Sunday, April 10, 2011

RANTAI

baru2 nih paksu ke masjid yg tak pernah paksu sampai bersama kawan. walaupun tak jauh dari rumah tapi masih tengok google-map tuk guide nak pi ke sana.

lepas solat maghrib, sorang ajk masjid buat announcement. dia mohon maaf kerana ceramah ustaz kazim malam tu terpaksa dibatalkan. ustaz kazim (ceramah dia yg lepas2 ada di SINI kalo interested) terpaksa berpatah balik ke ipoh kerana ibunya sakit dan dimasukkan ke icu. ahli jemaah malam tuh ramai2 baca yasin buat ibunya moga sakitnya cepat sembuh. 

dalam celah2 tu paksu nampak relang2 bulat (stainless) melekat kat dinding dgn pedai ayam tergantung kat relang2 tuh pada dinding2 di bahagian depan dan kiri kanan masjid. dalam kepala hotak paksu dok fikiaq yg bukan2. pasai apa huh? pasai apa geng masjid ni buat macam tu? ingat orang saja yg pakai tangkai? nih masjid pun pakai tangkai juga? buat khas untuk jauh kan pencuri masuk masjid kut? tapi tak masuk akai nih ... ni tangkai2 nih kuraffat nih? untuk apa huh?

suspens punya suspens.. lepas solat isya' teruih paksu tanya tok siak disitu. jawab siak : dulu, belum pasang air-con, masjid nih ada kipas2 besar. jadi, relang2 bulat dan pedai ayam tuh, buat tambat kipas2 tu dgn rantai. kalo tak tambat habih kawaq bawa pelari !! masyaallah. tu dia yg kata pencuri besi. yg anihnya .. ada pembeli yg masih layan depa nih!

firman allah:  laki-laki yang mencuri dan perempuan yang mencuri, potonglah tangan keduanya (sebagai) pembalasan bagi apa yang mereka kerjakan dan sebagai siksaan dari allah. dan allah maha perkasa lagi maha bijaksana. maka barang siapa bertobat (di antara pencuri-pencuri itu) sesudah melakukan kejahatan itu dan memperbaiki diri, maka sesungguhnya allah menerima tobatnya. sesungguhnya allah maha pengampun lagi maha penyayang.  al-maidah: 38 & 39

p/s: .... rinduuu paksu kat kerusi meja garden paksu (yg kena curi tujuh tahun lalu).

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...