Friday, March 25, 2011

ORANG YG DIDOAKAN MALAIKAT

pagi tadi kuliah subuh, paksu dapat recap dari ustaz ttg orang yg didoakan oleh para malaikat.

firman allah:  ".... bahkan (malaikat2 itu) ialah hamba-hambanya yg dimuliakan. mereka tidak mendahuluinya dengan perkataan dan mereka pula mengerjakan apa yang diperintahkannya. allah mengetahui apa yang di hadapan mereka, dan apa yang di belakang mereka; dan mereka tidak memohon syafaat melainkan bagi sesiapa yang diredhai Allah; dan mereka pula sentiasa cemas takut kepadanya." al-anbiaa' 26-28

ada sebelas jenis orang yg didoakan para malaikat -
  1. orang yg menunggu waktu solat
  2. orang yg tidur dalam bersuci/berwudhu
  3. orang yg solat di saf bahagian depan
  4. orang yg menyambung saf
  5. orang yg ucap 'amin' sama imam selepas fatihah dlm solat
  6. orang yg duduk ditempat solat selepas solat sebelum batal wudhunya
  7. orang yg solat berjemaah subuh dan 'asar
  8. orang yg mendoakan saudaranya tanpa pengetahuannya
  9. orang yg bangun bersahur utk berpuasa
  10. orang yg berinfak (hartanya ke jalan allah)
  11. orang yg ziarah/menjengok saudaranya yg sakit
wallahu-a'lam

1 comment:

iemah said...

assalamualaiikum...
smg kita salah seorg drpd 11 jenis org y didoakan malaikat...
amin...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...