Monday, July 08, 2013

3 x AMIN

bila menjelang ramadhan, paksu teringat sebuah hadith yg pernah paksu dengaq dalam kuliah2 dulu dan kini terbaca dalam tafsir ibnu katsir.

hadith nih dibawa dalam penghuraian ayat al-quran berhubung dengan berbakti kepada kedua ibu bapa, dan doa yg terdapat didalamnya (yg kita kita dok bawa tiap kali lepas solat):


dan tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapakmu dengan sebaik-baiknya. jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan "ah" dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia. dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah: "wahai tuhanku, kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku waktu kecil."  - al-isra': 23-24

hadith yg diriwayat melalui anas - ketika nabi pernah menaiki mimbar, nabi saw kemudian berucap "amin. amin. amin" lalu ditanyakan, "ya rasulullah, apa yg engkau aminkan tadi?" beliau menjawab, "aku didatangi jibril, lalu ia berkata:

'sungguh hina orang yg (namamu disebut di sisinya), namun ia tidak berselawat keatasmu. maka ucapkanlah amin.' maka aku mengucapkan amin.

'sungguh hina orang yg masuk bulan ramadhan, lalu ia keluar darinya dengan tidak mendapatkan keampunan. maka ucapkanlah amin.' maka aku mengucapkan amin.

'sungguh hina orang yg mendapatkan kedua atau salah seorang tuanya (masih hidup), namun (kesempatan berbakti kepada) keduanya tidak memasukkannya ke syurga. maka ucapkanlah amin.' maka akau mengucapkan amin.

konklusinya: kalau tak mau jadi org yg hina di sisi allah
  1. mai kita banyak2kan selawat keatas nabi saw - baik bilamana nama beliau disebut atau tidak, dan bila nak start berdoa - kerana allah akan selawat keatas kita 10 kali selawat (banyak tuuuh!) 
  2. mai kita minta ampun banyak2 dlm bulan posa/ramadhan nih. aminkan bila imam dok baca doa selepas rakaat2 sembahyang terawih. dan rebut peluang nak dapat malam lailatul-kadr (umpama amal 1,000 bulan)
  3. mai berbakti kat kedua ibu bapa (masih hidup) - bila dah wafat pun boleh lagi: sembahyang jenazah keduanya, minta ampun untuk keduanya, melaksana janji keduanya, menghormat sahabat keduanya serta menyambung tali silaturahim. (riwayat abu daud dan ibnu majah) - kalau kamu masih punyai ibu, temanilah ia, kerana syurga itu terletak di kedua kakinya. (riwayat imam ahmad)
wallahu-a'lam

1 comment:

Anonymous said...

Salam,

Ray ke 3 dah ditetapkan di Rumah Kak Nita, bagi mereka yang tak tau jalan apa mai chek nak bagi tau,

Lorong 5epadu 5, Taman Sepadu, Tasek Gelugor. Rumah no. 55.

Thk you...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...