Sunday, August 27, 2006

SERUPA TAPI BERBEDA


kita akan menyambut hari kebangsaan yang ke-49 pada 31 ogos ni. ramai dah pasang bendera di kereta, motor, dan depan rumah. cuma paksu belum pasang lagi dimana2. bukan tak patriotik, cuma malas nak mengibar bendera yang serupa dengan bendera amerika. malah wikipedia kata, "a flag inspired by that of the united states". dan amerika di benci.

rata2 negara di dunia mengutuk amerika (kecuali sekutunya) dengan double-standardnya dalam menangani masalah terrorism konon. sebenarnya amerika lah the worst terrorist ever on this planet. sejarah telah membuktikan bahawa amerika lah yang memulakan apa jua peperangan di dunia nih. termasuklah di afghanistan dan di iraq. manakala israel di bela untuk peperangi palestin dan lubnan. orang islam pula rata2 hanya sentiasa berdoa untuk keselamatan para mujahidin yang terpaksa bertahan berperang dengan amerika dan sekutunya.

insiden para volunteer medic malaysia ditembak di iraq dulu membuktikan yang bendera malaysia telah disalah anggap sebagai bendera amerika. van yang mereka naiki berkibar bendera malaysia tapi oleh kerana mujahidin iraq menentang amerika, volunteer kita yang jadi mangsa.

sebab itu lah paksu tak pasang jalur gemilang di mana2. dan paksu harap kerajaan kita satu hari nanti boleh menggantikan bendera jalur merah putih dengan bendera yang baru, asalkan tak serupa dengan bendera amerika. semangat patrotik kita bukan sekadar mengibar bendera saja. tapi biar lah semangat itu berakar umbi di hati dan jiwa setiap kita di malaysia ni.

merdeka! merdeka! merdeka!

Wednesday, August 16, 2006

CONGRATS

KEPADA DR FARIDAH ARYANI
SEMPENA HARI KONVOKESYEN USM
PADA HARI INI 16 OGOS 2006

dari
PAKSU DAN SEKELIAN FAMILI KITA DISINI

Tuesday, August 08, 2006

DUA DALAM SATU

baru kemarin paksu beli driver baru seperti foto di sebelah nih. konon2 boleh drive straight dan jauh sikit dan boleh main baguih sikit. tapi nasib tak menyebelahi paksu.

waktu itu dah dekat senja. paksu sungguh happy sekali kerna tengah main baguih. so ... sampai ke lubang last nak tee-off , paksu swing paling kuat sekali. entah macam mana selepas pukul .. driver baru nih terus patah tiga, yang tak pernah terjadi dalam permainan golf paksu.

betapa pedihnya hati nih. driver baru beli dah patah.

apa lagi .. meraung paksu .. meratus kat maksu .. kesal kesal sedih perit macam hilang kekasih baru tuh. maksu cuba menenangkan paksu. "tok sah dok sedih sangat .. beli saja yang baru."

besoknya, paksu cerita kat maksu apa yang telah berlaku semalam. maksu bilang dia pun dah tau cerita tuh.

rupa2nya semalam, kami berdua mimpi cerita yang sama.

p/s: mimpi itu mainan tidur. tapi dua orang mimpi satu mimpi serentak belum pernah berlaku kat paksu, ini lah yang pertama kali ... so kpd anak2 cucu ponakan ... jangan lupa gosok gigi n basuh kaki sebelum tidur dan baca bismillah 21 kali. mudah2an tidur itu nyenyak dan kalau mimpi pun mimpi yang enak2 saja.

Tuesday, August 01, 2006

MAIN HUJAN

masa kechik memang paksu suka main hujan. main bolasepak dalam hujan, tunggang anak lembu pak aji hassan dalam hujan, malah main wau pun dalam hujan ... sampai ghelai wau tuh.

jadi dah immune dengan air hujan. kalau kena air hujan jarang dapat selsema ato demam2. alhamdulillah dapat immuniti tu sampai sekarang. tak la macam sesetengah orang di ofis paksu ni .. sampai tak leh kena air hujan sikit! terus demam ato selsema esok tu. iya ... sampai sekarang paksu masih dok main hujan ... masih seronok main dalam hujan .. main golf dalam hujan. last sunday ... lokoeh kena hujan. main juga sampai habis. golfer boleh main dalam hujan .. asalkan tak ada kilat. kalo ada kilat semua kelab tak bagi main lho. cari penyakit !!

so ... kepada anak2 cucu ponakan paksu yang kechik2 tu, main lah dalam hujan biar basah kuyub. cuma jangan main masa ada kilat. merbahaya tu. elok lagi kalo turun main selepas hujan turun beberapa minit, baru tak ada kandungan particle acidic pada air hujan yang mula2 tuh.

wallahu'alam.