Thursday, March 25, 2010

FIKIR FIKIR

paksu la ni dah kurang sikit baca paper. berita dok macam tu juga, fitnah menfitnah kata mengata. dadah, rompak, rogol, buang bayi. yg glamour, menikah nak sorok cerai heboh, pastu saman sana saman sini. yg politikus nak tunjuk kuasa, pastu ungkit dia buat itu dia buat ini, dia tak tau ka tu tugas dia! yg politikus muda dah mula nak kaya cepat, pastu tu dok menunjuk2 pula nak living in style.  quote: " jangan hambat dunia sangat. hambat dunia macam hambat lalat. lagi hambat lagi dia lari. kalau tak hambat sangat, dia mai kerumun."
so, tengok2 juga internet news. pagi ni saja, paksu terbaca news berderet2 yg patut kita fikir fikirkan. terutama sekali tentang kekuasaan tuhan:
  • sebuah pulau kecil dah hapus tenggelam. yg jadi rebutan india dan bangladesh.
  • pupusnya lebah madu di us sejak kebelakangan 4 tahun ini. dikaji rupa2nya ada racun serangga di pollen bunga dan disarang2 lebah.
  • budak 6 tahun di shenyang, china - ada 15 jari dan 16 jari kaki.
  • israel dah tak mau dengar cakap america dah. projek apartment untuk orang yahudi diteruskan di jeruselam.

CICIT PONAKAN THE FIRST IN THE CROWD

tahniah kpd kepada keluarga muhaimin & norsuhada, kerna baru2 ni depa dah dapat anak pertama dan cicit ponakan paksu yg pertama. welcome to the crowd, muhd najmi. born: 26/2/2010. walaupun belated sikit (bukan pasai apa, cuma, toksu dok tunggu nak publish foto dia sekali).

harap2 depa boleh hantaq mai foto muhd najmi, boleh lah paksu muatkan dalam blog nih nanti. kay?

Friday, March 05, 2010

JIWA TENANG

adakah tenang jiwa 5 ribu orang putih sydney yang berboge bergambaq di depan sydney opera house baru2 ni? malu haeh! tak tau pulak depa dapat duit atau tidak. tapi depa sanggup buat macam tu kerna bergambaq 'for the sake of art' konon. artist cum fotographer nih dah dok buat kerja tu tiap2 tahun di merata big cities, tapi belum lagi jelajah ke negara islam. setau paksu orang gila saja yg gamak buat macam tu.

so .. lantak pi kat depa la.  depa dak termakan dengan godaan syaitan.   kita yg terbaca n tertengok, tengok saja le (tak payak le pakai magnifying glass pulak ... hihhi). but waspada ... it may penetrate ke budaya generasi masa depan kita jika tak di kawal dgn serious. 
baru2 nih terdengar paksu kuliah mp3 ustaz kazim elias bab nabi ibrahim vs. namrud. di dalamnya diselit cici-ciri orang yg tenang jiwa yg ada disebut dalam al-quran. dia sebut ada 9 ciri orang tenang dan diceritanya lima. lagi empat dia suruh cari dalam surah asy-syura: ayat 36 - 39
mai kita cari kesembilan-sembilan ciri tuh ...
Oleh itu, apa jua yang diberikan kepada kamu, maka ia hanyalah nikmat kesenangan hidup di dunia ini sahaja dan (sebaliknya) apa yang ada di sisi Allah (dari pahala hari akhirat) adalah lebih baik dan lebih kekal bagi orang-orang yang beriman dan yang berserah bulat-bulat kepada Tuhannya;
Dan juga (lebih baik dan lebih kekal bagi) orang-orang yang menjauhi dosa-dosa besar serta perbuatan-perbuatan yang keji dan apabila mereka marah (disebabkan perbuatan yang tidak patut terhadap mereka), mereka memaafkannya;
Dan juga (lebih baik dan lebih kekal bagi) orang-orang yang menyahut dan menyambut perintah Tuhannya serta mendirikan sembahyang dengan sempurna dan urusan mereka dijalankan secara bermesyuarat sesama mereka dan mereka pula mendermakan sebahagian dari apa yang Kami beri kepadanya;
Dan juga (lebih baik dan lebih kekal bagi) orang-orang yang apabila ditimpa sesuatu perbuatan secara zalim, mereka hanya bertindak membela diri (sepadan dan tidak melampaui batas).
dapat dak?
kita dok baca quran dan terjemahnya, tapi kadang2 tak terlintas ada ciri-ciri orang tenang jiwa yg jelas disebut dalam al-quran. nanti kalau ada tafsir mengenainya, insyaallah, akan paksu muatkan disini.
wallahu-a'lam.
note: someone reminds me today's my birthday - 61st hijrah bday - jumaat 19 rabi'ul-awal
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...