Friday, September 29, 2006

TARAWIH


malam solat tarawih pertama dan kedua di imamkan ustaz aziz. ustaz paksu masa paksu sekolah menengah dulu. dia la ni dah jadi imam besar masjid al-qufran di sini. syukur lah kami dapat duduk setaman.

selang tiga malam paksu akan solat tarawih kat masjid taman paksu. masjid ni kecik sikit. tahun ni nampak muka2 baru selain dari imam2 muda al-hafiz. yang best tu semalam paksu di sauf depan. tiba2 mai sorang rendahhh saja di sebelah paksu. mula, paksu ingat budak kecik, tapi bila belek2 rupanya orang dewasa kerdil. dia rajin nyahut selawat bilal. suara lantang sungguh. last2 bilal pas microfon kat dia masa wirid akhir. ok juga tuh.

masa solat tarawih, qusyuk tu qusyuk juga. tapi bila rukuq, paksu tak terlepas tengok kaki kawan2 di kiri kanan. kaki depa (disebelah atas dan atas ibu jari kaki) tak dak bulu macam kaki paksu. sahih .. dalam hati paksu depa bukan original orang tanjung pulau pinang ... hihhi

1 comment:

Hijat Panjang... said...

Assalammualaikum w.b.t..Kenduri yang sebelum ini dicadangkan belum tentu lagi, kesihatan Abah (Pakcik) tidak mengizinkan, hari Rabu sudah, masuk Wad Paru-Paru GH, dah keluaq hari Jumaat,kena tebuk dada..ambek sampel,tak tau la..suspect maybe ada ketumbuhan atau kanser...mcmana pun untuk gathering & kenduri akan di 'Updated' serta di beritahu lain, Harap Maklom.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...