Monday, May 03, 2010

REZEKI ALIENs

alhamdulillah. semuanya jalan lancar. good weather cool dewan. ok la tuh!
paksu nak ucapkan ribuan terima kasih kerana anakponakan cucuponakan cicitponakan telah memeriahkan majlis kenduri nikah nina & haizul (dia terus jadi salah sorang birthday celebriti bulan ni.. cho tengok disblh ni). kpd semua yg susah payah datang dari kl taiping parit buntar penang langkawi .. ya lah dimana jua anda berada .. untuk menyerikan lagi majlis ni. syukran! syukran!
klo ada yg terkurang - keep your comments later ..mafkerji ...hihhi
tapi yg seronoknya ada alien (tamu yg tak diundang) mai makan kenduri hari tuh. ramai! tapi nasib baik makanan cukup.
mula pukui 12.30 paksu nampak sorang masuk ke majlis terus makan. tapi alien ni tak berapa betui sikit. kerap paksu jumpa dia di majlis2 di masjid2 sekitar a/s. lepastu lepas zuhur around 2 to 3, ramai lagi alien mai kebanyakannya tak bersalam dgn paksu dan maksu. klo depa bersalam pun paksu tak kenai. bila tanya depa dari taman paksu? depa mengangguk. tengah sibuk paksu dok tanya habaq tetamu didepan, depa cepat2 selinap masuk (pakaian kemas of coz) tanpa bersapa ato bersalam. kadang2 paksu maksu dok tertanya2 sama2 kami. memang masa peak hour tu tuan rumah tentu dah lamlabut dan tak kisah sangat yg masuk tak mau besalam, ingat kan anak pinak ipar lamai tetamu yg kita tengah bersalam kut.
bila selesai majlis. makanan (nasi n laksa siam) masih ada lagi untuk adikberadik tapau bawa balik. ok la tu paksu bersyukur, kerna makanan mencukupi utk merai hadirin. so it must be a 99% attendance la paksu agak. paksu sungguh puashati. kerana kali ni tak lebih banyak macam kenduri man dulu. tak membazir dan anggaran yg paksu buat agak tepat la.
tapi bila balik kerumah, paksu buka komputer tengok lis tetamu yg dijemput dan saja2 cek kehadiran tiap tetamu. cek ..cast ..total ..berkali2 ..attendance cuma 75% saja. makanan patut berbaki 25% lagi... kuranglebih 450 kepala lagi. dalam kepala paksu dok pikiaq yg bukan2. caterer pekena paksu la. tak mungkin paksu kira silap attendance tetamu. tak mungkin alien begitu punya ramai.
so the next morning, lepas subuh, paksu sembang2 dgn salah sorang pekerja masjid. paksu cerita la pasai alien nih. terus dia cerita memang ada alien disekitar kawasan tu. depa akan berpesta mai makan walaupun tak dijemput bila ada kenduri di dewan tu. dan dah banyak insiden makanan tak cukup bila panggilan sikit. paksu memang bernasib baik, kerna budget biaq lebih sikit2 jangan tak cukup. dan paksumaksu juga bernasib baik kerna, kalau la alien2 ni tak mai dah tentu belambak makanan berlebih .. membazir pulak. tanx to the aliens sungguh pun paksu dapat beberapa envelop kosong & envelop 1 ringgit. dan paksu bersyukur ke hadrat ilahi kerna majlis jalan ok, makan ok ada juga yg kata sedap, tak membazir. direstui semuanya.
kita cuma merancang. tapi yg menentukan hanya allah subhanahuwata'ala.

p/s: nih dia gambaq pengantin .. prerpak prerpak prerpak prerpok!
klo nak tengok yg lebih2 bukak saja facebook depa




3 comments:

leeza said...

Tak pa Pak SU kira sedekah la..dah rezeki alien2.

Gambar sikit ja..nak buka facebook pun tak tau kat mana..tolong buzz buzz skit.

Kalau Johor punya jadi buat khabaran le..mana tau leh selit selit...

PakSu said...

ya la .. alhamdulillah. paksumaksu dok doa agar semua jalan lancar & makanan cukup dan tak membazir. rupa2nya tuhan dah atur dah dari awal majlis hingga ke akhir. akhirnya tiada pembaziran. syukur.
but if theres a next time, insyaallah, paksu nak buat majlis tertutup khas & terhad utk adik beradik n kenalan saja. small crowd but at least tuan rumah & pengantin boleh mingle with the crowd.
amacam? ok tak?
oh ya ! gambaq dok ada kat lebih seribu shots. depa tengah dok pilih2 tuh mana satu depa nak bubuh dlm facebook. sabar la dulu. mungkin dlm fb nina marlini or nikman affandi.
pasai ke johor blm ada news bila depa nak buat.

Hijat Panjang... said...

memang sempoi giler wa cakap luu...rogi ooo kak liza tak dpt join...kekekekeke...jagn maree...kami siap konvoi momboi koboi dari bayan lepaih 3 bijik keta..sampai kat tengah hai-wey, kak ta pun join konvoi..sampai di dewan Aimi n femeli dia dari Perelih pun join konvoi pulakk...hahahaha..sempoi, sempoi paksu...sedap ooo..laksa Siam...slurrrppppp...hingga menjilat mangkok oooo...tima kacih bebanyak pada paksu sekeluarga bagi kami dari bayan lepaih 'tapau' sebanyak mungkin Laksa Siam yang pertama kali dapat makan dalam hidop ni...kami kat umah sampai keesokkannya dapat makan Laksa Siam tu lagii...kekekekekekeke...tengkiu, tengkiu...tochey tocey aaa..kamsiahhhh...tima sehhhh...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...