Saturday, June 01, 2013

FITNAH vs FITNAH

fitnah dalam bahasa melayu ialah menuduh orang lain melakukan sesuatu keburukan, padahal orang itu tidak melakukan hal yang dituduhkan kepadanya. itu yg biasa kita faham dgn perkataan nih.

tapi dalam bahasa arab fitnah tidak bererti macam tu sama sekali. kuliah subuh baru2 nih recap kita tentang fitnah yg dimaksudkan dalam al-quran.


mengikut al-imam ibnu jauzi - fitnah dalam alquran punyai pelbagai makna (yg paksu dengar ada 15 macam makna tapi yg tercatit adalah diantara makna2nya)
  • syirik
  • kufur
  • dosa 
  • kesesatan
  • pembunuhan
  • gila
  • siksaan
  • ujian

jadi yg apa kita terjemah dalam ayat 191 dan dlm ayat 217 surah al baqarah
وَٱلۡفِتۡنَةُ أَشَدُّ مِنَ ٱلۡقَتۡلِ‌ۚ
...dan (ingatlah bahawa angkara) fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhan.....  
adalah bermaksud syirik (spt tafsir imam ibnu katsir) bukan fitnah yg kita faham dlm bahasa melayu.

bagitu juga dgn
  وَقَـٰتِلُوهُمۡ حَتَّىٰ لَا تَكُونَ فِتۡنَةٌ۬ وَيَكُونَ ٱلدِّينُ لِلَّهِ‌ۖ فَإِنِ ٱنتَہَوۡاْ فَلَا عُدۡوَٲنَ إِلَّا عَلَى ٱلظَّـٰلِمِينَ  
dan perangilah mereka sehingga tidak ada lagi fitnah, dan (sehingga) menjadilah agama itu semata-mata kerana allah. kemudian jika mereka berhenti maka tidaklah ada permusuhan lagi melainkan terhadap orang-orang yang zalim. al baqarah:193 bererti syirik


وَمِنْهُمْ مَنْ يَقُولُ ائْذَنْ لِي وَلا تَفْتِنِّي أَلا فِي الْفِتْنَةِ سَقَطُوا
di antara mereka ada orang yang berkata: “berilah saya keizinan (tidak pergi berperang) dan janganlah kamu menjadikan saya terjerumus dalam fitnah (dosa).” ketahuilah bahwa mereka telah terjerumus ke dalam fitnah (dosa) at taubah:49

وَمَنْ يُرِدِ اللَّهُ فِتْنَتَهُ فَلَنْ تَمْلِكَ لَهُ مِنَ اللَّهِ شَيْئًا
…barangsiapa yang allah menghendaki memfitnahnya (menyesatkannya), maka sekali-kali kamu tidak akan mampu menolak sesuatupun (yang datang) daripada allah… al maidah:41

وَإِذَا ضَرَبْتُمْ فِي الأرْضِ فَلَيْسَ عَلَيْكُمْ جُنَاحٌ أَنْ تَقْصُرُوا مِنَ الصَّلاةِ إِنْ خِفْتُمْ أَنْ يَفْتِنَكُمُ الَّذِينَ كَفَرُوا
dan apabila kamu bepergian di muka bumi, maka tidaklah mengapa kamu men-qashar sembahyang(mu), jika kamu takut difitnah (dibunuh) orang-orang kafir… an nisa':101

بِأَيِّكُمُ الْمَفْتُونُ
siapa di antara kamu yang terfitnah (gila).  al qalam:6

فَلْيَحْذَرِ الَّذِينَ يُخَالِفُونَ عَنْ أَمْرِهِ أَنْ تُصِيبَهُمْ فِتْنَةٌ أَوْ يُصِيبَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ
…maka hendaklah orang-orang yang menyalahi perintah-nya takut akan ditimpa fitnah (siksaan) atau ditimpa azab yang pedih. an nur:63

وَلَقَدْ فَتَنَّا الَّذِينَ مِنْ قَبْلِهِمْ
dan sesungguhnya kami telah memberikan fitnah (menguji) orang-orang yang sebelum mereka,… al ankabut:3

wallahu-a'lam

3 comments:

Anonymous said...

Setuju 101%.

Nampak gaya tahun ni kita insyallah akan merayakan Hari Keluarga @ Family Day serta kenduri masuk rumah baru pada 3 Hari Raya bertempat di Rumah Puan Aznita @ Kak Ta (dlm perancangan belum confirm lagi). Harap semua take note. Dah ada suara suara yang bertanya rumah sapa kat mana, jawapan insyallah Tasek Gelugor kot.

Sama-sama kita doakan agar pembedahan mata Mak Jang berjalan lancar insyallah.


Drp AJK tak bertauliah, kak liza.


Saidina Excel Canopy said...

Kak liza, insyaallah... semoga Allah memberi kemudahan padanya.

Pak su, terima kasih... fitnah itu seolah2 memakan daging saudaranya sendiri... tak gitu?

Saidina

Zhani said...

perompak menuduh penyamun sebagai pencuri mahumba? gelap mohok konon polis kata pimpinan diperingkat firri. hukuman penjara cuma fistin Memang hebat la furku kalau kesalahan lumlum! :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...