Monday, November 01, 2010

TAJWEED: recap - part 2

paksu khatam quran pada umur yg amat muda. terus baca sikit-sikit. masa kerja jarang-jarang. lepas kawin kadang-kadang. dapat anak baru rajin-rajin semula. dalam kesibukan kerja masuk juga kelas tajweed. faham la juga. la nih tiap hari. baru berani join tadarus di masjid - dah dua tahun dah. 

the last 6 mths, paksu belajar baca quran kat ustaz qodri - terkenal dgn mengadili program/pertandingan hafaz quran di seluruh malaysia - banyak dia dah pebetui n tegoq bacaan paksu. syukur alhamdulillah. bila dah lancar baru seronok nak try berlagu. quran website banyak membantu. now my top fav qari are: rahman sudais, salah bukhatir, mishari rashid, saad ghamdi. depa la yg jadi reference bila tersangkut kat mana2 ayat.

kalau tau bahasa arab lagi syok baca quran. tak payah kita dok tengok2 terjemahan tuh lagi. mula tu nak juga belajar bhs arab tapi dgn sapa kita nak bercakap? dulu, masa ada sorang bangsa iraq kat masjid, paksu rajin2 juga dok bercakap arab dgn dia. la ni dia dah balik pi dah. dan lagi, tua2 macam ni, lagi rasa lambat nak menangkap! so, paksu decide cuma tengok2 terjemahannya la saja. ada time paksu dengar2 juga tafsir quran oleh ustaz zahazan n ustaz kazim. ustaz zahazan selalu rekomen baca tafsir ibnu katsir (ada 8-jilid, ada yg 10-jilid). kena beli la!

ok lah! mai sama2 kita recap baca quran dgn tartil (mengikut fahaman paksu dan dari apa yg paksu perhati masa tadarus dan kelas2 baca quran) dan paksu simpulkan kepada 7 perkara:

#1  kenal huruf dan dapat bezakan huruf yg seakan2 sama bunyi tapi berlain  
  •  ه   ح    seperti didalam    أَلۡهَٮٰكُمُ   ٱلۡحَمۡدُ
  •  ز ذ   seperti didalam   إِذَا زُلۡزِلَتِ ٱلۡأَرۡضُ زِلۡزَالَهَا
  • س   ث   ص   seperti didalam     صُمُّۢ    ثُمَّ     سٌ۬
  •    ظ  ضseperti didalam أَنقَضَ ظَهۡرَكَ  
  •   خ   ق  seperti didalam   خَـٰلِدِينَ   قَالُوٓاْ   وَلَقَدۡ خَلَقۡنَا
       
  • bezakan yg ini  أَنۡعَمۡتَ عَلَيۡهِمۡ غَيۡرِ ٱلۡمَغۡضُوبِ  
  • "letupkan" huruf2 qalqalah yg 5 ni (bila ada tanda sukun atau mau berhenti) -  د  ج  ب  ط ق    
  • faham betul2 ikhfa ;  idghaam;  ghunna  - (dengung dgn 2 harakat)

#2  tanda2 waqaf (berhenti utk ambil nafas)
  • ‌ۘ  waqaf lazim - kena berhenti  فَلَا يَحۡزُنكَ قَوۡلُهُمۡۘ ya-seen:76 
  • ‌ۗ  berhenti lebih baik dari sambung
  • ‌ۖ  boleh berhenti tapi sambung lebih baik
  • ‌ۚ  boleh sambung, boleh berhenti (kebiasaannya berhenti)
  • ‌ۛ   ‌ۛ  boleh berhenti di salah satu tanda saja
  • nota: tanda lam-alif  لا  sudah di keluarkan kalau di lihat dalam quran usmani edisi baru (maksud dia 'tak boleh berhenti' kalau berhenti kena ulang dgn permulaan ayat yg lengkap)

#3   tanda2 khas
  • imalah (tanda diamond di bawah - ada satu2nya saja) 
    بِسۡمِ ٱللَّهِ مَجۡر۪ٮٰهَا وَمُرۡسَٮٰهَآ hud:41  - bunyinya antara bunyi ya & bunyi alif
  • isymam - dengung dgn muncung mulut  
    لَا تَأۡمَ۫نَّا عَلَىٰ يُوسُفَ ….  yusuf:11  
  • tanda bulat hitam atas alif  …..   ۥۤ‌ۖ ءَا۠عۡجَمِىٌّ۬ وَعَرَبِىٌّ۬‌ۗ….. fussilat:44
  • saktah  س  berhenti sat, tak bernafas   وَقِيلَ مَنۡۜ رَاقٍ۬   qiamah:27

#4   bunyi panjang pendek - 2, 4, 5 atau 6 harakat
  • pls refer also hukum "mad"
  • boleh 2, boleh 4 harakat -  عَلَىٰٓ   عَلَىٰ - yg ini 2 harakat                      
  • harus 4 harakat   -  بَنِىٓ إِسۡرَٲٓءِيلَ    يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ
  • harus 5 harakat (baik sambung atau bila berhenti) 
    شُہَدَآءَ   ٱلسَّمَآءِ   النِّسَاء  
  • harus 6 harakat (bila ada garis panjang dan diikuti dgn syadah)  
      تُضَآرَّ أَتُحَآجُّو  ٱلضَّآلِّينَ
  • perkataan2 yg lazim terjumpa seperti:  (i)  ٱلۡأَخِرَةُ  (akhirat) – “aa” 2 harakat  (ii) ada tanda bulat "o" atas وْ atau atas alif -   أَنَا۟(aku) – “na” pendek    أُوْلَـٰٓٮِٕكَ (mereka itu) – “u” pendek
  • ada juga yg buat mistake bila baca surah al-fatihah pd tempat2 berikut:
    ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ (ingat ‘ha’ kechik) 
    إِيَّاكَ نَعۡبُدُ وَإِيَّاكَ نَسۡتَعِينُ (sebut ‘du’ pendek – bukan 2 harakat)
    ٱهۡدِنَا ٱلصِّرَٲطَ ٱلۡمُسۡتَقِيمَ (panjang ‘ra’ 2 harakat jgn lebih2)
    وَلَا ٱلضَّآلِّينَ (panjangkan ‘thza’ 6 harakat)
#5   permulaan ayat yg tak bertanda (ramai lagi yg masih tertanya2)
  • bunyi tanda baris atas  ٱلطَّلَـٰقُ  ٱلَّذِى  ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ  bila bermula dgn alif-lam
  • bunyi tanda baris depan  ٱحۡشُرُواْ  ٱدۡعُواْ ٱنظُرۡ  bila huruf yg ke-3 berbaris depan   
  • bunyi tanda baris bawah  ٱشۡتَرَوۡاْ   ٱتَّبِعُواْ   ٱصۡلَوۡ bila lain drpd kedua2 syarat di atas 
  • satu2nya   ٱئۡتُونِى  al-ahqaf:4  - bunyinya "ii-tuu-nii" bukan "ik-tuu-nii"
#6   sebutan yg betul bila nak berhenti
  •  صَدَقَةً۬  sada-qah       صَدَقَـٰتٍ۬   sada-qaat   
  •  يَشَآءُ  ya-syaak       إِنشَآءً    inn-syaak-aa (baris dua di atas) 

#7   tanda baris dua (tanwin) dan sambungannya
  • خَيۡرًا ٱلۡوَصِيَّةُ     ra-nil  bukan ral  
  •   يَوۡمَٮِٕذٍ ٱلسَّلَمَ    zi-nil  bukan zil
  •  عُزَيۡرٌ ٱبۡنُ   ru-nib  bukan rub
sekian.
wallahu-'alam

1 comment:

jiwakitamerdeka said...

Terima kasih Pak Su kerana sudi menyampaikan ilmu yg bermanfaat ini.

Teruskan usaha gigih di alam siber ni. ws.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...