Saturday, September 29, 2007

DAH NAK RAYA

posa pun dah separuh bulan. doa qunud pun dah mula dibaca pada solat witir lepas tarawih. rumput digarden pun dah mula di mesin. baju raya anak2 dah mula dijahit/ di tempah *tapi paksu belum lagi ..hihhi* jadi .. semua dah mula nak siap2 sambut syawal al-mubarak *lagu raya depa tak mau siar lagi ??* kad raya paksu dah dapat sekeping tadi.

tahun ni raya ke3 kita nak gather tang mana pulak? liza & mak uda nak buat di rumah depa di bayan lepas. liza yang berhajat sangat nak buat kenduri kesyukuran dan baca tahlil di sini. *eehhmm ... entah2 kenduri dia nak bertunang tak? ... harap2 begitu le*

dengan itu .. paksu bagi pihak liza & mak uda menjemput kesemua kita adik beradik yg ada dalam family tree ni, berkumpul dan makan kenduri nasi tengahari di rumah mak uda di bayan lepas. lepas tu di sebelah petang kita adjurn ke rumak mak cik di depan pekena laksa. kalo ada sapa2 nak sponsor sate bagi tau kat liza. buat pencuci mulut maksu nak buat caramel pulak *pudding dah selalu sangat dah*.


p/s: selamat berbuka puasa

1 comment:

HijatPanjang said...

Salam semua...Ijat sekeluarga ucapkan Selamat Berpuasa & Selamat Hari Raya Aidilfitri,mintak maap lama tak online nii..baru2 ni pc kena reformat,modem streamyx lak selalu sngat rosak...ni pun 2 ari sudah technician telekom mai cek, rosak lagi modem..isskkk..ada sesapa tau awat cepat rosak modem ni hah? Nak kata kena kilat, setiap kali kami d umah ni guna internet, selalu cabut line phone jack dari modem lepaih guna...ntahlah..poning pala psai modem ni...
Ok la paksu dah wakil dari mak uda/kak liza panggil semua ke rumah depa raya ke-3, sebab kak liza ada mintak ijat publish gak dlm blog paksu ni psai jmputan tu..
Untok pengetahuan semua,abah la ni tak brapa sihat cam dulu,sbelom ni dok pi follow up kimoterapi..dah nak abeh dah..tapi awai posa,baru mula pulak radio-terapi, kesian,letih takdak tenaga..tapi dia sabaq betoi,tak tinggai posa pun lagi..itulah serba sedikit updated dari kami d bayan lepaih..Wassallamm...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...