Friday, December 23, 2011

AL-KAHFI

malam semalam paksu dengaq ceramah bab syirik kepada allah. dan allah tak akan ampun orang yg syirik kpdnya (i.e. mempersekutukan allah dalam apa juga bentuk) dan tempat mereka ialah neraka jahanam. yg dok buat dosa2 lain tuh boleh juga allah ampun jika bertaubat nasuha (tu pun kalau dia kehendaki). tapi kalau syirik  - no compromise.

orang syiah (ramainya di iran dan iraq) yg terkeluar dari ahli sunnah al-jemaah sejak dari dulu lagi sampai sekarang dah dok merebak ke negera kita. depa dok caci hamun 3 khalifah sunni, saidina abu bakar, umar dan othman dan saidatina aisyah. dan mendakwa ali sepatutnya jadi rasul selepas nabi saw. bercanggah dgn ajaran islam. bang belain, solat belain, sujud atas batu khas. pasai tu depa dok bekelahi, bunuh sana sini, syiah-sunnah. dan rasulullah dah bersabda bhw umatnya akan berpecah kepada 73 puak cuma satu saja akan masuk ke syurga - ahli sunnah al-jemaah.

dan gejala murtad juga menjadi2 dinegara kita. mungkin kerna dah terpedaya dengan fitnah dajjal (disedari atau tidak). hadith nabi saw (kuliah subuh pagi ni) mengingat kita memohon doa agar dijauhi dari terpedaya dengan fitnah dajjal, diantara lain dengan:
  1. menghafaz 10 ayat terawal surah al-kahfi, atau
  2. menghafaz 10 ayat terakhir surah al-kahfi, atau sekurang2nya
  3. membaca 3 ayat terawal surah al-kahfi
dan di baca pada hari jumaat (masanya dari jatuh matahari hari khamis sampai tenggelam matahari hari jumaat). moga dijauhi dari fitnah dajjal buat minggu itu (7 hari) hingga jumaat depan.

wallahu-a'lam

p/s: click to hear ceramah utz kazim ttg fitnah dajjal audio dtd 12/12/2010 no. 112

1 comment:

Peminat Setia Blog Paksu said...

Terima kasih paksu tntang info ni..smoga paksu sekeluarga dirahmati Allah. Teruskan usaha berdakwah dlm blog ni.saya minat baca.
go paksu go!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...