Sunday, January 08, 2012

KHALUAH vs. SEMBUNYI

tumpang dok ingat baik paksu update dulu. kalau dlm notebook, paksu sorang saja yg boleh baca. tapi kalau kat sini boleh juga kongsi2 dgn anakcucu ponakan.

KHALUAH
nabi saw dah mula berkhaluah (bersendiri) di gua hira' sebelum dia dapat wahyu pertama lagi. khaluahnya telah di ilhamkan oleh allah. tujuan khaluah: ketenteraman jiwa, jauhi dari gejala duniawi yg tidak disenangi ... (ada lagi - kiv sat!) 

smlm paksu pun tengah dok berkhaluat dlm keqeta (cara orang awam berkhaluat) sambil buka radio ikim, ada siaran sirah nabi2 - dah minggu ke-8 dah!. menarik! penyampainya sorang ustaz - lidah arab tapi berbahasa baku melayu-indon. paksu belum tau nama dia sebab tiap kali masuk dlm qeta baru dengaq radio ikim - program dah di tengah atau dipenghujung siaran (baik langsung atau ulangan). smlm kat penghujung rancangan dan pagi tadi diawal rancangan (ulangan).

yg menariknya, dia ada tambah satu lagi dorongan utk beribadat. setahu paksu dari kuliah2 bab kitab imam ghazali - minhajul abidin - ada dua dorongan:
  1. takut (macam hamba abdi) - akan azab
  2. mengharap (macam perniaga) - akan ganjaran pahala n syurga.
  • yg dikatakan satu lagi ni ialah ikhlas dan cinta semata2 beribadat/ mendekati allah. quality nih, paksu kira, yg ada pada para nabi2, aulia, dan para wali allah.
dia quote: nabi saw berdo'a (masa kena lontaq batu di yadhrib) - ya allah! sekiranya perbuatan ini bukan kerana kemungkaran mu aku tak peduli apa yg mereka lakukan keatas ku...
subhanallah! pernah dak kita doa macam tu bila kena musibah? yg kita tau ber-aduih, mengeluh, berdendam. kalau sabar pun, terlintas dak doa macam tu? wallahu-a'lam

SEMBUNYI
pernah juga beberapa kali paksu dengaq di radio ikim suara ustaz penyampai petikan hadith nabi saw: mengenai umat nya akan menimpa penyakit seperti penyakit yg menimpa umat2 terdahulu - penyakitnya:
  1. suka berseronok lebih2
  2. terlalu mewah
  3. himpun harta banyak2
  4. tipu menipu dlm merebut harta dunia - haloba
  5. saling memarahi
  6. hasud menghasud
teringat pula paksu pada berita kelmarin.  diantaranya:
  • dah ada 4 juta ringgit dlm asb, masih dok continue terima rasuah dari toke balak. sembunyi ratus ribu cash di celah2 telekong lagi?
  • bida sekoq ikan tuna sampai 2.2million ?
  • ex-wife tigerwoods punya la marah kat dia, sampai reban-ranap mansion 12.3million yg dia beli, lepas tu nak buat lain. kita tengok pula berapa dia nak spend buat rumah baru nanti!

note: apa dia ciri2 orang yg bertaqwa ?
firman allah: (iaitu) orang-orang yang berdoa dengan berkata: "wahai tuhan kami! sesungguhnya kami telah beriman, oleh itu, ampunkanlah dosa-dosa kami dan peliharalah kami dari azab neraka";(dan juga) orang-orang yang sabar (dalam menjunjung perintah allah), dan orang-orang yang benar (perkataan dan hatinya), dan orang-orang yang sentiasa taat (akan perintah allah), dan orang-orang yang membelanjakan hartanya (pada jalan allah), dan orang-orang yang beristighfar (memohon ampun) pada waktu sahur. al-imran: 16-17

1 comment:

ubat gemuk said...

kaya sesangat pun susah jugak ekk..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...