapa) jikalau mereka suruh kita syirik kpd allah
  5. takwa kepada allah
  6. dirikan sembahyang
  7. kerjakan yg baik dan cegahkan yg munkar
  8. bersabar atas musibah
  9. jangan sombong, angkuh dan berbanggadiri
  10. rendahkan suara apabila berbicara
wallahua'lam

Saturday, January 25, 2014

DOA-DOA YANG DI ILHAMKAN

antara doa-doa yg di ilhamkan kepada nabi2 dan rasul ada terkandung dlm al-quran. dan allah subhanahuwata'ala sentiasa membimbing kita untuk berdoa. semoga ia memakbulkan apa yg kita mohon. insyaallah.

ringkasan dari kuliah subuh kemarin dari tn syeikh alaudin bin syeikh abu bakar, untuk panduan kita bersama.
imam ja'far al-sadiq yg dikatakan waliallah dizaman pemerintahan bani abasiyyah.


wallahua'lam.

Monday, December 23, 2013

MANUSIA MUSLIM

gambar background courtesy dari faridah aryani tour ke NZ

Thursday, November 07, 2013

HIJRAH RASUL


bukit thur
kata sheikh malam tadi, mengikut sheikh al-shahrawi, ada 3 peristiwa besar yg berlaku kepada rasulullah:
1.  nabi menjadi rasul
2.  isra' dan mikraj
3.  hijrah rasul

kemudian, kalau cerita tentang hijrah rasulullah, tak ramai pula yg boleh bagi sebab pasai apa rasulullah berhijrah dari mekah ke madinah.(sekurang2nya lepas nih bolehlah cerita kat anak cucu pasai apa rasul berhijrah).

rasulullah s.a.w. berhijrah pada hari khamis 20 safar 1 hijrah, dan boleh disandarkan kepada 3 ayat al-quran berikut:

pertama: atas sebab - rancangan kafir musyrik mekah (wakil2 dari 100 kabilah) untuk membunuh rasulullah

وَإِذْ يَمْكُرُ بِكَ الَّذِينَ كَفَرُواْ لِيُثْبِتُوكَ أَوْ يَقْتُلُ وكَ أَوْ يُخْرِجُوكَ وَيَمْكُرُونَ وَيَمْكُرُ اللّهُ وَاللّهُ خَيْرُ الْمَاكِرِينَ
dan ingatlah (wahai muhammad), ketika orang-orang kafir musyrik (mekah) menjalankan tipu daya terhadapmu untuk menahanmu, atau membunuhmu, atau mengusirmu. mereka menjalankan tipu daya dan allah menggagalkan tipu daya (mereka), kerana allah sebaik-baik yang menggagalkan tipu daya. al-anfal:30

bacaan ayat dibawah oleh nabi diizin allah dengan bersebab:

وَجَعَلْنَا مِن بَيْنِ أَيْدِيهِمْ سَدًّا وَمِنْ خَلْفِهِمْ سَدًّا فَأَغْشَيْنَاهُمْ فَهُمْ لاَ يُبْصِرُونَ
dan kami jadikan sekatan di hadapan mereka, dan sekatan di belakang mereka. lalu kami tutup pandangan mereka; maka dengan itu, mereka tidak dapat melihat.  ya seen: 9

kedua: atas izin - keluar dengan cara yg benar

وَقُل رَّبِّ أَدْخِلْنِي مُدْخَلَ صِدْقٍ وَأَخْرِجْنِي مُخْرَجَ صِدْقٍ وَاجْعَل لِّي مِن لَّدُنكَ سُلْطَانًا نَّصِيرًا
dan pohonkanlah (wahai muhammad, dengan berdoa): "wahai tuhanku! masukkanlah daku ke dalam urusan ugamaku dengan kemasukan yang benar lagi mulia, serta keluarkanlah daku daripadanya dengan cara keluar yang benar lagi mulia; dan berikanlah kepadaku dari sisimu hujah keterangan serta kekuasaan yang menolongku",  ai-isra:80

ketiga:  atas pertolongan allah - ketika rasulullah bersama saidina abu bakar didalam gua thur setinggi 700 meter (dgn labah2 dan sarangnya, juga dua ekor burung merpati memainkan peranan) - tektik perjalanan mula ke selatan kemudian keutara mengikut persisiran pantai sampai ke madinah.

إِلاَّ تَنصُرُوهُ فَقَدْ نَصَرَهُ اللّهُ إِذْ أَخْرَجَهُ الَّذِينَ كَفَرُواْ ثَانِيَ اثْنَيْنِ إِذْ هُمَا فِي الْغَارِ إِذْ يَقُولُ لِصَاحِبِهِ لاَ تَحْزَنْ إِنَّ اللّهَ مَعَنَا فَأَنزَلَ اللّهُ سَكِينَتَهُ عَلَيْهِ وَأَيَّدَهُ بِجُنُودٍ لَّمْ تَرَوْهَا وَجَعَلَ كَلِمَةَ الَّذِينَ كَفَرُواْ السُّفْلَى وَكَلِمَةُ اللّهِ هِيَ الْعُلْيَا وَاللّهُ عَزِيزٌ حَكِيمٌ
kalau kamu tidak menolongnya (nabi muhammad) maka sesungguhnya allah telahpun menolongnya, iaitu ketika kaum kafir (di mekah) mengeluarkannya (dari negerinya mekah) sedang ia salah seorang dari dua (sahabat) semasa mereka berlindung di dalam gua, ketika ia berkata kepada sahabatnya: "janganlah engkau berdukacita, sesungguhnya allah bersama kita". maka allah menurunkan semangat tenang tenteram kepada (nabi muhammad) dan menguatkannya dengan bantuan tentera (malaikat) yang kamu tidak melihatnya. dan allah menjadikan seruan (syirik) orang-orang kafir terkebawah (kalah dengan sehina-hinanya), dan kalimah allah  ialah yang tertinggi (selama-lamanya), kerana allah maha kuasa, lagi maha bijaksana.   at-taubah:40

wallaahu-a'lam

Monday, July 08, 2013

3 x AMIN

bila menjelang ramadhan, paksu teringat sebuah hadith yg pernah paksu dengaq dalam kuliah2 dulu dan kini terbaca dalam tafsir ibnu katsir.

hadith nih dibawa dalam penghuraian ayat al-quran berhubung dengan berbakti kepada kedua ibu bapa, dan doa yg terdapat didalamnya (yg kita kita dok bawa tiap kali lepas solat):


dan tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapakmu dengan sebaik-baiknya. jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan "ah" dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia. dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah: "wahai tuhanku, kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku waktu kecil."  - al-isra': 23-24

hadith yg diriwayat melalui anas - ketika nabi pernah menaiki mimbar, nabi saw kemudian berucap "amin. amin. amin" lalu ditanyakan, "ya rasulullah, apa yg engkau aminkan tadi?" beliau menjawab, "aku didatangi jibril, lalu ia berkata:

'sungguh hina orang yg (namamu disebut di sisinya), namun ia tidak berselawat keatasmu. maka ucapkanlah amin.' maka aku mengucapkan amin.

'sungguh hina orang yg masuk bulan ramadhan, lalu ia keluar darinya dengan tidak mendapatkan keampunan. maka ucapkanlah amin.' maka aku mengucapkan amin.

'sungguh hina orang yg mendapatkan kedua atau salah seorang tuanya (masih hidup), namun (kesempatan berbakti kepada) keduanya tidak memasukkannya ke syurga. maka ucapkanlah amin.' maka akau mengucapkan amin.

konklusinya: kalau tak mau jadi org yg hina di sisi allah
  1. mai kita banyak2kan selawat keatas nabi saw - baik bilamana nama beliau disebut atau tidak, dan bila nak start berdoa - kerana allah akan selawat keatas kita 10 kali selawat (banyak tuuuh!) 
  2. mai kita minta ampun banyak2 dlm bulan posa/ramadhan nih. aminkan bila imam dok baca doa selepas rakaat2 sembahyang terawih. dan rebut peluang nak dapat malam lailatul-kadr (umpama amal 1,000 bulan)
  3. mai berbakti kat kedua ibu bapa (masih hidup) - bila dah wafat pun boleh lagi: sembahyang jenazah keduanya, minta ampun untuk keduanya, melaksana janji keduanya, menghormat sahabat keduanya serta menyambung tali silaturahim. (riwayat abu daud dan ibnu majah) - kalau kamu masih punyai ibu, temanilah ia, kerana syurga itu terletak di kedua kakinya. (riwayat imam ahmad)
wallahu-a'lam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...