Sunday, September 24, 2006

RAMADHAN

kiriman Leeza
bahang ramadhan kian terasa
saat syaaban menampil diri
dan tanpa sedar berlari
meninggalkan kita
merentas hari dan waktu
tanpa perlu kita menghitung
dalam kiraan panjang kehidupan
ramadhan bakal datang
menjengah diri dalam
rekahan nafsu insan
yang bergelodak sepanjang musim
dalam diam meriak kesedaran
buat mukmin yang patuh pada
yang maha khalik
ramadhan datang lagi
untuk mengulangi tuntutan hakiki
sambil berputar fikiran ini
bertanya pada diri
apakah ramadhan kali ini
sama seperti akhir kali
yang banyak di biarkan berlalu
tanpa di isi dengan iqra dan zikir
tanpa tasbih dan takbir...
syukur pada ilahi kerana ramadhan
masih sempat di tempuhi...

2 comments:

Anonymous said...

puisi ni original ke? bukan ciplak ya ... kalau ciplak nanti kena saman !!

Anonymous said...

mesti la puisi ciplak...mana ada masa la ni dok nak cari idea..:-) dok demam lak posa posa ni tak da suara...tension. By the way, mmg confom la buat Raya ke5 tak pa la janji semua dapat hadir. Jangan mai lambat lambat time makan dah..al maklumlah macam Mak Uda kata semua dah mcm penguin (jalan encot-encot) slow skit. Buat Hirda, selamat berpantang jika dah bersalin...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...