Friday, November 04, 2011

HARI ARAFAH

mai kita puasa sunat hari arafah esok - 9 zulhijjah. memang ada mustahab nya bagi kita yg bukan jemaah haji disini berpuasa manakala depa di arafat dok wukuf disana. kata ganjarannya,  diampun dosa  kita (dikaffarah) dua tahun berturut2. jangan lupa esok ek? setahun sekali saja yg boleh dapat peluang nih! sambil2 berzikir dan bedo'a kepada allah subhanahu-wata'ala.

moga kita tergulung sbg org2 yg beriman dan tidak sbg org2 fasik (yg dok kata buat dosa2 kecik tak pa, spt maksiat mata yg dibuat berulang2 kali, lama2 digulungkan sbg org fasik - na'uzubillah). org fasik memang dah terasing. pls refer (As-Sajdah 32:20)

buat renungan pagi jumaat nih, mai kita tengok 6 pesanan nabi saw:
  1. jangan tengok org diatas, tengoklah orang dibawah kamu. kita dah dapat seluruh dunia dgn 3 benda nih: rumah, pakaian dan makan munim. kata setengah ustaz feqah: boleh makan nasi lemak 2 bungkus sehari dah consider jadi org kaya dah!
  2. kasih sayanglah kau bagi org miskin dan org yg hampir dgn org miskin - raya korban 2 hari lagi buatla apa yg patut
  3. menyambungkan keluarga - jgn fikir yg pernah gaduh2 dulu
  4. cercai lah org yg mencercai allah
  5. berkatalah yg benar w/pun pahit didengar (its easier to utter the truth)
  6. ucaplah  ... la haula wala quwata illa billa hil 'azim - buat penawar penyakit - yg paling ringan ialah kebimbangan  
wallahu-a'lam

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...