bila mata bertentang mata
lidah ... kadang kelu kadang petah berkata
hati ... kadang terpaut kadang meluat menyala.
aimi & nur faslindabagi emi (anak makcik noriah pakcik din) dia dah merasa lega kerna lafaz "aku terima nikahnya ... ... ... dengan mas kawin sebanyak ... ... ... " dengan satu nafas didengar sah oleh saksi2. paksu ada disebelah kanan emi masa dia berijab kabul dalam masjid berseri perlis tanggal 22hb disember lalu, jam .. 5.20 lepas asaq. tahniah dan selamat pengantin baru untuk emi dan pasangannya, nur faslinda. sama2lah kita tunggu makan kenduri ujung2 bulan ni. insyaallah.
[seminggu lepas tu, paksu dapat birthday card dari syarikat ogawa dan bday sms dari digi. kue meningkatlah umur paksu satu tahun lagi *pls refer familytree on page 2, kalau nak tau berapa tahun dah*]
masa di masjid di kampung tu... paksu sungguh berasa lega kerna kebanyakan mereka yg bersalaman dengan paksu sanggup bertentang mata. memang benar cara bersalaman harus ada eye contact barulah jabatangan kita itu bermakna. tapi bila paksu balik ke masjid di kota, masih ada yg bersalaman tanpa eye contact. takut ka depa tu? sampai tak mau ada eye contact lansung? malu ka? tangan di sua tapi mata tengok tang lain? atau eksyen ka? wallah-hua'lam.
p/s: (i) familytree is available only on request.
(ii) bagi sapa yg interested "tempias kenduri kawin" tengok2lah w/site ni chinese gender chart.