Friday, February 04, 2011

SILA OOOI... SILA

kalo pasai kenduri orang kita memang mewah sekali dgn makan. last month ada this month ada, dan berturut2 rabu, khamis, jumaat, sabtu ..... maaakan. nasi minyak, ayam, kambing n sidekicknya teh tarik, kueh manis, bubuq, laksa, koeteow etc. syukur rezeki kenduri.

tapi paksu tengok, masih ada orang yg suka membazir bila cedok nasi dan ambik lauk. sa sa nasi kenduri di bubuhnya banyak2 tapi makan tak habis pun. membazir buang begitu saja. ingat firman allah:  "sesungguhnya pembazir2 itu adalah saudara2 syaitan dan syaitan itu adalah sangat ingkar kepada tuhan".. isra:27

paksu tengok dua occasion: i. orang separuh umur lungguk nasi macam nasi tambah untuk 4 orang. masyaallah ... dia bolih habis makan! ii. juga separuh umur lungguk laksa bertimbun dalam pinggan (bukan mangkuk) bubuh kuah berlenang. masyaallah .. kemaroknya! buh la dlm mangkuk. kemudian tambahla bila nak tambah. syukur alhamdulillah, adik beradik kita nih paksu tengok, takla ada yg kemarok macam tuh.

tazkirah subuh tadi, ustaz peringatkan dari hadith: dari ummat nabi muhammad saw, cuma 70,000 saja yg akan masuk syurga tanpa hisab (dikiaskan macam masuk lorong smart-tag), yg lain tuh kalo bolih masuk pun masih lagi kena hisab (dikiaskan macam masuk lorong touch n go), dan ada yg masuk syurga setelah dihisab dan diazab (dikiaskan macam masuk lorong tunai - sure bederet punya! dan lambat pula).

sapa depa yg tujuh puluh ribu nih?
"mereka adalah yang
  • tidak buat jampi pelek2 (berunsur bid'ah, kuraffat n syirik)
  • tidak diminta di jampi
  • tidak meramal nasib
  • hanya kepada allah mereka bertawakkal
wallahu-a'lam.

p/s: so ... get a smart-tag

1 comment:

Anonymous said...

Betul..keluarga kita diajar agar jgn membazir makanan..mcm arwah mak ngah che nah cakap kita nak masak nasi kira satu pot = 1 lelaki makan. 1/2 pot = 1 pompuan. Nasi kalau tak basi masih elok jgn buang, tanak balik dgn fresh one. Ada orang sejemput pun nak buang dlm tong sampah..ishk ishk ishk..ada orang lagi tak makan susah nak makan keding tgk badan kita yg duk kat M'sia mewah makan pakai pun sanggup buat mcm tu. Itu baru bab makan belum lagi bab pakaian, kasut, beg, dandanan ..lagi satu pembaziran bila kocek kering baru laa nak salah sana sini..apa pun kita kena berjimat cermat demi masa depan. Sapa nak buat kenduri elok sgt pakai ala hidang dah tentu satu meja 4 org budget pun utk 4 org..buffet2 ni kena ada penunggu tukang cedok baru kira ok. Apa pun kita tunggu bulan Mei akan datang...

drp ..kucing leeza.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...