ini bukan risalah militant tuh! ini kitab kecil bab ibadat sembahyang. ustaz ali recommend beli satu. dalam dok cari2 kat pekan rabu, rupa2nya paksu dah ada kitab nih - cuma tak familiar dgn tajuk dia.
ustaz ali selalu menasihati supaya sembahyang kita biaq la lendit. fatihah nya, doa2nya, tokmaninahnya biaq la sempurna, baru la mai khusyuk bila sembahyang.
dulu masa kecik2 kita dah diajar - baca doa waktu iqtidal - sami'allahu-liman-hamidah - rabbana- lakahamdu {kiv dulu dalam tulisan arab nya .. ok?} kata nya, dah tua2 nih eloklah ditambah lagi (spt di dalam risalah nih) yg bermaksud .... yg memenuhi langit dan bumi, dan memenuhi barang yg engkau kehendaki drpd sesuatu kemudian (drpd keduanya).
begitu juga ustaz qadri dlm muqadimmah siaran radio kedah fm. taklimul-quran pagi jumaat lalu @ 9.15pagi. berpesan supaya elok tambahkan doa ketika dibaca masa tahayat akhir (tasyahud). ini pun ada dalam risalah nih - yg bermaksud ... ya allah, ampunilah dosa ku yg telah lalu, dan yg terkemudian, dan yg tersembunyi, dan yg ternyata, dan yg terlajak, dan yg engkau ketahui dgnnya daripada ku. engkau lah yg awal dan engkau lah yg terakhir, tidak tuhan melainkan engkau. wahai yg membalik2 segala hati (ya allah). tetapkanlah hatiku atas agama engkau. dan atas taat akan dikau, maha suci engkau (ya allah) bahawasanya aku adalah drpd orang2 yg dzalim. {kiv dulu yg arabnya ... bila syenang2 buat, paksu akan postkan .. insyaallah}
wallahu-a'lam
1 comment:
Assalamualaikum Paksu...
Kat mana boleh saya beli risalah-al-maunah ni?
Post a Comment