Saturday, November 22, 2008

TAHI LALAT KAT PERUT

(OR tahi lalat atas hidung OR tahi hidung atas lalat).. hihhi

harga minyak dah turun banyak kali dah ...
tambang bas yang depa penaik tak pula turun! depa buat deeek saja. (lili dok ulang alik ke kampus merbuk dok sungut pasai tambang bas dia). dan barang2 keperluan lain tak turun2 pun.

masa minyak naik dulu peniaga (termasuk tukang gunting rambut) mengeluh juga pasai pelanggan tak dak. lama kelamaan orang ramai dapat adjust pelan2 dgn keadaan harga barang2 naik. kedai makan dan kedai gunting rambut pun dah ok balik dgn customer depa.

bagi paksu maksu .. agak berat sikit nak tukar brand. susu anlin hi-calsium, milo, coffeemate, ideal milk, sunquick, lepa susu buttercup, roti n sekaya gardenia, jem stefi choice, coklat cadbury... termasuklah beras, sayur, buah2, telor etc. semuanya tak dapat tidak kena beli. dan kesemuanya dah naik harga berlipat ganda sampai 80%-90%. macam jem stefi choice.. dulu 4 ringgit setengah la ni dah dekat2 9 ringgit.

awai2 dulu maksu cuba juga tukar brand yg murah sikit. lepas tu tak jadi ... rasa tak sedap. maklum lah depa kata orang ada tahi lalat kat perut (macam paksu ni) suka makan benda2 yg sedap saja. kalau tak sedap tak payah jamu pun tak apa. nasib baik ada offer di tesco boleh lah maksu pandai2 'smart-buy' di sana.

so .. apa yg boleh save maksu save. kalau boleh 'smart-buy' yg branded kita beli. agak nak slim sikit kita posa isnin khamis.


"Allah lah yang menjadikan bumi bagi kamu tempat menetap dan langit sebagai atap,
dan membentuk kamu lalu membaguskan rupamu serta memberi kamu rezeki
dengan sebahagian yang baik-baik.
Yang demikian itu adalah Allah Tuhanmu,
Maha Agung Allah, Tuhan semesta alam."
surah al-ghafir: ayat 64
alhamdulillah.

3 comments:

Hirda Ibrahim said...

sib baik dh ada tesco kat AS kan paksu? kami kat sini memang beli grocery kat tesco je. brg2 hardy pun naik mencanak2. diapers, susu, etc...
tapi gaji naik ciput je..isk isk...

Hijat Panjang @ Penang. said...

salam paksu n all adik-beradik...

semoga semua dalam kesihatan yg baik hendaknya..

kak liza ada postkan kat ijat dan dalam blog dia ado la serba sedikit gambaq Gathering Raya Ke-3 Tuan Haji Ahmad Ashaari's Generation tempohari...

Sila lah layari di blog:
http://dimanabumidipijak.blogspot.com/2008/12/photos-hariraya-2008-cum-birthdayday.html

leeza said...

biaq betul paksu ni kaki makan...yg tau pak su kena "control" makan dek pak su sakit dulu...tak pa paksu..apa pun go for organic product terbukti bagus tp mahal sikit. Cuba try Gula Brown Organic kalau kat JJ offer RM16.50 dpt 2 peket. Byk makan kobis purple dgn carrot sagat je letak lady choice ke atau kraft low fat thousand island. Nanti bagi kenduri arwah ni liza bagi ginger honey minum kalau yg dok batuk berkahak insyallah sure baik...org sejuk lemah badan minum pun leh buang angin fuh fuh fuh..By the way jgn ambik byk Anlene...tukar susu lain ye laa kecoh pasal di China tu ada melanine. Tesco good choice interm of barang dapur - makanan, tetapi Giant is worth money to spend better deal and much different. Mcm sunlinght Tesco 4.50 giant leh dpt below rm4 atau rm4.20...

Apa pun usia kita semakin meningkat..makanan yg ambik kena sesuai dan teratur, ye laa tengok maksu still cun dan sihat lagi dan masih "flow". Tu la yg teruja ni, nak challenge kalau leh by 55 still maintain...ni dah timbul uban terjelur mcm rambut cena kawan adib tu..eheheh tension tension....sabar je la..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...