Thursday, May 03, 2012

LEBIH CINTAI ALLAH DAN RASULNYA

semalam, kuliah maghrib ustaz sheikh alaud recap kata2 al-habib umar (sanad nabi saw yg ke 37 -  yg jelajah dakwahnya di malaysia) dari yaman, yg selalu menekankan ayat al-quran surah at-taubah: 24 yg bermaksud -

katakanlah (wahai muhammad): jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada allah dan rasulnya dan (daripada) berjihad untuk agamanya, maka tunggulah sehingga allah mendatangkan keputusannya (azab seksanya); kerana allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka). At-Taubah:24 

kalau kata duniawi, kita dok nampak harta, duit ringgit saja - padahal ianya merangkumi kesemuanya yg ke lapan2 benda yg disebut dalam ayat diatas. jika ke 8-lapan nih kita cinta lebih dari allah dan rasulnya ... tunggulah! so, tok sah lah kita tergulung dari orang2 yg fasik. na'uzubillah.

biarlah kita berkeinginan nak tengok wajah allah dan wajah nabi. seperti kisah para sahabat nabi yg sentiasa mahu bersama nabi, menatap wajah nabi, apabila di syurga nanti. kata mereka: wahai rasulullah, kami tidak mahu berpisah denganmu. sesungguhnya jika engkau mendahului kami, engkau pasti dapat tempat yg lebih tinggi bersama para nabi lain sehingga kami tidak akan dapat melihatmu.

lalu allah turunkan ayat2 ni:
dan sesiapa yang taat kepada allah dan rasulnya, maka mereka akan (ditempatkan di syurga) bersama-sama orang-orang yang telah dikurniakan nikmat oleh allah kepada mereka, iaitu nabi-nabi, dan orang-orang siddiqiin, dan orang-orang yang syahid, serta orang-orang yang soleh. dan amatlah eloknya mereka itu menjadi teman rakan (kepada orang-orang yang taat).
yang demikian itu adalah limpah kurnia dari allah; dan cukuplah allah yang maha mengetahui (akan balasan pahalanya). - al-nisa':69-70

taati lah , takuti lah dan minta lah kepada allah, semoga kita ditempatkan di syurga bersama2 mereka yg telah dikurniakan nikmat olehnya. amin.

wallahu-a'lam

4 comments:

Kemboja Putih N said...
This comment has been removed by the author.
Kemboja Putih N said...

salam...perkongsian ilmu yang bagus..

Anonymous said...

salam paksu semoga semua sihat-bagus juga posting2 ni. Pidah

Pondok Usang said...

Assalamualaikum Paksu.. Syukurr.. byk sgt ilmu dapat dikongsikan bersama dlm blog Paksu.. =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...