Sunday, February 27, 2011

KEDEKUT PAHIT vs. MANIS PEMURAH

paksu ada kawan golfer jenih kedua2 nih. sifat kedua2 orang macam ni pasti ada di dunia nih dgn ketentuan allah.

yang kedekut dari dulu lagi (masa sekolah) asyik nak 'dutch' selalu bila duduk makan sama2. belanja orang pun tak mau, orang belanja dia pun dia tak mau! sampai le ke la ni. hobby dia.. simpan duit. dah 2 juta duit dia n still accumulating (dia sendiri bagi tau). duk 2 laki bini, anak tak dak. ada rumah besar, kereta mewah, melancong dak, umrah haji tak mau pi lagi, zakat? no komen kata dia. tak bayar la tu! orang macam nih pun masih ada walaupun dia tak berkelahi dgn orang, tak kacau orang. just to himself, makan sorang2. kalau kita terjumpa pun, dia tak akan semawa kita makan. tak tau la sapa yg nak warisi harta dia!!

yang pemurah pula (orang ada duit, tapi belum jutawan macam member diatas). asyik nak belanja kawan. sampai bill saja, dia bawa keluaq duit dulu. asyik dia dulu nak bayaq. tak bersungut. tak mengungkit. betui2 ikhlas.

nabi s.a.w ada bersabda tentang sifat2 orang baik dan orang jahat.

orang baik: (ada 5)
  1. banyak baca quran
  2. bertawakkal kpd allah
  3. ajak org buat baik/ ma'ruf
  4. halang org buat jahat/ mungkar
  5. baik silatulrahim
orang jahat: (ada 4)
  1. buat maksiat
  2. bakhil/ kedekut
  3. tak jaga lidah. mengeluarkan kata2 kotor
  4. halang org buat baik
wallahu-a'lam

Sunday, February 20, 2011

JOIN THE CROWD

paksu dah dpt berita awai lagi, tapi dok tunggu gambaq muhd danish yg buka mata sikit, masih tak dapat2 dari pak penakan dia. so telambat sikit buat posting nih.

anyway, muhd danish, welcome to the crowd (born on 07.02.2011). umi dan abah kamu dah tentu gembira mendapat kamu! tahniah fiza n irwan.

tahniah juga kpd farizz aiman kerna dah betunang. moga bertambah bahgia di hari penikahan pd bulan mei nih. welcome orang melaka!

Friday, February 04, 2011

SILA OOOI... SILA

kalo pasai kenduri orang kita memang mewah sekali dgn makan. last month ada this month ada, dan berturut2 rabu, khamis, jumaat, sabtu ..... maaakan. nasi minyak, ayam, kambing n sidekicknya teh tarik, kueh manis, bubuq, laksa, koeteow etc. syukur rezeki kenduri.

tapi paksu tengok, masih ada orang yg suka membazir bila cedok nasi dan ambik lauk. sa sa nasi kenduri di bubuhnya banyak2 tapi makan tak habis pun. membazir buang begitu saja. ingat firman allah:  "sesungguhnya pembazir2 itu adalah saudara2 syaitan dan syaitan itu adalah sangat ingkar kepada tuhan".. isra:27

paksu tengok dua occasion: i. orang separuh umur lungguk nasi macam nasi tambah untuk 4 orang. masyaallah ... dia bolih habis makan! ii. juga separuh umur lungguk laksa bertimbun dalam pinggan (bukan mangkuk) bubuh kuah berlenang. masyaallah .. kemaroknya! buh la dlm mangkuk. kemudian tambahla bila nak tambah. syukur alhamdulillah, adik beradik kita nih paksu tengok, takla ada yg kemarok macam tuh.

tazkirah subuh tadi, ustaz peringatkan dari hadith: dari ummat nabi muhammad saw, cuma 70,000 saja yg akan masuk syurga tanpa hisab (dikiaskan macam masuk lorong smart-tag), yg lain tuh kalo bolih masuk pun masih lagi kena hisab (dikiaskan macam masuk lorong touch n go), dan ada yg masuk syurga setelah dihisab dan diazab (dikiaskan macam masuk lorong tunai - sure bederet punya! dan lambat pula).

sapa depa yg tujuh puluh ribu nih?
"mereka adalah yang
  • tidak buat jampi pelek2 (berunsur bid'ah, kuraffat n syirik)
  • tidak diminta di jampi
  • tidak meramal nasib
  • hanya kepada allah mereka bertawakkal
wallahu-a'lam.

p/s: so ... get a smart-tag
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...