Friday, February 24, 2012

ROSAK HATI

hati mau jaga be! last week, masa dok dengaq ta'limul quran siaran radio fm kedah pukul 9.15pagi tiap hari jumaat, ustaz sheikh qodri memulakan muqadimahnya dgn pesanan dari imam hassan al-basri (mungkin ini muqadimah siaran ulangan) tapi masih boleh kita kongsi sama2 pada hari ini.

ada 6 perkara yg boleh merosakkan hati:
  1. kerana dosa & maksiat kepada allah - jadi banyak2lah bertaubat
  2. mengajak orang buat baik - tapi diri sendiri tak buat/ tak amal
  3. apabila beramal tapi tak ikhlas (dok tunjuk2 kat orang) - biar ikhlas
  4. dapat rezeki - tapi tak pernah bersyukur kpd allah taala - dan sentiasa membazir
  5. tak pernah puas dgn pemberian allah taala - dah dapat dok mau lagi dan lagi - jadi kenalah redzo dgn rezeki yg allah beri - kekal dgn bersyukur
  6. mengiringi jenazah - tapi tak ambil pengajaran
semoga jadi pedoman dan renungan kita pagi ni.
wallahu-a'lam

Thursday, February 09, 2012

KENAPA TUJUH?

pagi tadi paksu berurusan dgn bank. dapat chit giliran berakhir dgn angka 007 (james bond). teringat paksu tentang keistimewaan tujuh di sekitar kita.

paling istimewa sekali dalam al-quran
  • allah menciptakan 7 petala langit
  • 7 ayat yg dibaca berulang2
  • 7 pintu neraka
  • 7 biji gandum/ 7 ekor sapi/ 7 tahun yg sulit
  • 7 pemuda dlm gua (antara debat bilangan orang dlm al-kahfi)
  • 7 malam dan lapan hari ditimpa kaum 'ad dgn angin kencang
dalam hadis: 7 dosa besar

kemudian kita ada:
  • 7 hari dalam seminggu
  • 7 wonders of the world
  • telaga 7
  • 7 eleven
  • 7-up
  • ntv7
  • seven (movie)
  • magnificent 7
  • snow white n 7 dwarfs
  • 7 samurai
  • jula juli bintang 7
dalam penulisan pula, imam ghazali menulis tentang 7 cabaran dalam beribadah dlm bukunya minhajul abidin. dan begitu juga dgn penulis motivasi moden the 7 habits of highly effective people.

kenapa tujuh?
wallahu-a'lam

dibawah ini paksu ringkaskan dalam rajah swot, 7 cabaran beribadah, yg ditulis imam ghazali. moga menjadi renungan kita bersama.

Sunday, February 05, 2012

HAWA DAN NAFSU

(rupa2nya dalam bahasa arab ada bezanya antara hawa dan nafsu. pernah paksu tanya dan dengar ceramah sorang ustaz/sheikh dua minggu sudah, dan nih dia kupasan yg dapat paksu muatkan)

kenapa manusia dikira mulia di antara makhluk2 yg lain? sebab: kesetiaannya untuk mengenal allah.
  • dengan hati yg mengenal allah. kita jadikan anggota kita nih sbg khadam
  • bila kenal hati kenal diri. bila kenal diri maka kenal allah
tapi bagi orang fasik - depa lupa allah. allah lupakan mereka.

imam ghazali dalam bab suluk @. menempuh jalan - menuju mengenal allah. dalam kitabnya ihya ulumud-din membezakan:
  1. nafsu - tempat himpun segala keinginan, kekuatan etc.
  2. roh - halus, sabbaniah dan roh yg mengenal allah (spiritual) - macam bila dengar org bang, org baca quran - hati rasa senang. itu roh yg sihat. kalau opposite tu tentulah roh yg sakit.
  3. hati - kalbu (fisikalnya- sanubari syakli) & (matter fisikalnya - latifah, rabbaniah n rohaniah)
  4. akal 
ustaz yg menyampaikan ceramah malam tu ada menyebut jenis2 nafsu. ada yg baik dan ada yg buruk: antara nafsu yg baik:
  • mutz-main-nah (nafsu yg lemah lembut. terdapat pada orang yg soleh - mereka mendapat ketenangan dan menghilangkan gelisah di jiwa)
dan nafsu2 yg buruk (pd golongan ahli neraka):
  • lauwamah - (nafsu yang menyadari apabila melakukan suatu kemungkaran.  golongan ini beramal tetapi masih ada riak, hasat dengki dan sebagainya. nafsu mereka tetap dilakukan walau mereka tahu itu salah)
  • am-marah - (nafsu yang berbangga apabila membuat sesuatu kemungkaran. mereka adalah dari golongan yang bermaksiat di mata dan di hatinya. tidak lawan nafsu)
  • marhamah - (nafsu yang telah dapat membuang sifat tercela. walaupun begitu, mereka masih mengkritik diri sendiri)
jenis2 nafsu nih di rujuk kepada surah2 berikut:
  • al-fajr:27 - mutzmain-nah
  • yusof: ayat ?   -  nafsu kepada kejahatan
  • al-qiamah: ayat ? - nafsi/ yg meronta atas kejahatan
manakala surah an-naazi'ah: ayat 40-41 ada membezakan antara nafsu dan hawa. ustaz mengibaratkan nafsu itu sebagai bekas (botol air mineral didepannya) dan hawa itu sebagai isinya (air).
"adapun orang yang takutkan keadaan semasa ia berdiri di mahkamah tuhannya, (untuk dihitung amalnya), serta ia menahan dirinya dari menurut hawa nafsu. Maka sesungguhnya Syurgalah tempat kediamannya." an-naazi'ah:40-41 
wallahu-a'lam

Sunday, January 08, 2012

KHALUAH vs. SEMBUNYI

tumpang dok ingat baik paksu update dulu. kalau dlm notebook, paksu sorang saja yg boleh baca. tapi kalau kat sini boleh juga kongsi2 dgn anakcucu ponakan.

KHALUAH
nabi saw dah mula berkhaluah (bersendiri) di gua hira' sebelum dia dapat wahyu pertama lagi. khaluahnya telah di ilhamkan oleh allah. tujuan khaluah: ketenteraman jiwa, jauhi dari gejala duniawi yg tidak disenangi ... (ada lagi - kiv sat!) 

smlm paksu pun tengah dok berkhaluat dlm keqeta (cara orang awam berkhaluat) sambil buka radio ikim, ada siaran sirah nabi2 - dah minggu ke-8 dah!. menarik! penyampainya sorang ustaz - lidah arab tapi berbahasa baku melayu-indon. paksu belum tau nama dia sebab tiap kali masuk dlm qeta baru dengaq radio ikim - program dah di tengah atau dipenghujung siaran (baik langsung atau ulangan). smlm kat penghujung rancangan dan pagi tadi diawal rancangan (ulangan).

yg menariknya, dia ada tambah satu lagi dorongan utk beribadat. setahu paksu dari kuliah2 bab kitab imam ghazali - minhajul abidin - ada dua dorongan:
  1. takut (macam hamba abdi) - akan azab
  2. mengharap (macam perniaga) - akan ganjaran pahala n syurga.
  • yg dikatakan satu lagi ni ialah ikhlas dan cinta semata2 beribadat/ mendekati allah. quality nih, paksu kira, yg ada pada para nabi2, aulia, dan para wali allah.
dia quote: nabi saw berdo'a (masa kena lontaq batu di yadhrib) - ya allah! sekiranya perbuatan ini bukan kerana kemungkaran mu aku tak peduli apa yg mereka lakukan keatas ku...
subhanallah! pernah dak kita doa macam tu bila kena musibah? yg kita tau ber-aduih, mengeluh, berdendam. kalau sabar pun, terlintas dak doa macam tu? wallahu-a'lam

SEMBUNYI
pernah juga beberapa kali paksu dengaq di radio ikim suara ustaz penyampai petikan hadith nabi saw: mengenai umat nya akan menimpa penyakit seperti penyakit yg menimpa umat2 terdahulu - penyakitnya:
  1. suka berseronok lebih2
  2. terlalu mewah
  3. himpun harta banyak2
  4. tipu menipu dlm merebut harta dunia - haloba
  5. saling memarahi
  6. hasud menghasud
teringat pula paksu pada berita kelmarin.  diantaranya:
  • dah ada 4 juta ringgit dlm asb, masih dok continue terima rasuah dari toke balak. sembunyi ratus ribu cash di celah2 telekong lagi?
  • bida sekoq ikan tuna sampai 2.2million ?
  • ex-wife tigerwoods punya la marah kat dia, sampai reban-ranap mansion 12.3million yg dia beli, lepas tu nak buat lain. kita tengok pula berapa dia nak spend buat rumah baru nanti!

note: apa dia ciri2 orang yg bertaqwa ?
firman allah: (iaitu) orang-orang yang berdoa dengan berkata: "wahai tuhan kami! sesungguhnya kami telah beriman, oleh itu, ampunkanlah dosa-dosa kami dan peliharalah kami dari azab neraka";(dan juga) orang-orang yang sabar (dalam menjunjung perintah allah), dan orang-orang yang benar (perkataan dan hatinya), dan orang-orang yang sentiasa taat (akan perintah allah), dan orang-orang yang membelanjakan hartanya (pada jalan allah), dan orang-orang yang beristighfar (memohon ampun) pada waktu sahur. al-imran: 16-17

Friday, January 06, 2012

ALAM BARZAH

kuliah subuh pagi ini bersambung ttg perjalanan insan di alam akhirat. mulanya di alam kubur atau alam barzah.

selain dari cerita malaikat2 kubur, munkar nakir, yg garang tuh. ustaz ada juga recap ttg hadith sahih (nanti paksu quote kemudian) ttg nabi menceritakan kpd sahabat ketika mereka melintasi kubur, yg 2 mayat di dalam kubur itu sedang di seksa. satu kerana tak berdehem selepas kencing ketika hidup dan satu lagi kerana mengumpat - celupar mulut, mami jarum, kaki kepo - byk lagi gelaran, hihhi.
  • makna mengumpat : mengatakan sesuatu yg buruk walaupun ianya benar (kalau tak benar jatuh sbg kategori menfitnah dah) samada dengan tujuan atau tak bertujuan mengaibkan pihak yg diumpat - termasuklah yg dok komen nasi sedap tak sedap, pengantin segak tak segak, lepas balik kenduri. malah ada ustaz tasauf bagitahu - terlintas dihati prasangka buruk keatas sesorang tuh dah di kategorikan mengumpat. berat babe. sebab tu, org tua dulu2 suruh diam tok sah dok kepo atau dok campok bila depa dok bersembang! kunci mulut tuh
sambung cerita - nabi saw mengepak ranting pokok disitu dan tanam atas kedua2 kubur depa tadi. moga pokok turut berzikir, berdoa keatas mayat2 tadi. sebab - jeritan mayat yg kena seksa di kubur hanya dapat didengar oleh semua makluk didunia kecuali manusia dan jin.

note: baca2 la surah al-mulk dan doa2 yg diajar nabi saw utk menjauhi kita dari azab kubur.

wallahu-a'lam

Friday, December 30, 2011

PERJALANAN KE SYURGA

tadi kuliah subuh, paksu dengaq ustaz muda menceritakan check-point 2 yg kita akan lalui dalam perjalanan kita ke  syurga. paksu kira ceramah dia menarik. so, paksu muatkan check-point 2 tu dalam bentuk grafik yg pada pendapat paksu lebih senang kita ingat dan untuk renungan hari jumaat nih.
firman allah: sesiapa yang keadaan usahanya semata-mata berkehendakkan kehidupan dunia dan perhiasannya (dengan tidak disaksikan sama oleh al-quran tentang sah batalnya), maka kami akan sempurnakan hasil usaha mereka di dunia, dan mereka tidak dikurangkan sedikitpun padanya. merekalah orang-orang yang tidak ada baginya pada hari akhirat kelak selain daripada azab neraka, dan pada hari itu gugurlah apa yang mereka lakukan di dunia, dan batalah apa yang mereka telah kerjakan. (Hud : 15-16)

wallahu-a'lam

Friday, December 23, 2011

AL-KAHFI

malam semalam paksu dengaq ceramah bab syirik kepada allah. dan allah tak akan ampun orang yg syirik kpdnya (i.e. mempersekutukan allah dalam apa juga bentuk) dan tempat mereka ialah neraka jahanam. yg dok buat dosa2 lain tuh boleh juga allah ampun jika bertaubat nasuha (tu pun kalau dia kehendaki). tapi kalau syirik  - no compromise.

orang syiah (ramainya di iran dan iraq) yg terkeluar dari ahli sunnah al-jemaah sejak dari dulu lagi sampai sekarang dah dok merebak ke negera kita. depa dok caci hamun 3 khalifah sunni, saidina abu bakar, umar dan othman dan saidatina aisyah. dan mendakwa ali sepatutnya jadi rasul selepas nabi saw. bercanggah dgn ajaran islam. bang belain, solat belain, sujud atas batu khas. pasai tu depa dok bekelahi, bunuh sana sini, syiah-sunnah. dan rasulullah dah bersabda bhw umatnya akan berpecah kepada 73 puak cuma satu saja akan masuk ke syurga - ahli sunnah al-jemaah.

dan gejala murtad juga menjadi2 dinegara kita. mungkin kerna dah terpedaya dengan fitnah dajjal (disedari atau tidak). hadith nabi saw (kuliah subuh pagi ni) mengingat kita memohon doa agar dijauhi dari terpedaya dengan fitnah dajjal, diantara lain dengan:
  1. menghafaz 10 ayat terawal surah al-kahfi, atau
  2. menghafaz 10 ayat terakhir surah al-kahfi, atau sekurang2nya
  3. membaca 3 ayat terawal surah al-kahfi
dan di baca pada hari jumaat (masanya dari jatuh matahari hari khamis sampai tenggelam matahari hari jumaat). moga dijauhi dari fitnah dajjal buat minggu itu (7 hari) hingga jumaat depan.

wallahu-a'lam

p/s: click to hear ceramah utz kazim ttg fitnah dajjal audio dtd 12/12/2010 no. 112
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...