Wednesday, October 29, 2008

0600

"doctor! my pressure reading is not right!" kata paksu sambil bawa kad rawatan masuk bilik doctor. "becoz they made me crazy again this time!". doctor pompuan tu tersengeh2 dok dengaq cerita paksu.

iya! ... apa dah nak jadi dgn servis hospital kerajaan nih? hospital baru, cantik pula tu. tapi servis dok tang takok lama lagi!

last week, appointment paksu pukui 9. tok tak, tok tak, pukui 9.27 baru dapat nombor giliran. nombor 0600 nombor genap cantik. masa tu nombor di kaunter 0552, boleh tahan juga kena tunggu. tapi paksu tak kisahlah, dah tau lah apa nak buat while waiting.

sejam setengah kemudian, nombor giliran terhenti kat 0597, 0598, 0599. so paksu dah happy becoz the next number will be mine. tapi ni dak. dia skip ke nombor 0602 dan seterusnya.

"depa tak dapat report 'blood test' yg diambil 2 minggu lalu kut!" fikir paksu menenangkan keadaan. masih sabar tunggu sampai 11.30 sambil dok tengok layanan pekerja2 kaunter servis dgn istri2 patients yg atas wheel-chair yg tak tau apa nak buat setelah disuruh re-register dibawah pulak (setelah lebih sejam tunggu).

nombor giliran dok naik. dari 0610.. 0620.. 0630.. sampailah 0644. ni tak boleh jadi nih !! dah mula meqedap dahhh!! time 11.45. sabar, dah sabar dah.

terus, paksu kedalam pi jumpa nurse yg mejanya penuh dengan kad2 rawatan dgn nombor2 giliran disusun (kerja dia syok susun kad tu saja kut). paksu nampak nombor 0600 terkelip ke kad appointment (besar pocket calender tu) terasing di atas meja.

dgn baik dan tenang paksu pun kata, " nurse.. tolong tengok sat pasai apa nombor saya ni tak di panggil2 lagi?"

"macam mana kad tu boleh ada tang situ?" boleh dia tanya kita macam tu pulak?

"boleh jadi ada problem dgn kad rawatan kut?" kata pulak nurse jantan kat situ.

tu dia haeh !! ingat pesakit saja yg ada problem (pasai depa sakit)!!. tapi nih kad pesakit pun boleh ada problem!!

"nih! cik nurse!!" suara paksu dah meninggi. "appointment saya pukui 9 bukan pukui 11. tak kan nak cari kad sampai 3 jam kut?? servis apa nih??" habis semua yg ada kat situ dapat dengar commotion kat situ.

baru terhegeh2 dia nak bawa kad kecik tu kedalam bilik cari kad rawatan. itu pun pasai paksu masuk mai tanya. kalau tidak .. meloko la tunggu diluar nuh.

lepas tu tak sampai lima minit kad paksu dah jumpa. paksu pun dapat layanan priority... elok pun dah tunggu 3 jam.

bila nurse lain nak ambik pressure. "nih pressure mesti tinggi nih!" dia kata. "tak payah ambik boleh dak?" tanya paksu. "tapi .. nak kena catit juga di kad". "ambik pi lah, biar saya cerita kad doctor nanti".

168/98 .. tu dia !! tak pernah2 tinggi macam tu pun! reading pertama tak lut .. mesin pressure pun pump sampai dua kali. hihhi !!

5 comments:

Hirda Ibrahim said...

OMG...
sungguh penyabar paksuku ini..
serious paksu, kalu hirda, i give them max 30 mins. lepas tu, i'll go & ask.
like ur case la, just imagine how long u'll wait if paksu x pi tanya??
i dun want to kondem government workers but, fr my experience, time practical kat Putrajaya dulu.
printer laserjet color depa dpt sorang satu.
& all the makciks there, buat print pic family, shah rukh khan (sungguh terkejut..hehhe), etc. & sentiasa berkumpul beramai2 menyicah buah or mkn asam. isk..isk.. typical!!

Anonymous said...

hihhi... pasai tu kut shah rukh khan dapat title dato'

PakSu said...

yet .. now they r letting these 'dead wood' to work till 58. esok ni bukan takat cicah buah asam .. depa nanti bawak gobek sirih sama. *nyanyi nenek2 sibongkok 3*

Anonymous said...

Elok tu orang yang umur 55 tahun berpencen tak yah nak naik umur dah, patut duk umah buat amal ibadat dan 100pcent tumpu hal keluarga.

Zaman sekarang ni menakutkan dan penuh dgn debaran terutama sikap orang Melayu, anak-anak merempit, bergaduh, sesama Melayu pun nak saling kutuk mengutuk, pecah belah buat hal..Jadi molek laa sebelum terlambat, pencen awal digalakan dan bagi mereka nak berpolitik nak buat riot tu ada masa untuk berbuat demikian jgn guna time time kerja pulak nak hal hal tak berfaedah dan boleh menyusahkan org awam lain. Yg suka tgk dan bertepuk tangan dlm diam diam adalah org cina..(maaf ya).

Hal politik tu kita bagi ja kat org org yg kita undi-menang untuk menyelesaikan segala permasalahan rakyat tp yg best tu bila org melayu dah naik pangkat status YB dah pulak ada yg lupa daratan fikir perut dan darah daging sendiri, nak pijak jalan becak pun kena fikir 2 kali padahal asal pun dari bawah..depa ni pun dibayar gaji patut jaga amanah rakyat yg mengundi.Kalau tak buat keja dok berangan sendiri tak pa next election kita cantas ja.

Apa kita ni mudah lupa sejarah zaman tok nenek dulu punya dok bersilat berparang, bermandi darah dgn penjajah? Apa pun sejarah tetap dikenang cuma cara nak merealisasikan tu mesti kena pada tpt supaya jgn sejarah tinggal sejarah, org melayu pula tergadai atau menjadi melayu status no.2 atau no.3

Bab Penjawat Awam ni, buat apa duk "simpan" lagi (nanti yg pompuan dok minum kacip fatimah yg lelaki dok minum tongkat ali laa nak tambah tenaga konon konon leh buat keja) elok laa bagi peluang kat orang orang muda lepasan universiti pulak buat keja yg cergas cergas belaka. Yg tak best tu bila K'jaan tak kasi kan protest pulak. Tapi semua tu diminta oleh oleh Ketua-ketua Pekerja (Union) atas alasan masih bertenaga serta sihat,sebab tu la bercambah pengangguran dikalangan anak muda ni.

Golongan muda ni yg patut take over dan buat pembaharuan dalam k'jaan. PM pun kena pencen bila dah cukup tempoh.

Bukan nak mengutuk tapi ada buruk baiknya. Tak pa rakyat pun suka dan berhak memilih apa yg mereka suka dan tak suka.

Hirda cakap print photo SRK..fuyoo cuba tgk kat Midvalley dgn Sogo/Jln TAR esp hari jumaat..bersepah org K'jaan dok shopping tp ada jugak yg sempat p tgk wayang tau terutama yg pompuan la..lepas shopping mana nak larat keja tenaga dah hilang balik opis dok kira time nak balik pulak muka pun tak semanis waktu pagi lagi....ahahhahaa

Hijat Panjang @ Penang. said...

salam paksu n all adik-beradik...

semoga semua dalam kesihatan yg baik hendaknya..

kak liza ada postkan kat ijat dan dalam blog dia ado la serba sedikit gambaq Gathering Raya Ke-3 Tuan Haji Ahmad Ashaari's Generation tempohari...

Sila lah layari di blog:
http://dimanabumidipijak.blogspot.com/2008/12/photos-hariraya-2008-cum-birthdayday.html

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...