Friday, April 22, 2011

DEMI MASA. JANGAN KITA SIA-SIAKAN

kalau berlebih2 dan membazir itu, dah dikatakan ikut telunjuk syaitan.  kalau kita sia-siakan masa atau peluang yg ada, akan digolongkan sebagai orang yg rugi.

mai kita recap kuliah subuh yg paksu dengaq pagi ni. kata orang sufi jangan kita dok hambat dunia sangat. kalau buat yg duniawi tu biarlah dapat ganjaran di akhirat dan jangan mensia-siakan masa yg ada. maka rugilah kalau tidak menafaatkan nya bila ada masa dan peluang yg 10 perkara nih:
  1. ada masa dan peluang berdoa - tapi terlupa atau tidak mendoakan kepada kedua ibu bapa kita. kerana itu lah salah satu kesempurnaan insentif yg akan kita tinggalkan - i.e. doa anak yg soleh.
  2. dah boleh dok baca quran ( walaupun seratus ayat) - tapi tidak dgn tartil. so perbetuilah tajweed tu.
  3. sempat sampai ke masjid (pasai nak tekencin') - tapi tak sempat nak ambik air sembahyang dan sembahyang tahiyatul masjid.
  4. dok pi balik cross ke kubur - tapi tak sempat berdoa kesejahteraan kpd ahlil kubur.
  5. ada ulamak - tapi tak mau berdamping dgn mereka i.e. belajar/menimba ilmu.
  6. ada ilmu ukhrawiah (walaupun sikit) - tapi tak mau atau malu nak mengajar.
  7. masa muda - tapi tak mau belajar ilmu agama.
  8. tetamu mai rumah - tapi tak sempat layan tetamu dgn sebaik2nya.
  9. kita hidup senang lenang - tapi biar jiran lapar. (kalau goreng cucok cempedak tu, bagila sikit kat jiran).
  10. bila dua kawan bertemu (lama2 sekali) dan sempat bersalaman  - tapi tak tanya khabar.
firman allah:  demi masa! sesungguhnya manusia itu dalam kerugian; kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. - al-asr:1-3 

wallahu-a'lam.

Wednesday, April 13, 2011

NAFKAHKAN SEBAHAGIAN REZEKI YANG KAMI BERI

suruhan yg simple tapi masih ramai lagi yg tak mau ambik reti. dia nak belasah semua.. hak dia hak dia. hak orang hak dia.

memang allah memberi rezeki kepada siapa saja yg dia kehendaki, dan menyempitkannya kepada siapa yg dia kehendaki. dan allah juga berfirman: ..... dirikanlah sembahyang, dan tunaikan zakat ...... kalo kita buat quransearch ada 25 kali allah firman dalam quran. tu tak termasuk gantian "nafkahkanlah sebahagian rezeki yang kami berikan".

agak sedih juga bila paksu observe ada ahli jumaah masjid (yg belum paksu berkesempatan bersapa) mai masjid (kerap utk isya' saja), kadang dgn merz, kadang dgn accord, kadang dgn myvi se. selalu balik masjid berkaki ayam. mula ingat dia hilang kasut. tapi rupa2nya dia memang tak pakai kasut (dari kereta ke masjid). kasut dia mesti mahai punya, paksu agak kut. takut kasut hilang, teruih tak pakai kasut ke masjid (walaupun 20 langkah ke tangga masjid). tak kan lah kasut sepasang 5 ringgit tak leh beli? (tak atut kan? .. kereta tiga biji boleh beli) kalo hilang pun niatlah wakaf kat masjid? mungkin standard dia tak layak pakai kasut 5 ringgit? mungkin ...

tu dia kita dah dok tengok salah satu fitnah di akhir zaman ... yg mana orang bersedap2 dgn kenikmatan dunia .. tapi amalan kureng. dan jangan sampai dituduh pen stealer spt klip video di bawah nih.   president czech republic?

wallahu-a'lam

Sunday, April 10, 2011

RANTAI

baru2 nih paksu ke masjid yg tak pernah paksu sampai bersama kawan. walaupun tak jauh dari rumah tapi masih tengok google-map tuk guide nak pi ke sana.

lepas solat maghrib, sorang ajk masjid buat announcement. dia mohon maaf kerana ceramah ustaz kazim malam tu terpaksa dibatalkan. ustaz kazim (ceramah dia yg lepas2 ada di SINI kalo interested) terpaksa berpatah balik ke ipoh kerana ibunya sakit dan dimasukkan ke icu. ahli jemaah malam tuh ramai2 baca yasin buat ibunya moga sakitnya cepat sembuh. 

dalam celah2 tu paksu nampak relang2 bulat (stainless) melekat kat dinding dgn pedai ayam tergantung kat relang2 tuh pada dinding2 di bahagian depan dan kiri kanan masjid. dalam kepala hotak paksu dok fikiaq yg bukan2. pasai apa huh? pasai apa geng masjid ni buat macam tu? ingat orang saja yg pakai tangkai? nih masjid pun pakai tangkai juga? buat khas untuk jauh kan pencuri masuk masjid kut? tapi tak masuk akai nih ... ni tangkai2 nih kuraffat nih? untuk apa huh?

suspens punya suspens.. lepas solat isya' teruih paksu tanya tok siak disitu. jawab siak : dulu, belum pasang air-con, masjid nih ada kipas2 besar. jadi, relang2 bulat dan pedai ayam tuh, buat tambat kipas2 tu dgn rantai. kalo tak tambat habih kawaq bawa pelari !! masyaallah. tu dia yg kata pencuri besi. yg anihnya .. ada pembeli yg masih layan depa nih!

firman allah:  laki-laki yang mencuri dan perempuan yang mencuri, potonglah tangan keduanya (sebagai) pembalasan bagi apa yang mereka kerjakan dan sebagai siksaan dari allah. dan allah maha perkasa lagi maha bijaksana. maka barang siapa bertobat (di antara pencuri-pencuri itu) sesudah melakukan kejahatan itu dan memperbaiki diri, maka sesungguhnya allah menerima tobatnya. sesungguhnya allah maha pengampun lagi maha penyayang.  al-maidah: 38 & 39

p/s: .... rinduuu paksu kat kerusi meja garden paksu (yg kena curi tujuh tahun lalu).
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...