Sunday, August 29, 2010

MAIN SEMBUNYI SEMBUNYI



dari kecik2 dah dok main aci-lut. bila besaq main sembunyi2. tambah2 lagi dalam malam2 bulan posa nih. terkenang paksu masa2 tuh... memang enjoy masa time budak2 dulu.
bila cerita pasai sembunyi. mai kita renung sat bahawa allah pun ada sembunyikan enam perkara drpd kita:
  • allah menyembunyikan keredhaan dalam ketaatan kita kepada nya.... supaya kita tidak kecewa diatas amalan tersebut dengan hikmah agar kita terus melakukan amalan tuh, walaupun terdapat sedikit kecacatan yang kita tidak ketahui.
  • allah menyembunyikan kemurkaan diatas kemaksiatan kita. allah tidak menarik nikmat dan kemewahan seseorang didunia, sungguhpun dia sebenarnya murka. jadi, gunakan peluang ini untuk bertaubat kepada nya.
  • allah menyembunyikan kedatangan malam lailatul qadar pada tarikh tertentu agar kita tidak melakukan ibadat pada malam tu sahaja dan berpesta maksiat pada malam2 lain. so, buatlah ketaatan sepanjang ramadhan dan sepanjang hayat.
  • allah menyembunyikan wali-wali allah atau hambanya yang dikasihi supaya manusia tidak menghina atau menyembah wali-wali tersebut.
  • allah menyembunyikan tarikh kematian kita dengan hikmah agar kita sentiasa berhati2 dalam menjalani kehidupan dan tidak melakukan kemaksiatan kerana mati akan tiba pada bila2 masa saja.
  • allah menyembunyi solat kita yang terbaik disisinya dengan hikmah supaya kita terus beribadat dan solat sepanjang hayat dan supaya kita tidak lalai.

begitulah luasnya rahsia disisi allah azzawajalla.
wallahu-a'lam.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...