adakah tenang jiwa 5 ribu orang putih sydney yang berboge bergambaq di depan sydney opera house baru2 ni? malu haeh! tak tau pulak depa dapat duit atau tidak. tapi depa sanggup buat macam tu kerna bergambaq 'for the sake of art' konon. artist cum fotographer nih dah dok buat kerja tu tiap2 tahun di merata big cities, tapi belum lagi jelajah ke negara islam. setau paksu orang gila saja yg gamak buat macam tu.
so .. lantak pi kat depa la. depa dak termakan dengan godaan syaitan. kita yg terbaca n tertengok, tengok saja le (tak payak le pakai magnifying glass pulak ... hihhi). but waspada ... it may penetrate ke budaya generasi masa depan kita jika tak di kawal dgn serious.
baru2 nih terdengar paksu kuliah mp3 ustaz kazim elias bab nabi ibrahim vs. namrud. di dalamnya diselit cici-ciri orang yg tenang jiwa yg ada disebut dalam al-quran. dia sebut ada 9 ciri orang tenang dan diceritanya lima. lagi empat dia suruh cari dalam surah asy-syura: ayat 36 - 39
mai kita cari kesembilan-sembilan ciri tuh ...
Oleh itu, apa jua yang diberikan kepada kamu, maka ia hanyalah nikmat kesenangan hidup di dunia ini sahaja dan (sebaliknya) apa yang ada di sisi Allah (dari pahala hari akhirat) adalah lebih baik dan lebih kekal bagi orang-orang yang beriman dan yang berserah bulat-bulat kepada Tuhannya;
Dan juga (lebih baik dan lebih kekal bagi) orang-orang yang menjauhi dosa-dosa besar serta perbuatan-perbuatan yang keji dan apabila mereka marah (disebabkan perbuatan yang tidak patut terhadap mereka), mereka memaafkannya;
Dan juga (lebih baik dan lebih kekal bagi) orang-orang yang menyahut dan menyambut perintah Tuhannya serta mendirikan sembahyang dengan sempurna dan urusan mereka dijalankan secara bermesyuarat sesama mereka dan mereka pula mendermakan sebahagian dari apa yang Kami beri kepadanya;
Dan juga (lebih baik dan lebih kekal bagi) orang-orang yang apabila ditimpa sesuatu perbuatan secara zalim, mereka hanya bertindak membela diri (sepadan dan tidak melampaui batas).
dapat dak?
kita dok baca quran dan terjemahnya, tapi kadang2 tak terlintas ada ciri-ciri orang tenang jiwa yg jelas disebut dalam al-quran. nanti kalau ada tafsir mengenainya, insyaallah, akan paksu muatkan disini.
wallahu-a'lam.
note: someone reminds me today's my birthday - 61st hijrah bday - jumaat 19 rabi'ul-awal
note: someone reminds me today's my birthday - 61st hijrah bday - jumaat 19 rabi'ul-awal
No comments:
Post a Comment