Sunday, February 27, 2011

KEDEKUT PAHIT vs. MANIS PEMURAH

paksu ada kawan golfer jenih kedua2 nih. sifat kedua2 orang macam ni pasti ada di dunia nih dgn ketentuan allah.

yang kedekut dari dulu lagi (masa sekolah) asyik nak 'dutch' selalu bila duduk makan sama2. belanja orang pun tak mau, orang belanja dia pun dia tak mau! sampai le ke la ni. hobby dia.. simpan duit. dah 2 juta duit dia n still accumulating (dia sendiri bagi tau). duk 2 laki bini, anak tak dak. ada rumah besar, kereta mewah, melancong dak, umrah haji tak mau pi lagi, zakat? no komen kata dia. tak bayar la tu! orang macam nih pun masih ada walaupun dia tak berkelahi dgn orang, tak kacau orang. just to himself, makan sorang2. kalau kita terjumpa pun, dia tak akan semawa kita makan. tak tau la sapa yg nak warisi harta dia!!

yang pemurah pula (orang ada duit, tapi belum jutawan macam member diatas). asyik nak belanja kawan. sampai bill saja, dia bawa keluaq duit dulu. asyik dia dulu nak bayaq. tak bersungut. tak mengungkit. betui2 ikhlas.

nabi s.a.w ada bersabda tentang sifat2 orang baik dan orang jahat.

orang baik: (ada 5)
  1. banyak baca quran
  2. bertawakkal kpd allah
  3. ajak org buat baik/ ma'ruf
  4. halang org buat jahat/ mungkar
  5. baik silatulrahim
orang jahat: (ada 4)
  1. buat maksiat
  2. bakhil/ kedekut
  3. tak jaga lidah. mengeluarkan kata2 kotor
  4. halang org buat baik
wallahu-a'lam

1 comment:

Hidayah said...

Mudah-mudahan kita semua t'golong dalam golongan org baik...amin...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...