Sunday, May 15, 2011

ADAT, ADAB & HUKUM

dari kecik dah, kita diasuh utk hormati orang tua.

dah jadi adat, disuruhnya bersalam bila tetamu (tak kira sapa, laki pompuan) mai rumah atau bila pi berjalan rumah adik beradik atau bila berjumpa di kenduri-kenara dan pada hari2 raya. so bila nak jaga adab kita dah jadi adat tiap kali berjumpa. tapi bila dah akhil baligh kita terlupa yg adat kita nih, dah mengabaikan hukum agama. 

ceramah ustaz kazim on keluarga 69, telah mengingat kita balik tentang haram bersentuhan (termasuk la bersalam, laki pompuan) dan batal wuduk kerana boleh berkahwin. diantara jawapan ustaz kazim kepada soalan2 yg diajukan adalah seperti berikut:
  • haram isteri bersalam dgn bapa saudara suami begitu juga haram suami bersalam dgn mak saudara isteri kerana mereka boleh berkahwin
  • dengan ipar batal lah wuduk (i.e. haram ipar lamai bersalaman) 
  • anda tak boleh bersalam dgn bapa mertua tiri anda
  • menantu tetap tak boleh salam dgn adik beradik bapak mertua..yg dia boleh salam bapak mertua keatas
  • isteri tak boleh mendedahkan aurat pd anak saudara suami (yakni termasuk la tak boleh bersalam)
  • tak batal wuduk antara mak pak tiri dgn anak2 tiri mereka. batal wuduk sesama anak tiri mereka melainkan anak yg dapat selepas perkahwinan pasangan tersebut 
harap kita dapat ambil i'tibar tentang masalah ini dan perbetui kesilapan yg dulu2. moga allah ampun kesalahan kita yg kita tak sedari tuh.

untuk recap. renong2 lah firman allah ini -
diharamkan kepada kamu berkahwin dengan (perempuan-perempuan yang berikut): ibu-ibu kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan saudara-saudara bapa kamu, dan saudara-saudara ibu kamu dan anak-anak saudara kamu yang lelaki, dan anak-anak saudara kamu yang perempuan, dan ibu-ibu kamu yang telah menyusukan kamu, dan saudara-saudara susuan kamu, dan ibu-ibu isteri kamu, dan anak-anak tiri yang dalam pemuliharaan kamu dari isteri-isteri yang kamu telah campuri; tetapi kalau kamu belum campuri mereka (isteri kamu) itu (dan kamu telahpun menceraikan mereka), maka tiadalah salah kamu (berkahwin dengannya). dan (haram juga kamu berkahwin dengan) bekas isteri anak-anak kamu sendiri yang berasal dari benih kamu. dan diharamkan kamu menghimpunkan dua beradik sekali (untuk menjadi isteri-isteri kamu), kecuali yang telah berlaku pada masa yang lalu. Sesungguhnya Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.  an-nisaa':23
dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya. an-nuur :31

wallahu-a'lam

1 comment:

Anonymous said...

http://www.hajinformation.com/umrah_agents.php?id=78


Saudara-mara yg nak g umrah ini sahaja agent yg sah di saudi.


Liza.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...