Friday, September 29, 2006

TARAWIH


malam solat tarawih pertama dan kedua di imamkan ustaz aziz. ustaz paksu masa paksu sekolah menengah dulu. dia la ni dah jadi imam besar masjid al-qufran di sini. syukur lah kami dapat duduk setaman.

selang tiga malam paksu akan solat tarawih kat masjid taman paksu. masjid ni kecik sikit. tahun ni nampak muka2 baru selain dari imam2 muda al-hafiz. yang best tu semalam paksu di sauf depan. tiba2 mai sorang rendahhh saja di sebelah paksu. mula, paksu ingat budak kecik, tapi bila belek2 rupanya orang dewasa kerdil. dia rajin nyahut selawat bilal. suara lantang sungguh. last2 bilal pas microfon kat dia masa wirid akhir. ok juga tuh.

masa solat tarawih, qusyuk tu qusyuk juga. tapi bila rukuq, paksu tak terlepas tengok kaki kawan2 di kiri kanan. kaki depa (disebelah atas dan atas ibu jari kaki) tak dak bulu macam kaki paksu. sahih .. dalam hati paksu depa bukan original orang tanjung pulau pinang ... hihhi

Wednesday, September 27, 2006

THIS IS MY CARD

sehari belum posa nina pulang dari kl. dia saja2 suka pulang nak mula posa sama famili di sini. mana tak seronok kan? pulang berposa sama famili. emak dia sama adik2 dan abang dia sama2 tumpang gumbira berposa dan buka posa beramai2.

lepas buka posa nina banyak bercerita tentang kerja dia di kl. di MFM -manhattan fish market. sebelum ni paksu tak pernah dengaq pun restoran nih. jadi dah masuk 10 bulan dia kerja di situ. dan dia dah mula ditugaskan sebagai trainer. kena travel sakan. hampir kesemua outlet dia kena visit, dah sampai ke johor & singapore. kerja apa pun memang teruk sidik pada mulanya. tapi kalau dah minat tu yang teruk pun akan jadi senang dan interesting.

sebelum pulang ke kl, nina sempat tinggal namecard dia kat paksu. unik juga namecard dia. boleh buat bookmark ... hihhi.


p/s: biar unik banyak menafaat

Sunday, September 24, 2006

RAMADHAN

kiriman Leeza
bahang ramadhan kian terasa
saat syaaban menampil diri
dan tanpa sedar berlari
meninggalkan kita
merentas hari dan waktu
tanpa perlu kita menghitung
dalam kiraan panjang kehidupan
ramadhan bakal datang
menjengah diri dalam
rekahan nafsu insan
yang bergelodak sepanjang musim
dalam diam meriak kesedaran
buat mukmin yang patuh pada
yang maha khalik
ramadhan datang lagi
untuk mengulangi tuntutan hakiki
sambil berputar fikiran ini
bertanya pada diri
apakah ramadhan kali ini
sama seperti akhir kali
yang banyak di biarkan berlalu
tanpa di isi dengan iqra dan zikir
tanpa tasbih dan takbir...
syukur pada ilahi kerana ramadhan
masih sempat di tempuhi...

Saturday, September 23, 2006

MARHABAN YA RAMADHAN

mata kadang salah melihat
mulut kadang salah bercakap
hati kadang salah menduga
marhaban ya ramadhan
mohon maaf zahir dan batin
selamat menjalankan ibadah puasa
semoga ALLAH memberkati amalan ibadah puasa kita ini
amin ya rabbul a lamin

Tuesday, September 05, 2006

CURHAT

by PakSu

jangan terkejut! curhat tu paksu pinjam dari bahasa indon 'curahan hati'. memang bahasa depa suka singkat2kan ... macam warkop=warong kopi, warnet=warong internet, kopdar=kopi darat, pemko=pemerintah kota, ultah=ulang tahun .... etc. etc. etc.

dah masuk tiga bulan blogpaksu nih. anak2cucu ponakan yang kerap dan pernah lawat & komen termasuk .. leeza, pidah, hirda, ijat, faiz, lili, helly. yang lain mungkin masuk tengok2 saja. dan yang lain2 yang buta computer tu haram tak masuk langsung.

jadi paksu suggest pada semua anak2cucu ponakan kalau minat nak curhat di blogpaksu nih (atau segan nak buat blog-story sendiri) baik dari cerpen ka, antoloji sajak, pantun seloka, artikel antropologi, psikologi, artikel yg berat2, atau apa jua cerita yg teringin nak disampai dan dikongsi bersama ... hantar mai kat paksu ke e-mail address paksudris@yahoo.com. lepas editing sikit sebanyak baru paksu muatkan di sini. amacam? boleh dak? tak la bosan sangat dok dengar cerita paksu sorang saja!