Sunday, August 27, 2006

SERUPA TAPI BERBEDA


kita akan menyambut hari kebangsaan yang ke-49 pada 31 ogos ni. ramai dah pasang bendera di kereta, motor, dan depan rumah. cuma paksu belum pasang lagi dimana2. bukan tak patriotik, cuma malas nak mengibar bendera yang serupa dengan bendera amerika. malah wikipedia kata, "a flag inspired by that of the united states". dan amerika di benci.

rata2 negara di dunia mengutuk amerika (kecuali sekutunya) dengan double-standardnya dalam menangani masalah terrorism konon. sebenarnya amerika lah the worst terrorist ever on this planet. sejarah telah membuktikan bahawa amerika lah yang memulakan apa jua peperangan di dunia nih. termasuklah di afghanistan dan di iraq. manakala israel di bela untuk peperangi palestin dan lubnan. orang islam pula rata2 hanya sentiasa berdoa untuk keselamatan para mujahidin yang terpaksa bertahan berperang dengan amerika dan sekutunya.

insiden para volunteer medic malaysia ditembak di iraq dulu membuktikan yang bendera malaysia telah disalah anggap sebagai bendera amerika. van yang mereka naiki berkibar bendera malaysia tapi oleh kerana mujahidin iraq menentang amerika, volunteer kita yang jadi mangsa.

sebab itu lah paksu tak pasang jalur gemilang di mana2. dan paksu harap kerajaan kita satu hari nanti boleh menggantikan bendera jalur merah putih dengan bendera yang baru, asalkan tak serupa dengan bendera amerika. semangat patrotik kita bukan sekadar mengibar bendera saja. tapi biar lah semangat itu berakar umbi di hati dan jiwa setiap kita di malaysia ni.

merdeka! merdeka! merdeka!

1 comment:

Anonymous said...

Assalamualaikum, Pidah ni-Bulan Merdeka telah berakhir, la ni dok nak sambut bulan ramadan. Selamat berpuasa. Semalam Pidah pi Ipoh tengok mak-dia masih cam tu tapi with a bit better 'kejernihan air mukanya'than last 2 weeks. Salam sejahtera untuk semua - jaga kesihatan dan berdoa selalu untuk keselamatan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...