ya allah kami bersyukur keatas kurnia rahmat mu dan berilah kami petunjuk dari sisi mu
Tuesday, October 24, 2006
Monday, October 23, 2006
Sunday, October 22, 2006
'JAM' RAYA
mula nina kata dia nak start journey awai selepas subuh hari ni. tapi jam 9 pagi paksu talipon, dia belum keluar rumah lagi. satu jam kemudian nina sms 'jam borink kat highway rawang'.

dia sempat mms kat man keadaan highway ... kereta jam bersusun nak balik kampong.
semoga semua yang balik kampong tuh selamat sampai ke destinasinya. dan SELAMAT BERHARI RAYA DI KAMPONG.

dia sempat mms kat man keadaan highway ... kereta jam bersusun nak balik kampong.
semoga semua yang balik kampong tuh selamat sampai ke destinasinya. dan SELAMAT BERHARI RAYA DI KAMPONG.
Wednesday, October 18, 2006
Friday, October 13, 2006
AL-FATIHAH
pagi tadi paksu ziarah mayat almarhum zul mamak. sama2lah kita sedekah al-fatihah kepada almarhum. dia junior paksu dikampong, masa budak2 kami dok main sekali. dia dengan mak uda pernah tolong masak2 bila ada kenduri kendara di kampong. dia meninggal petang khamis 12/10/2006 akibat sakit paru2 setelah berada di hospital selama 2 bulan. semoga roh nya dicucuri rahmat.
bila ziarah mayat kita kerap akan berjumpa dengan kawan2 lama yang lain, yang jarang2 kita jumpa. itulah salah satunya fadilat menziarahi mayat -- disamping bersimpati dengan keluarga si mati serta bersedekah, kita dapat juga mempereratkan silatulrahim sesama kita. ramai juga junior2 dan senior2 paksu yang paksu jumpa. depa masih kenal paksu cuma paksu saja yg tak berapa ingat nama2 mereka. akhirnya berjumpa dan bertegur sapa. diantaranya malik, amer, bakar, kawi, md zain, syed, abas, shaari dan beberapa orang lagi.
balik ke ofis, paksu teringat berpuluh kad raya belum dihantaq. tahun ni last la dapat kad raya dengan postage free dari company. tahun depan tak dak can la. nih pun satu cara erat silatulrahim dengan ucap selamat kepada sahabat handai, rakan dan taulan setahun sekali. kawan2 yang tak dak home address, paksu talipon depa minta alamat. bukan apa senang sikit nak jemput depa bila buat kenduri kawin anak2 paksu.
till next time.
Subscribe to:
Posts (Atom)

