Friday, October 13, 2006

AL-FATIHAH

pagi tadi paksu ziarah mayat almarhum zul mamak. sama2lah kita sedekah al-fatihah kepada almarhum. dia junior paksu dikampong, masa budak2 kami dok main sekali. dia dengan mak uda pernah tolong masak2 bila ada kenduri kendara di kampong. dia meninggal petang khamis 12/10/2006 akibat sakit paru2 setelah berada di hospital selama 2 bulan. semoga roh nya dicucuri rahmat.

bila ziarah mayat kita kerap akan berjumpa dengan kawan2 lama yang lain, yang jarang2 kita jumpa. itulah salah satunya fadilat menziarahi mayat -- disamping bersimpati dengan keluarga si mati serta bersedekah, kita dapat juga mempereratkan silatulrahim sesama kita. ramai juga junior2 dan senior2 paksu yang paksu jumpa. depa masih kenal paksu cuma paksu saja yg tak berapa ingat nama2 mereka. akhirnya berjumpa dan bertegur sapa. diantaranya malik, amer, bakar, kawi, md zain, syed, abas, shaari dan beberapa orang lagi.

balik ke ofis, paksu teringat berpuluh kad raya belum dihantaq. tahun ni last la dapat kad raya dengan postage free dari company. tahun depan tak dak can la. nih pun satu cara erat silatulrahim dengan ucap selamat kepada sahabat handai, rakan dan taulan setahun sekali. kawan2 yang tak dak home address, paksu talipon depa minta alamat. bukan apa senang sikit nak jemput depa bila buat kenduri kawin anak2 paksu.

till next time.

1 comment:

Anonymous said...

Betul ada kebenaran...so the best part is that selagi kita masih ada akal fikiran, sihat dan bertenaga elok elok la kiranya kita dapat merapatkan silatulrahim dikalangan adik beradik kita baik jauh maupun dekat. Pakcik sekarang nampak dah cergas sikit cuma ya la nak raya ni takut lak kan Pakcik buat keja berat berat...Makcik pun dah confirmed tadi (19/10) boleh buat jamuan (kecil)kenduri dan family day. So, sama sama lah kita raikan dan harap sangatlah semua dapat hadir, lagi pun bukan berdosa pun berkumpul buat perkara yang baik baik..nak buat apa menyendiri, menyisih diri, berkurung diri, sesekali keluarlah dan of course kita masih diperlukan dan tak pernah kita melihat sesuatu keburukan (jika ada pun) sebagai satu alasan tidak mahu menyertai "program" tahunan ini. Personal problems, bisnes problems, what ever problems comes, please do not remove yourself from our families.As new generation we almost "deleted" (atau lebih manis - hampir lupa atau buat buat lupa) that we still have another family. So, hopefully this time things getting better. We welcome new member(s)if any, to our family regardless like it or not or happy or not,we must make sure whoever that person is, we must support and make that person feel like home...

So, to our president/ceo of hajah sariah clan..Pak Su jgn lupa hantar sms lah (paksu leh claim phone bill kat kompeni kan apa lagi ambik le kesempatan)kepada sesiapa yg berkenaan minta datang beramai ramai memeriahkan lagi family day kita ni..almaklumlah bila lagi..semua dah "season" dah..kekeke yg muda muda ni malu malu kucing skit. Bawa buku autograph atau guest book attendance..lol (kering posa aku)..tapi ada kebenarannya..minta ampun pak...lol

SELAMAT HARI RAYA BUAT SEMUA.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...