Wednesday, February 24, 2010

MATHALA

mithal atau kias atau perumpamaan. itu yg paksu dapat ertikan bahasa arab nih.

dalam al-quran memang banyak kalam allah mengumpamakan ciptaannya dengan ciptaannya yg lain. yg menarik perhatian paksu sekali ialah apabila perumpamaan itu dikaitkan dengan binatang. bukan sedikit binatang yg disebut dalam al-quran. diantaranya ialah:
lembu, kambing, kuda, unta,
burung, keldai, gajah, kambing biri2, ular,
anjing, singa, kera, babi,
belalang, kutu, lebah, semut, lalat, nyamuk, labah-labah,
ikan, katak

mai kita tengok perumpamaan yg dikaitkan dengan binatang. sama2lah kita renung dan fikir2 kanlah.

  • nafsu duniawi dikaitkan dengan anjing ...."Tetapi dia bermati-mati cenderung kepada dunia dan menurut hawa nafsunya; maka bandingannya adalah seperti anjing, jika engkau menghalaunya: Dia menghulurkan lidahnya termengah-mengah dan jika engkau membiarkannya: Dia juga menghulurkan lidahnya termengah-mengah." al-a'raf:176

  • syirik dikaitkan dengan labah-labah ".... orang-orang yang menjadikan benda-benda yang lain dari Allah sebagai pelindung-pelindung adalah seperti labah-labah yang membuat sarang; padahal sesungguhnya sarang-sarang yang paling reput ialah sarang labah-labah, kalaulah mereka orang-orang yang berpengetahuan." an-kabut:41

  • orang sesat dikaitkan dengan binatang ternak ...."Atau adakah engkau menyangka bahawa kebanyakan mereka mendengar atau memahami? Mereka hanyalah seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi." al-furqan:44

  • minum penghuni neraka dikaitkan dengan unta ...."Iaitu kamu akan minum seperti unta yang berpenyakit sentiasa dahaga dan tidak puas-puas." al-waqia:55

  • berat dikaitkan dengan unta ".... dapatlah kami membawa lagi bekalan makanan kepada keluarga kami, dan kami pula akan dapat menjaga saudara kami, serta akan dapat tambahan benda-benda makanan sebanyak muatan seekor unta lagi." yusuf:65

  • pekak, bisu (orang kafir) dikaitkan dengan binatang ... "Dan bandingan orang-orang kafir (yang tidak mahu beriman itu), samalah seperti orang yang berteriak memanggil binatang yang tidak dapat memahami selain dari mendengar suara panggilan sahaja ...." al-baqarah:171

  • beban dipikul dikaitkan dengan keldai "... bandingan orang-orang (Yahudi) yang dipertanggungjawabkan dan ditugaskan (mengetahui dan melaksanakan hukum) Kitab Taurat, kemudian mereka tidak menyempurnakan tanggungjawab dan tugas itu, samalah seperti keldai yang memikul Kitab-kitab besar (sedang ia tidak mengetahui kandungannya)...." al-jumaah:5

  • lari diri dikaitkan dengan keldai dan singa .... “Seolah-olah mereka sekawan keldai liar yang lari. Melarikan diri (ketakutan) dari singa!” al-muddathir:50-51

  • yg keji dikaitkan dengan kera dan babi “.... orang-orang yang dilaknat oleh Allah dan dimurkaiNya dan orang-orang yang dijadikan di antara mereka sebagai kera dan babi dan penyembah Taghut... “ al-maidah:60

  • hari pembalasan dikaitkan dengan belalang ... “(Pada saat itu) masing-masing dengan keadaan menundukkan pandangannya kerana ketakutan keluar dari kubur seperti belalang yang terbang bertebaran.” al-qamar:7

  • yg impossible tu dikaitkan begini (yg paling paksu ingat kerna ada sikit humour) .... ”Sesungguhnya orang-orang yang mendustakan ayat-ayat (perintah) Kami dan yang angkuh daripada mematuhinya, tidak sekali-kali akan dibukakan bagi mereka pintu-pintu langit dan mereka tidak akan masuk Syurga sehingga unta masuk di lubang jarum dan demikianlah Kami membalas orang-orang yang melakukan kesalahan.” al-a’raf:40
wallahu-a'lam

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...