kuliah subuh pagi ini bersambung ttg perjalanan insan di alam akhirat. mulanya di alam kubur atau alam barzah.
selain dari cerita malaikat2 kubur, munkar nakir, yg garang tuh. ustaz ada juga recap ttg hadith sahih (nanti paksu quote kemudian) ttg nabi menceritakan kpd sahabat ketika mereka melintasi kubur, yg 2 mayat di dalam kubur itu sedang di seksa. satu kerana tak berdehem selepas kencing ketika hidup dan satu lagi kerana mengumpat - celupar mulut, mami jarum, kaki kepo - byk lagi gelaran, hihhi.
- makna mengumpat : mengatakan sesuatu yg buruk walaupun ianya benar (kalau tak benar jatuh sbg kategori menfitnah dah) samada dengan tujuan atau tak bertujuan mengaibkan pihak yg diumpat - termasuklah yg dok komen nasi sedap tak sedap, pengantin segak tak segak, lepas balik kenduri. malah ada ustaz tasauf bagitahu - terlintas dihati prasangka buruk keatas sesorang tuh dah di kategorikan mengumpat. berat babe. sebab tu, org tua dulu2 suruh diam tok sah dok kepo atau dok campok bila depa dok bersembang! kunci mulut tuh
sambung cerita - nabi saw mengepak ranting pokok disitu dan tanam atas kedua2 kubur depa tadi. moga pokok turut berzikir, berdoa keatas mayat2 tadi. sebab - jeritan mayat yg kena seksa di kubur hanya dapat didengar oleh semua makluk didunia kecuali manusia dan jin.
note: baca2 la surah al-mulk dan doa2 yg diajar nabi saw utk menjauhi kita dari azab kubur.
wallahu-a'lam
No comments:
Post a Comment