Tuesday, August 01, 2006

MAIN HUJAN

masa kechik memang paksu suka main hujan. main bolasepak dalam hujan, tunggang anak lembu pak aji hassan dalam hujan, malah main wau pun dalam hujan ... sampai ghelai wau tuh.

jadi dah immune dengan air hujan. kalau kena air hujan jarang dapat selsema ato demam2. alhamdulillah dapat immuniti tu sampai sekarang. tak la macam sesetengah orang di ofis paksu ni .. sampai tak leh kena air hujan sikit! terus demam ato selsema esok tu. iya ... sampai sekarang paksu masih dok main hujan ... masih seronok main dalam hujan .. main golf dalam hujan. last sunday ... lokoeh kena hujan. main juga sampai habis. golfer boleh main dalam hujan .. asalkan tak ada kilat. kalo ada kilat semua kelab tak bagi main lho. cari penyakit !!

so ... kepada anak2 cucu ponakan paksu yang kechik2 tu, main lah dalam hujan biar basah kuyub. cuma jangan main masa ada kilat. merbahaya tu. elok lagi kalo turun main selepas hujan turun beberapa minit, baru tak ada kandungan particle acidic pada air hujan yang mula2 tuh.

wallahu'alam.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...