Saturday, January 10, 2009

ADIB vs. CENA

baru ni paksu tengok tv cerita the marine - hero dia john cena. teringat paksu kat adib.

paksu bukan kenai sangat john cena nih. tapi bila tengok hero wrestler ni, seronok juga paksu nak cerita pasai dia.
orang yg pertama introduce john cena kat paksu ialah adib. adib masa tu baru 4 tahun lah. dia dah kenai john cena. dah kenai pun gaya rambut john cena. kata adib dia nak buat rambut macam john cena.

curious, paksu pun tanya adib, "macam mana?"

"macam rambut john cena la!" jawab adib lagi.

"pi la ambik gambaq dia, tunjuk kat toksu"

adib terkedip2 mata dia. "nanti sat na?" terus dia lari masuk ke bilik belakang. lama juga dia kat dalam bilik. agak paksu dia mesti dok cari gambaq john cena. agak lama juga baru dia keluar. adib keluar dengan senyum lebar dia. "mana dia?"

"tuu !" tunjuk adib kat belakang arah bilik. pada hal bukan ada sapa pun kat belakang dia.

"abaannggg!! lekas la keluaq!" keriau adib. loh leh loh leh abang dia pun keluar bilik, tenyeh2 mata mamun baru bangkit tidok.

"tuu la rambut john cena!" kata adib.


p/s: tak dak gambaq kepala abang dia pun jadi .... hihhi. smart guy.
paksu dapat tau linda/aimi dah bersalin anak lelaki pagi tadi. insyaallah .. kalu aimi bagi gambaq akan paksu muatkan dlm next episod.

3 comments:

leeza said...

Awat gambaq besaq sangat ni...ni mesti salah program masatangkap dulu...tu laa ada camera tak mau belajar ambik atau baca booklet..ehhehee tak pa boleh excuse kanak tua baru nak belajar...anyway, kepada semua yg terlibat especially keluarga kita yg jauh mau dekat insyallah, makcik dan mak uda serta kami sepupu yg terdekat selang beberapa bijik umah nak mengadakan kenduri arwah buat pak cik, tok, dan yg lain lain dah lama meninggalkan kita. Kalau tak silap tarikh 12 safar - jatuh hari ahad dan Senin tu Cuti ganti Thaipusam. Jadi bagi mereka nak sponsor kuih kuih kaa apa apa buah tangan dialu-alukan ..Izat/Pak Su tolong hebah pada semua ..

Hijat Panjang @ Penang. said...

salam paksu..

ok,ijat akan emailkan gambaq anak menakan yang terbaru, yg ke-5...anak aimi n linda yang sulung..hero maaa..muhammad raiyan rifqi. Nama panjang kalahkan abah dia dan kalah la pak njang yg nama pun tak panjang mana..hehehe..

jemput mai ke rumah pada hari Ahad 8/2/09 bersamaan 12 Safar 1430H..buat kenduri arwah dan irwan tumpang buat aqiqah kat puteri ke-2 dia, Nurul Shafiah.

Hijat Panjang @ Penang. said...

hehehe..ado lagi..yang best nya Pak Njang akan kongsi sambut bes-day dgn anak menakan baru, Muhammad Raiyan pada 10hb Jan..pak njang 7hb... Yeahh..!! Welcome! Welcome!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...