Friday, April 06, 2012

ADAB2 DALAM SEMBAHYANG

sembahyang adalah satu amalan yg terpenting dalam menegak syariat islam, kalau dibanding dgn ibadat puasa, zakat, n haji. jadi, kita hendaklah berhati2 dalam menjaga adab2 bila menunaikan sembahyang. mai kita recap  apa dia adab2 dalam sembahyang tuh (yg sempat paksu recap dlm kuliah subuh pagi tadi). di antaranya:
  1. ikhlas - bukan dipaksa, bukan nak menunjuk, bukan nak ambik hati org2 tersayang - semata2 kerana allah ta'ala
  2. segerakan - pada awal waktu - jgn dikumpui2 bila nak habis waktu nak disambung dgn waktu satu lagi. spt ujung waktu zohor sambung dgn masuk waktu asar, kecuali kalau uzur. istilah dia: "jama' suri"
  3. jgn berebut2 (kelam kabut) - baik masa persiapan nak pi masjid, masuk masjid, maupun masa sembahyang. kata sorang ustaz tasauf: kalau sembahyang tu biaq lah betui2 lendit
  4. khusyuk - walau pun berat tapi kena buat, buat, buat seboleh2nya (ada cerita sahabat nabi suruh cabut anak panah dari kaki dia semasa dia sembahyang. kerana khusyuk sembahyangnya sampai tak rasa sakit bila di cabut) 
  5. berjemaah - yg baiknya di masjid bg orang lelaki
  6. yg sunat - sunat2 rawatib lebih elok buat di rumah
  7. pakaian - baiknya yg bersih, tak tertanggung najis (cek sama seluar dalam tuh). bagi org lelaki disunatkan pakai bau2an wangi, tapi bg org pompuan tak leh pula pakai wangi2an bila pi sembahyang di masjid, sebab nanti timbui fitnah
  8. berdiri selagi mampu - jgn sembahyang duduk. kecuali la kalau sendi2 pinggang, lutut, kaki ada problem sgt.
  9. bila ruku' - biar bongkok belakang sama parallel dgn lantai - jgn separuh ruku' n so on. bagitu juga dalam sujud - biar ke7 tujuh anggota kita kena tanah/lantai/sejadah/carpet etc
  10. bila imam baca surah2 yg ada sebutan 'mentasbih' spt surah a'la - sebut "subha-na-rabbial-a'la" dan sebelum meng'amin'kan fatihah "rabbigh-firli-wali-walidai-ya". kalau ada mengenai siksa neraka dsb - "allahuma-inni-na'uzubika-min-zalik" menandakan kita khusyuk dgn bacaan2 imam
  11. selepas solat - baca la warid2 yg diajar rasulullah. spt allahuma-anta-salam ... astaghafirullah ... lailaha-illallahu-wahdahu-syarikalah... allahuma-'inna-'ala-zikrika ... ayat kursi  ... dsb
sungguhpun amal ibadat yg kita duk buat bertahun2 (maupun 500 tahun - ada satu cerita - baru sama dgn nikmat sebelah mata yg allah bagi) tak gerenti kita boleh masuk syurga straight, kecuali dgn mendapat rahmat allah

wallahu-a'lam

3 comments:

Microsoft Office said...

Microsoft Office 2010 provides office software essentials to homes so that users can get tasks done more quickly and easily. Office 2010 is the complete, powerful and easy-to-use productivity and contact management suite.

jiulin said...

But to genuinely get all the rewards out of the MBT shoe,
Mbt Shoes

a single need to know how to appropriately stroll in them.

FREE MOVIES said...

Great blog!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...