Friday, March 22, 2013

BISMILLAH 21x + 4 perkara lagi

bismillah 21x ... itu lah yg biasa di ingatkan kat anak2 bila nak masuk tiduq. tapi julia dah pun didedah kpd tambahan seperti yg telah dipesan oleh rasulullah saw kepada aisyah ra : “ya aisyah jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara, iaitu :

1. sebelum khatam al quran,
2. sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir,
3. sebelum para muslim meredzai kamu,
4. sebelum kau laksanakan haji dan umrah.

bertanya aisyah : “ya rasulullah…. bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika?”
rasulullah tersenyum dan bersabda :
  • jika engkau tidur bacalah, al ikhlas 3 kali seakan-akan kau mengkhatamkan al quran.
  • membacalah shalawat untukku dan para nabi sebelum aku, maka kami semua akan memberi syafaat di hari kiamat.
  • beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredzai kamu.
  • perbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah.
wallahu-'alam

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...