Friday, January 08, 2010

KETETAPAN

tadi masa lili pulang dari kampus, paksu tengah surf berita luar negeri di yahoo.news. geli hati bila terbaca ada millionaire swiss kena denda sampai $290,000 (dekat 1juta duit kita) kerana speeding 137kph di kawasan 80 limit. itu la habuan dia di dunia bagi yg banyak duit - habuan dia di neraka, allah saja yg tau.

lepas tu lili tanya, "kak su dah hantaq planner/notebook ke belum?" "tanya la sendiri kat kak su!" segan la pulak dia nak tanya. dua tiga minit lepas tu dengaq orang ketuk pintu pagar. nah! terjegat orang dari kompani hantaran express dgn bungkusan. "panjang umur kak su." biasanya itu lah yg di ucap bila perkara yg di sebut2 muncul dgn tiba2. buat dia happy lagi - terus call kak su berterima kasih. itu pun sudah di tetapkan allah.

cerita ngeri di gemencheh pun sudah di takdir allah. 4 sekeluarga mati di tetak di tikam - putus tangan putus kepala. kepala (berplastik dlm beg galas) jumpa di shah alam, di tanam di kubur. apa motifnya sama2 lah kita ikut cerita dia esok2 nih. gemak sorang anak buat macam tu kat bapa dia sendiri. tak boleh nak fikiaq - tapi benda tu dah berlaku - laki muslim pulak tu? apa dalam kepala otak dia masa dia mengamok? puncanya pasti pasai nafsu duniawi. wallahu-a'lam.

firman allah " .... dan barang siapa yg membunuh seorang mukmin dgn sengaja, maka balasannya ialah jahanam, kekal dia di dalamnya dan allah murka kepadanya dan mengutukinya, serta menyediakan azab yg besar baginya." surah an-nisa: 93

"..... barang siapa membunuh seorang manusia, bukan kerana orang itu membunuh orang lain, atau bukan kerana membuat kerosakan di muka bumi, maka seakan2 dia telah membunuh manusia seluruhnya." surah al-maidah: 32

2 comments:

leeza said...

http://beritamuslim.wordpress.com/about/

Pak Su tolong sebarkan. Jgn pula ada dikalangan orang islam di Malaysia berhajat untuk "mencelakakan" Agama Islam seperti mana di Indonesia (sila lihat web) ...Seomog ALLAH tetapkan iman kita.Insyallah.

PakSu said...

blog macam ni tak payah kita peduli sangat. masuk mata kiri keluaq mata kanan. kita buat ikhtibar bhw allah jadikan mereka kafir dgn agama mereka. tempat mereka tetap di neraka jahanam.

blogger 'beritamuslim' ini mungkin ada masaalah peribadi dan masaalah memahami islam, trus jadi sorang atheis. trus mengecam islam dgn mengguna logic dan sains konon.

firman allah ..."Dan janganlah sekali-kali orang-orang kafir menyangka bahwa pemberian tangguh Kami kepada mereka adalah lebih baik bagi mereka. Sesungguhnya Kami memberi tangguh kepada mereka hanyalah supaya bertambah-tambah dosa mereka; dan bagi mereka azab yang menghinakan." imran:178

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...