Friday, August 26, 2011

LIGAN LAGI !

kalau lah malam2 yg sudah2 kita dah pulun ligan lailatul-qadr, apa kata kita continue ligan moga dapat malam yg diberkati dan dirahsiakan oleh allah nih. masih ada tiga malam lagi untuk kita pulun mengejarnya... malam amalan umpama seribu bulan dan diampun dosa2 kita yg lepas.

memang syaitan suka peluk kita supaya syok tiduq kerekot tak mau jaga2. tapi kalau lawan nafsu ini dah tentu syaitan tak suka. dan di antara mereka yg syaitan tak suka ialah:
  1. rasulullah
  2. pemimpin yg adil
  3. orang kaya yg baik hati
  4. orang berpuasa dan suka bersedekah (infaq fi sabilillah)
  5. orang yg bertaubat dan tidak mengulangi dosa itu lagi
  6. orang yg rajin baca al-quran sekurang2nya seratus ayat sehari
  7. orang yg beriman yg bangun mengumarah dua per tiga malam
  8. orang yg beriman yg suka menasihati orang
  9. orang yg beriman yg sentiasa mengucapkan kata2 yg baik atau ia diam
  10. orang yg beriman yg sentiasa memperkukuhkan ikatan kekeluargaan
dan ada lagi 5 ...... (ni la akibat tak bawa pen n notebook bila dengaq kuliah subuh .. hihhi) 
nanti sat kalu paksu teringat paksu sambung lagi.

wallahu-a'lam

Friday, August 19, 2011

AL-FATIHAH

awal tahun dia masih ceria bersapa di blogpaksu, dan menjemput kita ke fb dia. hujung bulan 3 dia dimasukkan ke hospital pantai. kemudian ke island hospital kerana penyakit kulitnya merebak hampir keseluruh badan. masa paksu ziarah dia dirumah, penyakitnya duk recovering.

kelmarin (birthday abang dia) dia telah menghembus nafasnya yg terakhir dan kembali ke rohmatullah dalam usianya yg muda. kata pak ngah dia sempat mengucap dua kalimah syahadah pada saat2 akhirnya ketika dikatil island hospital. moga allah mencucuri rahmat ke atas roh noor izzar jamaludin (lebih disenangi dgn panggilan 'ijat'). amin.

dari allah kita diciptakan. kepada allah kita dikembalikan.

firman allah: Dan tiadalah kehidupan dunia ini, selain dari main-main dan senda gurau belaka. Dan demi sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Oleh itu, tidakkah kamu mahu berfikir?  al-an'aam:32
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...