Tuesday, June 05, 2007

DOK BUAT APA LA NI?

soalan macam ni selalu sangat paksu dengaq sejak dah jadi orang pencen. sensitif tu... tak sangat. kerna memang paksu dah pencen. tapi apa yg depa interested samada paksu dok buat apa2 biznes? yg tu yg depa nak tau.

masakan dah pencen baru nak start biznes? kalo nak biznes dah lama patut paksu start, bukan selepas pencen. dan pulak, paksu bukan pandai buat biznes. dulu buat biznes niaga kecik2 (direct selling) tak pernah pun boleh duit. bersedekah lagi ada. lambat orang minta diskaun bagi selalu. lambat orang minta nak hutang lulus selalu. hutang segan nak kutip. tak bayar pun tak pa. semua tanggung beres.

jadi bisnes lagu ni tentu dah tak pandai paksu buat. terus ... jadi orang betui2 pencen. cuba kita tengok apa kata kamus dewan edisi ketiga pasai bab pencen.
  • pencen (pencen) tidak bekerja lagi tetapi dapat wang sara
  • berpencen mendapat pencen apabila bersara (berhenti kerja)

ya ... thats it !! tak bekerja lagiiii ...

tapi hobby tu masih ada kerna hobby tu bukan masuk dalam istilah bekerja.

till next time.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...