Friday, June 11, 2010

KENA LOTTERY

yang dapat duit pun dia.. yg kena keluaq duit pun dia (tu istilah kita)
kalau di america depa kata its the american dream winning a lottery. kalau kat sini lottery tetap haram tapi ada juga orang kita beratoq dok beli.
paksu pula tak henti2 dok dapat email congrats for winning beratus ribu usd. dan paksu pula tak jemu2 balas balik kat depa stop bullshiting me n the world.
beberapa bulan lalu paksu terbaca pemenang lottery di us. phoo! menang gila2 lumayan sekali. sorang tu dapat 260million usd - cuma nak hidup macam life biasa! yg sorang lagi 284million usd - mula2 sekali nak pebetui pasang gigi depan yg boge tu. kita boleh tengok la apa kesudahannya cerita depa nanti.
kerana ramai juga yg temui malang selepas menang lottery.
  • menang 31m - kena bunuh dgn girlfriend. ditanam bawah concrete slab.
  • menang 5m - 2 tahun jatuh bankrup dan laki dia tolong dia bunuh diri. laki dia kena hukum.
  • menang 16m - abang dia kena caj cuba bunuh dia. dia end up miskin.
  • menang 20m - kak ipaq bunuh dia.
  • menang 25m - kerna tak mau share duit tu dgn laki, laki saman n cerai dia. dia kena cancer.
dan banyak lagi. boleh dikatakan: duit masyuk kasih sayang melayang....
so kita ambil cerita nih buat renungan.
Kehidupan dunia dijadikan indah dalam pandangan orang-orang kafir, dan mereka memandang hina orang-orang yang beriman. Padahal orang-orang yang bertakwa itu lebih mulia daripada mereka di hari kiamat. Dan Allah memberi rezeki kepada orang-orang yang dikehendaki-Nya tanpa batas.  al-baqarah:212
Allah meluaskan rezeki dan menyempitkannya bagi siapa yang Dia kehendaki. Mereka bergembira dengan kehidupan di dunia, padahal kehidupan dunia itu (dibanding dengan) kehidupan akhirat, hanyalah kesenangan (yang sedikit).  al-ra'd:26
Harta benda dan anak pinak itu, ialah perhiasan hidup di dunia; dan amal-amal soleh yang kekal faedahnya itu lebih baik pada sisi Tuhanmu sebagai pahala balasan, dan lebih baik sebagai asas yang memberi harapan.  al-kahfi:46
wallah-hu-a'lam.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...