Friday, May 27, 2011

BERTERUSAN PAHALANYA

niat saja, dapat satu. buat, dapat sepuluh.  (kalo di tesco beli satu dapat satu free saja ..hihhi)

spt diriwayatkan oleh abu hurairah ra. katanya:
rasulullah saw bersabda: allah swt berfirman kepada malaikat pencatat amalan:  apabila hambaku berniat ingin melakukan kejahatan, maka jangan lagi kamu menulisnya sebagai amalan kejahatan. apabila dia melakukannya barulah kamu menulisnya sebagai satu amalan kejahatan.  jika hambaku berniat ingin melakukan kebaikan, tetapi dia tidak lagi melakukannya, maka catatkanlah sebagai satu amalan kebaikan. jika dia melakukannya maka catatkanlah kebaikan itu sepuluh kali ganda.

renungan pagi jumaat nih, mai sama2 kita recap tujuh amalan yg baik, yg pahalanya akan kekal berterusan.
spt diriwayatkan oleh anas ibn malik, anak umm sulayem [rumaysa bint milhan - yg pernah nabi doakan atas sifat kesabarannya]:
  1. buat masjid - mau pun bantu beli bata seketui
  2. buat tali air utk kegunaan orang ramai - la ni sama la dgn pasang paip
  3. tanam pokok (utk buah dan berteduh) - mempelam mak tok tak putus2 berbuah
  4. tulis ilmu atau pengalaman yg boleh dikongsi dan bermanaafat utk generasi seterusnya
  5. gali telaga
  6. mengajar ilmu (baik ilmu agama atau ilmu dunia) - "teeee..rima kasih cikgu"
  7. doa seorang anak kepada kedua orang tuanya
    رَّبِّ ٱرۡحَمۡهُمَا كَمَا رَبَّيَانِى صَغِيرً۬ا
wallahu-a'lam

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...