Friday, July 27, 2007

BERSIN

aahh-choo !! begitulah selalunya ditulis dalam komik2 bila sesorang tu bersin. paksu suka juga bagi bersin bila hidung tersumbat. paksu nanti kepak2 tulang lembut di hidung tu bagi dia bersin bila2 saja.

dulu (masa kechik2 daa) pernah juga paksu beli sneezing powder (tak tau pulak la ni ada lagi dak). bukan untuk buat ubat, tapi buat pekena kawan2 sekolah dan cikgu bersin. serbok ni mujarab sekali. apply sedikit saja... (diletak atas meja atau di percik depan muka), habis... berkali2 depa bersin. seronok juga pekena orang. hihhi.

satu hari tu, paksu dengan paktam pernah juga bet supaya bunyi lain drpd "aaar-choo" atau "haaa-shem" atau "haa-shoe". so kami coba. terkeluarlah bunyi "kooof-fee" dan bermacam lagi, tapi tak seenak dengan bunyi aslinya "haaa-shem" tambah2 dengan semboran. baru puas.

ada orang bersin kuat ada yg pelan. ada yg bersin sekali saja. ada yg bersin sampai tiga kali pendek2 berturut2. apa pun, kita orang islam harus bersyukur alhamdulillah selepas bersin. tapi masa solat berjemaah camana tertib nak bersin ha? paksu yg suka bersin kuat kena juga picit hidung, supaya tak terkeluar apa2 pun.. baik bunyi mau pun semboran. wallahhua'lam.

NB: paksu jumpa satu lagi site al-quran. cuba try yg ni pulak. http://www.quranexplorer.com/quran/

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...